Kerabat Devotees

 ....Ahlan Wasahlan Wa marhaban Bikum....
Usergroups Check your PMs Log in
Register

Home | Forum | Arcade

Go Back Post new topic Reply to topic  
Author Message
asfawani_uitm
Devotees Fanz
Devotees Fanz


Joined: 21 Feb 2007
Posts: 31

PostPosted: Fri Jan 25, 2008 12:10 pm    Post subject: UBAT DIRI ANDA Reply with quote

Smile
Setiap anak Adam yang dilahirkan di dunia persis kain putih yang tiada cacat celanya. Ibu bapalah dan persekitaran kita yang bakal mencorakkan kehidupan anak itu kelak. Ungkapan ini selalu diperkatakan , tidak kira dimana jua tempat di pentas dunia ini. Tapi ini jualah kata azimat yang senantiasa dimotivasikan dan menjadi bekalan anak-anak khususnya remaja dalam meniti arus dunia ini.
Motivasi, motivasi, motivasi.....
Berbicara mengenai motivasi, kita perlukan motivasi setiap hari, setiap bulan, ataupun sekali setahun atu sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Cuba fikirkan sejenak sudah berapa kali anda memotivasikan diri anda? Mungkin anda dalam kategori di atas ataupun tidak ada langsung.
Mengapa motivasi? Tidak ada benda lain ke yang boleh menjadi santapan rohani kita setiap hari?
Ia merupakan input iman yang penting, memupuk ketaqwaan kepada Allah, melagirkan rasa cinta kepada Allah dan mengingatkan kita bahawa hidup didunia ini adalah sementara.
PERINGATAN:-
Kita dihantar ke dunia ini untuk menerokai kurniaan ciptaan Allah s.w.t. di atas muka bumi ini, mentadbir dan menjadi khalifah di muka bumi ini serta mengumpul segala amal kebajikan untuk bekalan ke destinasi menuju akhirat.
Ni pun motivasi. Sedar tak sedar setiap hari kita bermotivasi dan diberikan motivasi oleh individu tertentu.
Dalam setiap pengajaran yang disampaikan oleh pensyarah pada subjek yang diajar ada saja iklan yang terselit tazkirah , alasannya supaya pelajar tak mengantuk dalam kelas atau bosan dengan subjek yang diajar ataupun sebagai halwa telinga kepada mereka setelah mendengar lecture selama 1 jam kebiasaannya. Kadang-kadang cerita jenaka, dan sebagainya tapi ada mesej yang nak disampaikan, sebenarnya itu adalah salah satu cara motivasi. Ada juga lagu nasyid yang mempunyai kata-kata motivasi.
“Ya Allah tunjukkan ku jalan kebenaran dan kebahgiaan. Suburkan jiwa ku oh tuhan dengan keimanan. Hanya padamu oh tuhan kuserahkan harapan.”
Awas!! Motivasi ada 2 bahagian. Pertama yang menuju ke arah kejayaan dan yang kedua menuju ke jalan yang menyimpang dari kejayaan. Motivasikan diri anda dengan berfikiran positif. Jika hari ini kita gagal memasukkan gol, sentiasa mengatakan aku akan cuba lagi untuk buat yang terbaik!! Walaupun ada diantara rakan anda yang mengatakan “gol kan bola pun tak reti”. Abaikan perkataan-perkataan negatif yand dilemparkan oleh rakan-rakan atau individu-individu di sekeliling anda.
Setelah memotivasikan diri berdoalah kepada Allah agar kita dapat melakukan sesuatu hingga ke titisan terakhir walau apa ujian yang mendatang.
Sebagai pelajar semestinya anda mahu menjadi yang pelajar yang terbaik, anak yang soleh solehah baik didunia dan jua akhirat. Pastikan apa yang anda lakukan pada hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok jauh lebih baik dari hari ini.
Mustahil diri kita akan berjaya sekiranya tiada motivasi atau pengisian kata-kata perangsang, nasihat dan kata-kata azimat dalam diri.
Motivasi ibarat penyuluh iman dalam diri seseorang. Kepada semua remaja yang bergelar pelajar, ingatlah motivasi adalah uncang berharga. Kejayaan seseorang pelajar bagi mencapai seseuatu matlamat. Jadi jangan cepat berputus asa jika sesuatu impian tidak terlaksana. Orang yang sentiasa menjadikan motivasi sebagai makanan rutinnya setiap hari akan menjadikan mental dan fizikalnya bertambah kuat dan sentiasa berfikiran kritis. Allah tidak akan memberi kita sebarang ujian dengan saja-saja. Setiap ujian itu ada hikmahnya. Mendengar ceramah agama, tazkirah pagi, menghadiri motivasi pelajar ataupun membaca apa-apa buku mengenai motivasi adalah pencarian utama dalam menerokai jalan hidup yang kita pandu sendiri sama ada kita sampai ke destinasi tamat mencapai matlamat yang kita impikan atau terbabas di pertengahan jalan.
“JADILAH MANUSIA YANG SELALU BERUSAHA DAN MENGENAL POTENSI DIRI. HIDUP AKAN MENJADI TERISI SEKIRANYA MANUSIA TAHU MENGGUNAKAN BAKAT DAN PELUANG YANG DIBERIKAN ALLAH KEPADANYA.”
ERTI HIDUP PADA USAHA.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Forum Index.   Home.
(Page 1 of 1)  
     
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
Jump to:  



Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group
Effex-Media Web Resources
phpbb template by zig zag web design
© 2005 Copyright zig zag web design. All rights reserved.



Free Forum Free Top Site List
Make this Forum Ad-Free