Kerabat Devotees

 ....Ahlan Wasahlan Wa marhaban Bikum....
Usergroups Check your PMs Log in
Register

Home | Forum | Arcade

Go Back Post new topic Reply to topic  

Amacam? Bakat menulis den masih ada lg ke x?
Ada. Bestla crite ni..
0%
 0%  [ 0 ]
Xde. Bosan la crite ni..
0%
 0%  [ 0 ]
Total Votes : 0

Author Message
ezmie
Devotees Fanz
Devotees Fanz

Joined: 21 Aug 2006
Posts: 2185
Location: jb

PostPosted: Mon Nov 12, 2007 5:40 pm    Post subject: Danielle + Sophie... by ezmie Reply with quote

p/s: ini adalah karangan bahagian B yg ana wat tuk periksa semester 2 SMIH 2007. Ending crite ni, ramai yg x puas hati. Ana pn sama.. Ustazah Hawa (guru BM) pn sama.. Soklan dia nk suh tulis crite yg bertemakan kasih sayang.. so, kalo terlebih-lebih jiwang tu, harap maklumla yek.. hehe.. sme ini hanyalah rekaan semata-mata..

Aku masih duduk termenung di sini. Di taman yang penuh kehijauan ini. Tempat yang menenangkan lagi mendamaikan ini aku menamakannya Taman Syurga. Setiap kali aku dalam kerunsingan, di sinilah aku akan bersantai dan menenangkan fikiran.
Aku sebenarnya keliru dengan perasaanku sendiri. Apa benarkah apa yang diluahkan Sophie padaku pagi tadi? Dia... Agh! Susah betul aku hendak menerimanya. Kata-katanya itu membuatkan aku berfikir berpuluh-puluh kali sebelum memberi jawapan. Terkenang kembali kata-kata Sophie yang kedengaran di corong telefon bimbitku. Aku baru sahaja selesai bersarapan semasa dia menelefonku.
" Danielle, aku ada satu perkara yang ingin diberitahu kepada engkau, " katanya, memulakan bicara. Aku diam menanti bait-bait seterusnya.
" Aku berfikir panjang malam tadi tentang hubungan kita. " Hubungan kita? Kenapa dengan persahabatan kita ini? Soalanku itu hanya aku biar berkumandang di dalam hati.
" Aku rasa, aku sudah mula menyayangi engkau. " Kata-katanya itu membuat aku tergelak besarsebelum aku berkata,
" Sophie, Sophie, aku juga menyayangi engkau. Engkau adalah sahabat aku yang paling baik. Itupun engkau... "
" Tidak! Aku tidak menyayangi engkau sebagai sahabat. Perasaanku sudah lebih dari itu. " Tidak sempat aku menghabiskan kata-kataku dia memotong dengan satu kenyataan yang aku tidak menjangkakannya. Belum sempat aku membetulkan lidahku yang terkelu, dia telah mematikan talian. Perbualan kami habis di situ.
Kini, aku masih memikirkan jawapan apa yang harus kuberikan kepadanya. Biarpun dia tidak menghadiahkanku sebarang pertanyaan, tetapi aku mengerti bahawa dia ingin sangat mengetahui apa perasaanku padanya pula. Aku jadi bingung. Aku sendiri tidak tahu dia mendapat posisi apa dihatiku. Selama ini aku menganggap dia adalah sahabatku. Tetapi, setelah dia dia meluahkan isi hatinya, kedudukannya di hatiku menjadi lain. Dia bagaikan sudah mendapat tempat yang paling istimewa di dalam hatiku ini tanpa aku sedari.
" Danielle! " Aku tersentak. Hilang segala pemikiran tentang Sophie. Sepantas kilat aku menoleh ke arah belakang. Aaron sedang bercekak pinggang memandangku. Wajahnya bengis bagaikan harimau ingin menerkam mangsanya.
" Kenapa engkau pandang aku begitu? " soalku.
" Aku panggil nama engkau berulang kali. Apabila aku memekik, barulah engkau menoleh. " Tanpa berkata selanjutnya, dia terus mengambil tempat di sebelahku. Aaron sama sahaja sepertiku. Masih berpakaian seragam Kolej Ying Ye. Sudah tentu dia juga belum pulang ke rumah dari kolej tadi.
Aku, Aaron dan Sophie merupakan sahabat yang akrab sejak kecil. Kami selalu bersama. Hanya tinggal sebulan sahaja lagi kami akan menamatkan pengajian di Kolej Ying Ye ini. Mungkin setelah itu kami akan mengikut haluan masing-masing. Atau mungkin sahaja Sophie sudah menikah denganku. Ufh! Kerja gila, Danielle. Aku mengutuk diri sendiri.
" Ceritalah pada aku. "
" Cerita apa? " soalku kepada Aaron tanda aku tidak mengerti.
" Cerita masalah engkau. Mungkin aku boleh membantu. "
Aku berfikir sejenak. Mungkin juga Aaron boleh memberi aku petunjuk untuk mencari jawapan Lantas, aku mengulas cerita satu-persatu kepadanya. Bermula dari panggilan yang aku terima pagi tadi hinggalah keadaanku sekarang yang dalam kebingungan. Aaron diam sebentar. Mungkin juga sedang mencari kata-kata yang sesuai untukku.
" Betul engkau tidak sayangkan Sophie? "
" Sudah tentu aku sayang, tetapi aku jadi keliru untuk menafsirkan rasa sayangku itu. Engkau harus menolong aku mencari maksud disebaliknya. " Dia kemudian tersenyum lebar.
" Jawapannya sudah ada dihadapan mata engkau, Danielle. Engkau sahaja yang belum nampak. " Di hadapan mata aku? Di mana? Soalku sendiri.
" Engkau sebenarnya bukan keliru, tetapi engkau kurang peka dengan jiwamu sendiri. Kalau engkau sayangkan Sophie sebagai seorang sahabat, mudah sahaja engkau akan dapat mengesannya. Aku yakin engkau menganggap Sophie itu lebih dari sekadar kawan. Engkau menyayangi dia sepenuh jiwa engkau, Danielle. " Aku terpana. Apa benarkah kata-kata Aaron itu? Aku bagaikan tidak percaya.
Tiba-tiba telefon bimbitku berdering nyaring. Aku menyeluk saku seluarku lalu mengeluarkan telefon bimbit berjenama Nokia. Nama Sophie tertera di skrin itu. Gugup pula aku hendak menekan punat menjawab.
" Siapa? " soal Aaron.
" Sophie, " jawabku, pendek.
" Jawablah panggilan itu. Beritahu dia isi hati engkau. Jangan biarkan dia tertunggu-tunggu. " Kata-kata Aaron membakar semangatku. Aku semakin yakin bahawa Sophie sudah bertakhta dihatiku. Tanpa berlengah lagi aku menekan butang menjawab dan terus berkata,
" Sophie, aku juga menyayangi dan mengasihi engkau. "
Talian di sebelah sana sepi. Tiada respon yang Sophie berikan. Selang beberapa saat, kedengaran tangisan seorang wanita. Aku tersenyum sendiri. Pasti Sophie terharu mendengar ucapanku itu lalu menitiskan airmata kegembiraan.
" Danielle... " Bukan Sophie yang memanggil namaku itu, tetapi suara ibunya yang aku dengar.
" Mak cik? Kenapa Mak cik menangis? "
" Sophie.. Dia.. " Mak cik Suria menangis lagi. Jantungku berdebar-debar menantikan kata-kata seterusnya.
" Kenapa dengan Sophie? " soalku, tidak sabar.
" Sophie sudah tiada. Dia kemalangan semasa pulang dari kolej tadi. " Apa?! Aku benar-benar terkejut dengan perkhabaran itu. Pantas aku terasa kepalaku berpinar-pinar. Sekelilingku bagaikan berpusing laju. Kini yang hanya terbayang di ruang mataku adalah wajah Sophie kesayanganku.
Telefon bimbit yang digenggamku tadi jatuh ke tanah. Sejurus selepas itu, badanku turut ikut rebah. Aku terdengar Aaron memanggilku berulang kali, tetapi aku sukar untuk menjawab. Lantas mataku terpejam rapat.
" Sophie! " laungku. Aku terbangun dari lelap. Kupandang sekeliling. Syukurlah! Aku bermimpi rupanya. AKu masih di Taman Syurga ini. Aaron tiada di sini. Dia sekadar muncul di dalam mimpiku dan memberikan aku sebuah jawapan yang pasti. Aku akui bahawa aku mengasihi dan menyayangi Sophie. Tidak sabar hendak memberitahunya.
Tanpa menunggu lebih lama, aku berlari selaju mungkin untuk tiba di hadapan rumah Sophie. Ingin sekali aku bertentang empat mata dengannya dan mengucapkan kata-kata keramat itu berulang kali. Aku tidak akan jemu.
Itu dia! Aku kini berdiri bertentangan dengan rumah Sophie. Kulihat dia sedang termenung di halaman rumahnya . Kenderaan yang banyak lalu-lalang di jalan besar ini membuatkan aku sukar untuk menyeberanginya dan mendekati Sophie. Tidak sabar rasanya untuk tiba di halaman rumah itu. Lantas aku berlari laju sementara kenderaan yang lalu-lalang semakin sedikit. Hanya wajah Sophie yang bermain-main difikiranku ketika ini. Aku rasa bagaikan melayang-layang di awangan. Ibarat diri ini terbang bersama burung-burung yang berkicauan. Tahu-tahu sahaja tubuhku sudah terbaring kaku di atas jalan. Badanku lemah. Kepalaku mengeluarkan darah yang banyak. Adakah aku dilanggar sebentar tadi? Benar! Aku tidak merasakan kesakitan langsung.
" Danielle! " Aku cam suara itu milik Sophie. Dia menggoncang badanku berkali-kali. Apa yang dapat aku lihat pada wajahnya ialah titisan airmata yang lebat mengalir. Tiada kata-kata yang dapat aku luahkan. Suaraku tersekat di kerongkong. Lantas, aku hanya menggenggam tangannya erat. Aku harap dia mengerti kelakuanku itu. Aku sudah memberikan jawapannya sebelum mataku terpejam rapat dan tiada akan terbuka lagi.
_________________
bila DUA hati berSATU..

[loving you is too tiring, but my heart won't stop calling your name]
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
noorhazwani binti mazral
Devotees Fanz
Devotees Fanz

Joined: 31 Jul 2007
Posts: 98
Location: presint 9,putrajaya

PostPosted: Mon Nov 12, 2007 6:35 pm    Post subject: Re: Danielle + Sophie... by ezmie Reply with quote

ezmie wrote:

hmmmmm..owh.. Smile
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
Iffah Syuqairams
Devotees Fanz
Devotees Fanz

Joined: 12 Jun 2007
Posts: 125
Location: rumah & sekolah

PostPosted: Fri Nov 16, 2007 8:31 pm    Post subject: Reply with quote

bosan skit la crite ni
kalu ending dia x mati, x boleh ke?
Back to top
View user's profile Send private message
ezmie
Devotees Fanz
Devotees Fanz

Joined: 21 Aug 2006
Posts: 2185
Location: jb

PostPosted: Fri Dec 28, 2007 5:03 pm    Post subject: Reply with quote

haha.. da kata da.. msti x ske ending dia.. haha... abih.. dah tu la yg kuar ideanya.. trime jela yek..
_________________
bila DUA hati berSATU..

[loving you is too tiring, but my heart won't stop calling your name]
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
NaILofaR~NeY
Devotees Fanz
Devotees Fanz

Joined: 11 Sep 2006
Posts: 303
Location: Besut, Terengganu Darul Iman....

PostPosted: Sat Jan 05, 2008 10:50 pm    Post subject: Reply with quote

Assalamualaikum...kak ezmie tanya, ana jawab... Very Happy
Bakat kak ezmie semakin pudar...rasa2 baik akk masuk kursus mengarang sebab akk ada bakat terpendam dan mungkin lepas ni boleh menerbitkan buku atau novel sendiri.. Very Happy Very Happy
_________________
ALLAH berfirman...

TIDAK AKU CIPTAKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN UNTUK BERIBADAT KEPADAKU....
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
ezmie
Devotees Fanz
Devotees Fanz

Joined: 21 Aug 2006
Posts: 2185
Location: jb

PostPosted: Sun Jan 06, 2008 2:41 pm    Post subject: Reply with quote

NaILofaR~NeY wrote:
Assalamualaikum...kak ezmie tanya, ana jawab... Very Happy
Bakat kak ezmie semakin pudar...rasa2 baik akk masuk kursus mengarang sebab akk ada bakat terpendam dan mungkin lepas ni boleh menerbitkan buku atau novel sendiri.. Very Happy Very Happy

huhu.. ana mmg dah agak dah.. ana pn da rasa skang ni da x leh nk menulis lg.. stp ayt yg ana buat.. mcm teruk je.. kalo stakat standard karangan skola tu boleh la..
skang ni pn, rasa mls sgt nk karang crite bru.. mayb sbb byk sgt komitmen.. spm lg.. kemas rumah lg.. masak.. jemur baju.. mcm2 lg la.. sampaikn pnt nk pk idea bru.. huhu..
nk amek kursus pn sbnrnya malas, dik...
_________________
bila DUA hati berSATU..

[loving you is too tiring, but my heart won't stop calling your name]
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
saffaa23
Devotees Fanz
Devotees Fanz

Joined: 02 Aug 2006
Posts: 77
Location: atas bumi bwh langit

PostPosted: Sun Jan 06, 2008 7:26 pm    Post subject: Reply with quote

salam..ezmie..bile nk buat citer lagi?
akak rindu nk bc..
_________________
LIFE FOR ISLAM
PRAY FOR ALLAH

saffaa's page
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger MSN Messenger
NaILofaR~NeY
Devotees Fanz
Devotees Fanz

Joined: 11 Sep 2006
Posts: 303
Location: Besut, Terengganu Darul Iman....

PostPosted: Sun Jan 06, 2008 11:43 pm    Post subject: Reply with quote

ezmie wrote:
NaILofaR~NeY wrote:
Assalamualaikum...kak ezmie tanya, ana jawab... Very Happy
Bakat kak ezmie semakin pudar...rasa2 baik akk masuk kursus mengarang sebab akk ada bakat terpendam dan mungkin lepas ni boleh menerbitkan buku atau novel sendiri.. Very Happy Very Happy

huhu.. ana mmg dah agak dah.. ana pn da rasa skang ni da x leh nk menulis lg.. stp ayt yg ana buat.. mcm teruk je.. kalo stakat standard karangan skola tu boleh la..
skang ni pn, rasa mls sgt nk karang crite bru.. mayb sbb byk sgt komitmen.. spm lg.. kemas rumah lg.. masak.. jemur baju.. mcm2 lg la.. sampaikn pnt nk pk idea bru.. huhu..
nk amek kursus pn sbnrnya malas, dik...

SPM? ezmie ambil tahun ni atau dah lepas?..ana dah lepas..
cari rumah ezmie tak jumpe..
aiseh, salah panggilan lagi nampaknya ana...malu seh, kantoi... Question Question
_________________
ALLAH berfirman...

TIDAK AKU CIPTAKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN UNTUK BERIBADAT KEPADAKU....
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
NaILofaR~NeY
Devotees Fanz
Devotees Fanz

Joined: 11 Sep 2006
Posts: 303
Location: Besut, Terengganu Darul Iman....

PostPosted: Sun Jan 06, 2008 11:43 pm    Post subject: Reply with quote

ezmie wrote:
NaILofaR~NeY wrote:
Assalamualaikum...kak ezmie tanya, ana jawab... Very Happy
Bakat kak ezmie semakin pudar...rasa2 baik akk masuk kursus mengarang sebab akk ada bakat terpendam dan mungkin lepas ni boleh menerbitkan buku atau novel sendiri.. Very Happy Very Happy

huhu.. ana mmg dah agak dah.. ana pn da rasa skang ni da x leh nk menulis lg.. stp ayt yg ana buat.. mcm teruk je.. kalo stakat standard karangan skola tu boleh la..
skang ni pn, rasa mls sgt nk karang crite bru.. mayb sbb byk sgt komitmen.. spm lg.. kemas rumah lg.. masak.. jemur baju.. mcm2 lg la.. sampaikn pnt nk pk idea bru.. huhu..
nk amek kursus pn sbnrnya malas, dik...

SPM? ezmie ambil tahun ni atau dah lepas?..ana dah lepas..
cari rumah ezmie tak jumpe..
aiseh, salah panggilan lagi nampaknya ana...malu seh, kantoi... Exclamation Exclamation
_________________
ALLAH berfirman...

TIDAK AKU CIPTAKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN UNTUK BERIBADAT KEPADAKU....
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
ezmie
Devotees Fanz
Devotees Fanz

Joined: 21 Aug 2006
Posts: 2185
Location: jb

PostPosted: Thu Jan 10, 2008 9:13 pm    Post subject: Reply with quote

saffaa23 wrote:
salam..ezmie..bile nk buat citer lagi?
akak rindu nk bc..

2 r psl, kak.. no idea r.. ada pn.. mesti sekerat je.. lps tu, da x leh nk smbg..
byk da cte ana tergantung.. rasa cam nk bakar je komp ni.. Twisted Evil Twisted Evil geram sgt sbb x leh nk smbung cte2...
_________________
bila DUA hati berSATU..

[loving you is too tiring, but my heart won't stop calling your name]
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
ezmie
Devotees Fanz
Devotees Fanz

Joined: 21 Aug 2006
Posts: 2185
Location: jb

PostPosted: Thu Jan 10, 2008 9:14 pm    Post subject: Reply with quote

NaILofaR~NeY wrote:
ezmie wrote:
NaILofaR~NeY wrote:
Assalamualaikum...kak ezmie tanya, ana jawab... Very Happy
Bakat kak ezmie semakin pudar...rasa2 baik akk masuk kursus mengarang sebab akk ada bakat terpendam dan mungkin lepas ni boleh menerbitkan buku atau novel sendiri.. Very Happy Very Happy

huhu.. ana mmg dah agak dah.. ana pn da rasa skang ni da x leh nk menulis lg.. stp ayt yg ana buat.. mcm teruk je.. kalo stakat standard karangan skola tu boleh la..
skang ni pn, rasa mls sgt nk karang crite bru.. mayb sbb byk sgt komitmen.. spm lg.. kemas rumah lg.. masak.. jemur baju.. mcm2 lg la.. sampaikn pnt nk pk idea bru.. huhu..
nk amek kursus pn sbnrnya malas, dik...

SPM? ezmie ambil tahun ni atau dah lepas?..ana dah lepas..
cari rumah ezmie tak jumpe..
aiseh, salah panggilan lagi nampaknya ana...malu seh, kantoi... Question Question

aha.. o..o.. rasanya.. ana pn da slh da.. kiranya.. nailofar~ney ni sbaya akak anala yek.. hehe.. ana bru nk amek spm thn ni... kalo la da lps SPM tu.. mesti bahagia idup.. X saba nk abis skola.. heep! heep! horray!
_________________
bila DUA hati berSATU..

[loving you is too tiring, but my heart won't stop calling your name]
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Forum Index.   Home.
(Page 1 of 1)  
     
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
Jump to:  

Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group
Effex-Media Web Resources
phpbb template by zig zag web design
© 2005 Copyright zig zag web design. All rights reserved.

Free Forum Free Top Site List
Make this Forum Ad-Free