Kerabat Devotees

 ....Ahlan Wasahlan Wa marhaban Bikum....
Usergroups Check your PMs Log in
Register

Home | Forum | Arcade

Go Back Post new topic Reply to topic  
Author Message
Humaira
Devotees Fanz
Devotees Fanz


Joined: 17 Mar 2007
Posts: 198
Location: Di hati nasyid....

PostPosted: Fri Apr 11, 2008 11:41 pm    Post subject: AF6??? Ade bekas kump. nasyid yang masuk??? Reply with quote

Sebenarnye sy baru aje dpt berita nie. Sb jarang amik tau psl AF nie. erm.. Dgr kate yg Faisal AF6 tu bekas anggota Far East??? Btol ker?? Kalo btol lah... Harap2 Faisal yg nie pandai menjaga imej. Jgnlah timbul lagi isu2 yg boleh menjatuhkan nasyid. Seperti yg terjadi dlm Mirwana. kesian, tak pasal2 nama Mirwana juga terlibat...
_________________
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
Humaira
Devotees Fanz
Devotees Fanz


Joined: 17 Mar 2007
Posts: 198
Location: Di hati nasyid....

PostPosted: Sun Apr 13, 2008 10:34 pm    Post subject: Reply with quote

Nampaknyer.. Nasib Faisal mmg tak baik dlm AF. Baru beberapa mggu dah tersingkir. Dgr kata yg Faisal nie hanya pandai bawak lagu nasyid ajer. Erm, kalo dah nasyid tu, nasyid jugakla... Wink
Apepon, ttp menyokong selagi apa yg dilakukan tidak menyalahi syariat. Very Happy
_________________
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
atilia
Devotees Fanz
Devotees Fanz


Joined: 13 Apr 2008
Posts: 91
Location: kEdAh dArUl aMaN

PostPosted: Sat Apr 19, 2008 10:50 am    Post subject: Reply with quote

ye la humaira........akak pun bru je dpt tau......tp akak dgr dia still nk nyayi lgu2 yg brunsurkn nasyid.........nk jd artis solo lak.....kdg2 akak sendri pun tak faham nape la blh jd camtu............
Back to top
View user's profile Send private message
ema
Devotees Fanz
Devotees Fanz


Joined: 29 Jan 2007
Posts: 251
Location: New Garden, TPG, Selangor

PostPosted: Sat Apr 19, 2008 2:10 pm    Post subject: Reply with quote

salam....haah lar...faisal tkeluar dimggu ke-4....tp nsb bek dia msih kekalkan adab sopan dia tu....... Laughing
_________________
-Yg indAh itu bKn pd ZAHIR, tp terltak pd TUTUR, t'hmpar pd PEKERTI, t'serlah Pd HATI, dan ingatlh..... yg INDAH itu sukar diCaRi tanpa menilai dgn MATA HATI-
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
adibah
VIP MEMBER
VIP MEMBER


Joined: 22 Jul 2006
Posts: 6456
Location: Kampung Kilanas,Brunei Darussalam

PostPosted: Sat Apr 19, 2008 6:11 pm    Post subject: Reply with quote

faisal af6?Minat sangat kat faisal ni since dia join group far east.Dgr kata,faisal nak teruskan nyanyi nasyid sebagai penyanyi solo.Alhamdulillah.Kalau join ngan fareast semula,boleh juga.Itupun kalau ada rezeki..Faisal ada kata,tujuan dia masuk af,nak menimba ilmu seni suara.Bukan nak cari populariti..Hanya Allah dan faisal je yg tahu,kenapa dia nak masuk af.Apa pun,kite sokong je dia..Semoga faisal berjaya dlm bidang yg diceburi.
_________________
Aku dambakan..
dambakan cinta
Cinta sejati yang kekal selamanya
Biarpun pahit perjalanan meraihnya
Demi redha Mu ku harungi jua
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger MSN Messenger
atilia
Devotees Fanz
Devotees Fanz


Joined: 13 Apr 2008
Posts: 91
Location: kEdAh dArUl aMaN

PostPosted: Tue Apr 22, 2008 10:23 am    Post subject: Reply with quote

baik akak dibah.....yg pnting niat dihati tu baik......kan2 akak dibah?hmmmmm,blum knalan lg.........salam ukhwah n prkenalan utk akak dibah....... Very Happy
Back to top
View user's profile Send private message
Humaira
Devotees Fanz
Devotees Fanz


Joined: 17 Mar 2007
Posts: 198
Location: Di hati nasyid....

PostPosted: Tue Apr 22, 2008 4:19 pm    Post subject: Reply with quote

adibah wrote:
faisal af6?Minat sangat kat faisal ni since dia join group far east.Dgr kata,faisal nak teruskan nyanyi nasyid sebagai penyanyi solo.Alhamdulillah.Kalau join ngan fareast semula,boleh juga.Itupun kalau ada rezeki..Faisal ada kata,tujuan dia masuk af,nak menimba ilmu seni suara.Bukan nak cari populariti..Hanya Allah dan faisal je yg tahu,kenapa dia nak masuk af.Apa pun,kite sokong je dia..Semoga faisal berjaya dlm bidang yg diceburi.


Betol tu Kak Dibah!!! Sy sokong... Semoga Faisal terus maju jaya.. Mana tau ade rezeki...Boleh berjaya!!! hehe...
_________________


Last edited by Humaira on Fri Apr 25, 2008 10:37 pm; edited 1 time in total
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
leesly
VIP MEMBER
VIP MEMBER


Joined: 29 Jul 2006
Posts: 1535
Location: sErAtA MaLaYsIa^_^

PostPosted: Wed Apr 23, 2008 2:45 pm    Post subject: Reply with quote

menempa nama tak slh jgn sampai kerana itu sanggup buat benda2 tak sedap mata memandang tak sdap telinga mendgr.. Wink
_________________
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger
ema
Devotees Fanz
Devotees Fanz


Joined: 29 Jan 2007
Posts: 251
Location: New Garden, TPG, Selangor

PostPosted: Sat Apr 26, 2008 1:04 pm    Post subject: Reply with quote

yelah,kt pn minat dia since dia kat Munsyideen lagi (sory if wrong ejaan)..tp mse dia msk af tue krang stuju skit...tp ble tgok dia msh mjaga adab dia tue...kt sokong jelah...tp bst if dia msh join fareast...yelah tgok fareast nie pn jrng2 nmpk...sjak2 abg nabil nie mdirikan rumahtangga...hehe Laughing ...smoga success...cewah!
_________________
-Yg indAh itu bKn pd ZAHIR, tp terltak pd TUTUR, t'hmpar pd PEKERTI, t'serlah Pd HATI, dan ingatlh..... yg INDAH itu sukar diCaRi tanpa menilai dgn MATA HATI-
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
Nazrul
VIP MEMBER
VIP MEMBER


Joined: 20 Jul 2006
Posts: 816
Location: AtaS BuMi MilIk Allah...

PostPosted: Sat Apr 26, 2008 4:51 pm    Post subject: Reply with quote

bukan nak mengutuk atau mengata.. tapi bab yg kata Faisal still jaga adab kat AF6 tue betul ker?? Bukan ke ada part dia menari dengan pompuan.. siap bersentuhan lagi walaupun berlapik.. rasanya bersentuhan bukan mahram walaupun berlapik ttp sengaja tetap haram la.. yg jadi tak haram kalau tanpa sengaja.. wallahualam... Apa pun moga dia teruskan menjadi artis nasyid dan berdakwah menerusi lagu...
_________________
::I Believe With MySelf That I Can Go Far..And Far..Away::

Tiada Cinta tanpa Derita...
Tiada Cinta tanpa kurniaan Illahi...
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger
atilia
Devotees Fanz
Devotees Fanz


Joined: 13 Apr 2008
Posts: 91
Location: kEdAh dArUl aMaN

PostPosted: Mon Apr 28, 2008 11:32 am    Post subject: Reply with quote

hmm..mmg macam tu la kalau msuk af....... Confused
_________________
sesungguhnya mengingati ALLAH itu,hati kan menjadi tenang.
Back to top
View user's profile Send private message
Humaira
Devotees Fanz
Devotees Fanz


Joined: 17 Mar 2007
Posts: 198
Location: Di hati nasyid....

PostPosted: Fri May 02, 2008 4:04 pm    Post subject: Reply with quote

sebenarnya... ana pown x tau sangat.. tp aritu jenguk2 majalah af sb nak tau psl faisal nie.. terbaca yg faisal ckp die x kisah kalau bersalam-salam dgn peminat wanita... erm.. x phm la... apepon die yg lbh mengetahui ttng dirinya...
_________________
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
ema
Devotees Fanz
Devotees Fanz


Joined: 29 Jan 2007
Posts: 251
Location: New Garden, TPG, Selangor

PostPosted: Sat May 03, 2008 11:39 am    Post subject: Reply with quote

ha?yeke????....dia ckp cmtue....sy pn jd conpius Rolling Eyes ....harap2 dia tdk terlebih sudah...! Laughing
_________________
-Yg indAh itu bKn pd ZAHIR, tp terltak pd TUTUR, t'hmpar pd PEKERTI, t'serlah Pd HATI, dan ingatlh..... yg INDAH itu sukar diCaRi tanpa menilai dgn MATA HATI-
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
atilia
Devotees Fanz
Devotees Fanz


Joined: 13 Apr 2008
Posts: 91
Location: kEdAh dArUl aMaN

PostPosted: Tue May 06, 2008 10:34 am    Post subject: Reply with quote

hmm........ada lak sampai camtu faisal ckp.......terkejut ana....... Rolling Eyes
_________________
sesungguhnya mengingati ALLAH itu,hati kan menjadi tenang.
Back to top
View user's profile Send private message
Humaira
Devotees Fanz
Devotees Fanz


Joined: 17 Mar 2007
Posts: 198
Location: Di hati nasyid....

PostPosted: Wed May 21, 2008 9:16 pm    Post subject: Copyright from forum InTeam.. Reply with quote

Akademi Fantasia ke-6, Faisal akan 'berdakwah' atau 'didakwah'?

Wan Nordin Wan Yaacob
www.harakahdaily.net
Sun | Mar 23, 08 | 10:48:27 am MYT

Semalam, buat pertama kalinya penulis menonton rancangan Akademi Fantasia setelah enam musim rancangan itu dianjurkan stesen televisyen berbayar Astro.

Bukan mahu mencuci mata, sebaliknya penulis terpanggil dengan khabar kehadiran seorang yang didakwa sebagai penyanyi nasyid yang menyertai Akademi Fantasia ke-6 (AF6) selepas beberapa tahun lalu Asmawi Ani (Mawi) memulakan langkah menyanyi lagu-lagu nasyid sebagai pertaruhan bakat dalam AF.

Malangnya kini suara nasyid Mawi kurang kedengaran, dan fenomena Mawi sudah agak hilang bisanya, apabila pencetus fenomena baru dalam dunia hiburan itu dikaitkan dengan beberap gossip panas.

Itu kisah Mawi yang kini masih lagi menjadi antara penyanyi pujaan anak muda dan juga yang tua akibat auranya satu ketika lalu.

Kini Mohammad Faisal Abdullah (21) adalah antara yang menjejaki Mawi untuk mempertaruh bakat nyayiannya dengan menggunakan lagu Nasyid untuk tatapan khalayak pengirim SMS dan pengkritik Af-6.

Semalam adalah pentas pertama Faisal menunjukkan bakat dengan membawa lagu yang pernah didendang oleh Ustaz Asri Ibrahim (Asri Rabbani) yang bertajuk 'Satu Kiblat Yang Sama'.

Dalam profilnya di laman web Akademi Fantasia tidak pun menyebut latar belakang beliau sebagai penyanyi atau anggota kumpulan nasyid tertentu.

Ada sumber yang menyatakan bahawa Faisal adalah anggota sebuah kumpulan nasyid, namun selepas penulis melayari web milik sebuah kumpulan yang dikaitkan dengan Faisal mendapati muka salah seorang anggota kumpulan itu memang sama seperti Faisal.

Penulis bagaimanapun tidak mendapat maklumat lanjut kerana gerbang web kumpulan tersebut tidak dapat diakses sepenuhnya.Cuma yang ada hanya satu mesej dalam kolum sms yang dikirim seorang peminat kumpulan nasyid tersebut yang berbunyi 'Salam, betul ker salah sorang dari anggota ...(nama kumpulan nasyid tersebut) akhi Faisal masuk AF6????".

Hingga kini tiada sebarang jawapan mengesahkan keanggotaan Faisal atau tidak dalam kumpulan nasyid tersebut.

Berbalik kepada isu nyanyian Faisal yang dikritik hebat oleh para pengkrtitik antaranya Ning Baizura, OGY Ahmad Daud dan Ajai yang lansung menolak persembahan Faisal.

Mungkin satu kejutan kepada Faisal kerana nyanyiannya dikritik hebat, namun apa rahsia disebalik penyertaannya dalam AF mungkin hanya Allah dan Faisal sahaja yang mengetahuinya.

Kerja dakwah bukan mudah, seorang rakan yang baru pulang dari Jordan mengikuti pengajian Syariah peringkat Sarjana (Master) di sana ada memberitahu penulis bahawa, kini kelompok pendakwah bukan hanya perlu berdakwah di masjid-masjid tetapi mensasarkan dakwah di tempat yang mana kelompok yang perlu dirawat.

Namun rakan penulis tidak pun menyebut mana-mana tempat yang dimaksudkan.Terfikir penulis bahawa adakah kemungkinan pendekatan ini yang digunakan Faisal untuk berdakwah?

Jika inilah hasrat Faisal, penulis mungkin boleh tabik dengan beliau, namun beliau perlu meletakkan kebimbangan dengan arus yang mengalir dalam AF sebagaimana yang dipertontonkan kepada khalayak dimana terdapatnya pergaulan yang agak bebas antara lelaki dan perempuan.

Itu tidak termasuk soal menutup aurat atau isu-isu lain yang mungkin terselindung di balik tirai AF yang tidak terlihat.

Atau mungkin, kelompok muda yang meneruskan irama nasyid kini seperti Faisal tidak lagi yakin dengan irama nasyid untuk dipertaruhkan untuk menjadi ladang dakwah dan tempat meneruskan bakat seni yang sedia ada.

Lihat sahaja apa yang terjadi kepada nasib Faizal Tahir (bekas anggota kumpulan nasyid Miwarna) yang digam akibat membuka baju dalam satu konsert di sebuah stesen televisyen swasta.

Faizal Tahir menyertai One In A Million pada tahun 2006 kini meniti arus 'getir' meskupun telah menempa kejayaan dalam albumnya yang pertama, namun semuanya tidak menjadi apabila Allah menurunkan ujian kepadanya mungkin kerana tersasar dari apa yang pernah dinasihatkan dalam lagu-lagu dakwah semasa bersama Miwarna.

Kini Faisal pula menyertai AF satu rancangan yang cukup mendapat kritikan daripada penceramah-penceramah bebas tentang pergaulan bebas yang tersedia dalam rancangan ini.

Mungkin ia ujian kepada Faisal(Af-6), namun seharusnya bakat nasyid yang dimiliki beliau digunakan sebaiknya untuk menjadi anak muda yang meneruskan cita-cita penasyid terdahulu yang kini masih terus berdakwah dan diminati ramai.

Antaranya, Munif Ahmad (Hijjaz), Nazrey Johaney (bekas Raihan) dan Ustaz Akhil Hayy Rawa, selain melihat bakat baru yang cukup popular seperti Inteam, Castury, Unic, Saffone dan Now See Heart.

Semua mereka ini masih menggunakan lapangan nasyid sebagai wadah untuk mengasah bakat sedia ada selain berdakwah kepada ummah.

Penulis terus berharap agar Faisal memiliki kekuatan untuk berdakwah di AF-6 namun turut bimbang apakah Faisal mampu melaksanakan misi dakwah atau sebaliknya beliau akan didakwah dengan 'doktrin huburan barat' yang kini mula membayangi artis-artis Malaysia.

Terpulang kepada kebijaksanaan dan sejauh mana keikhlasan Faisal untuk meletakkan dirinya sebagai 'entiti' yang wujud untuk terus bernasyid.

Kisah Faizal Tahir menjadi pengajaran kepada penasyid, dan ia mungkin boleh dijadikan iktibar kepada Faisal yang kini menyertai Af-6.Sama-sama renungkan.
_________________
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Forum Index.   Home.
(Page 1 of 1)  
     
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
Jump to:  



Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group
Effex-Media Web Resources
phpbb template by zig zag web design
© 2005 Copyright zig zag web design. All rights reserved.



Free Forum Free Top Site List
Make this Forum Ad-Free