Kerabat Devotees

 ....Ahlan Wasahlan Wa marhaban Bikum....
Usergroups Check your PMs Log in
Register

Home | Forum | Arcade

Go Back Post new topic Reply to topic  
Author Message
cheekylulu
Devotees Fanz
Devotees Fanz


Joined: 03 Dec 2007
Posts: 38

PostPosted: Fri Jan 18, 2008 10:41 pm    Post subject: Adakah Patut?? Reply with quote

Assalamualaikum


Ana ingin berkongsi sebuah kisah yang dipetik daripada buku tulisan fathi yakan iaitu Bahtera Penyelamat dalam kehidupan pendakwah. Eloklah kita renungkan bersama.


Seorang lelaki menemui Ibrahim bin Adham. Ia berkata kepada Ibrahim: “Hai bapa Ishaq (Ibrahim). Saya ini sudah menzalimi diri sendiri, maka terangkanlah kepadaku sesuatu yang dapat menginsafkan diriku dan menyelamatkan hatiku.” Ibrahim Adham menjawab: “Jika engkau dapat menerima dan boleh melakukan lima perkara (yang aku akan katakan) nescaya apa saja kesedapan yang engkau kecapi tidak akan memudaratkan dirimu.” Lelaki tersebut pun berkata: “Apa dia? Cubalah engkau beritahu, wahai bapa Ishaq.” Ibrahim menerangkan:


“Pertama: Apabila engkau hendak menderhaka kepada Allah ‘Azza wa Jalla, maka janganlah engkau makan rezekiNya!” Lelaki itu meningkah dan berkata: “Dari sumber mana lagi aku hendak makan; sedangkan segala yang ada di dunia ini ialah rezeki kurniaanNya.” Ibrahim Adham mencelah: “Wahai fulan, adakah patut dan wajar engkau makan rezeki kurniaanNya, kemudian engkau menderhaka kepadaNya!”. “Tentu tidak”, jawabnya.


“Baiklah, yang kedua?” Ibrahim menerangkan lagi: “Bila engkau hendak menderhaka kepada Allah, maka janganlah engkau menginap di mana-manapun di atas duniaNya.” Lelaki itupun berkat: “Ini lebih hebat dari yang pertama. Kalau Timur,Barat dan antara keda semuanya adalah kepunyaan Allah, maka di mana pula aku akan tinggal?” Ibrahim mencelah: “Hai fulan, adakah patut engkau makan rezeki Allah, tinggal di bumuNya kemudian engkau derhaka kepadaNya?” “Tidak,” jawabnya.


“Baiklah yang ketiga apa?” Ibrahim menerangkan lagi: “Kalau engakau mahu juga menderhaka sedangkan engkau makan rezeki Allah dan tinggal di bumiNya, maka carilah tempat yang kira-kira dia tidak nampak engkau mencabar perintahNya. Kalau sudah engkau temui, nah engkau lakukanlah maksiattersebut.” Lelaki itupun berkata: “Hai Ibrahim! Bagaimana aku dapat berbuat demikian sedangkan Allah Maha Mengetahui, malah Dia tahu apa yang tersembunyi sekalipun?” Ibrahim menjawab: “Hai fulan, adakah patut engkau makan rezekiNya, tinggal di bumiNya, menderhaka kepadaNya, walhal Dia mengetahui hakikatmu dan melihat apa yang engaku lakukan secara terang-terangan?” “Tidak,”jawabnya.


”Yang keempat, apa dia?”, tanya lelaki itu lagi. Jawab Ibrahim. “Apabila tiba malaikat maut hendak mencabut nyawamu, maka katakanlah kepadanya: “Berikanlah aku tempoh untuk bertaubat nasuha dan untuk beramal salih kreana allah.” “Takkanlah dia mahu menurut permintaanku,” jawab lelaki itu. “Hai fulan,” kata Ibrahim: “Apakah dalam keadaan engkau tidak berdaya menolak maut; untuk mendapat tempoh bertaubat, dan engkau faham betul bahawa kalau maut datang, engkau tak berdaya menolak maut; untuk mendapat tempoh bertaubat, dan engkau faham betul bahawa kalau maut datang engkau tidak akan diberi tempoh maka dalam keadaan begitu engkau masih mengharapkan engkau boleh selamat (dengan maksiatmu)?”


Lelaki itu bertanya lagi: “Yang kelima?” Ibrahim menerangkan: “Apabila datang malaikat Zabaniyyah pada hari qiamat hendak membawamu masuk neraka, maka janganlah engkau mahu pergi bersamanya!” “Sudah tentu mereka tidak akan biarkan aku, atau menerima permintaanku,” sampuk lelaki itu. Kata Ibrahim: “Kalau begitu bagaimana engkau harap engkau boleh selamat?”


Lelaki itu pun berkata. “Wahai Ibrahim, cukuplah, cukuplah! Saya minta ampun kepada Allah dan saya bertaubat kepadaNYa.” Lelaki tersebut pun akhirnya ikut beribadah bersama Ibrahim Adham hinggalah mereka dipisahkan oleh ajal masing-masing. (Dari kitab Tawwabin)
_________________


http://cheekylulu.wordpress.com/
Back to top
View user's profile Send private message
cthajar
Devotees Fanz
Devotees Fanz


Joined: 26 Aug 2006
Posts: 681
Location: di bawah langit,di atas tanah

PostPosted: Sat Jan 19, 2008 1:05 pm    Post subject: Reply with quote

astaghfirullah al'azim3x.....
kisah nie sungguh menyayat hati.....
conclusionnyer......kite x bleh menderhakai Allah s.w.t....
kerna sume bende yg ade kat alam nih....kepunyaan Allah.......
so...we have to listen to Allah and do it weither we wanna it or not......
WALLAHUA'LAM.......
_________________

solatlah kamu di belakang imam,
seblom kamu disolatkan di hadapan imam..
renungkanlah....
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
cheekylulu
Devotees Fanz
Devotees Fanz


Joined: 03 Dec 2007
Posts: 38

PostPosted: Mon Jan 21, 2008 10:25 pm    Post subject: Reply with quote

ambil lah iktibar drpd cerita ni.. moga kta dapat menjadi hamba Allah yg sentiasa taat pdNya
_________________


http://cheekylulu.wordpress.com/
Back to top
View user's profile Send private message
cthajar
Devotees Fanz
Devotees Fanz


Joined: 26 Aug 2006
Posts: 681
Location: di bawah langit,di atas tanah

PostPosted: Mon Jul 28, 2008 5:13 pm    Post subject: Reply with quote

INSYA ALLAH.....AMEEN YA RABBAL 'ALAMIN...
_________________

solatlah kamu di belakang imam,
seblom kamu disolatkan di hadapan imam..
renungkanlah....
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Forum Index.   Home.
(Page 1 of 1)  
     
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
Jump to:  



Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group
Effex-Media Web Resources
phpbb template by zig zag web design
© 2005 Copyright zig zag web design. All rights reserved.



Free Forum Free Top Site List
Make this Forum Ad-Free