|
|
| Author |
Message |
Hana_adila Devotees Fanz


Joined: 21 Jul 2006 Posts: 1416 Location: .::UKM::.
|
Posted: Thu Mar 22, 2007 3:30 pm Post subject: SIAPAKAH YG DIMAKSUDKAN DGN LELAKI SOLEH?????? |
|
|
Lelaki Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal(bukan dari sumber yang haram)serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam. Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adalah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya. TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna, maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan, barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata. Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu semua. Antara hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan, tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita dan jalan hidup seseorang itu.
KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS.....
1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.
17. kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.
Selain daripada ciri-ciri diatas, orang orang yang soleh juga merupakan insan yang sentiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.
Tugas tugas dan kewajipan Lelaki Soleh........
1. Mencari nafkah ( belanja hidup)
2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri. _________________ KeRINDUan pada ALLAH melahirkan jiwa yang rela berkorban;
KeCINTAan pada ALLAH melahirkan jiwa yang penuh kesungguhan;
KeTAATan pada ALLAH melahirkan jiwa yang penuh ketenangan.. |
|
| Back to top |
|
salbiah Devotees Fanz


Joined: 19 Jan 2007 Posts: 717 Location: negeri sembilan
|
Posted: Thu Mar 22, 2007 3:46 pm Post subject: |
|
|
assalamualaikum..hai..hana..terima kasih atas infomasi t'sebut..
hope...kite semua m'dapat lelaki yang soleh l yer...  _________________ aku dambakan..dambakan cinta
cinta sejati yang kekal selamanya
biarpun pahit pejalanan meraihnya
demi redha-mu kuharungi jua...
kini terungkai sudah
kisah hidup kita
berbekal taat dan sabar
pastikan berjaya... |
|
| Back to top |
|
Hana_adila Devotees Fanz


Joined: 21 Jul 2006 Posts: 1416 Location: .::UKM::.
|
Posted: Fri Mar 23, 2007 5:52 pm Post subject: |
|
|
| salbiah wrote: | assalamualaikum..hai..hana..terima kasih atas infomasi t'sebut..
hope...kite semua m'dapat lelaki yang soleh l yer...  |
wa'alaikum salam..
sma2...InsyaAllah sal..AMIN.. _________________ KeRINDUan pada ALLAH melahirkan jiwa yang rela berkorban;
KeCINTAan pada ALLAH melahirkan jiwa yang penuh kesungguhan;
KeTAATan pada ALLAH melahirkan jiwa yang penuh ketenangan.. |
|
| Back to top |
|
leesly VIP MEMBER


Joined: 29 Jul 2006 Posts: 1535 Location: sErAtA MaLaYsIa^_^
|
Posted: Fri Mar 23, 2007 8:30 pm Post subject: |
|
|
salamz...best jek bace..sejuk dada rase
cam lelaki yg mengikut sunnah nabi muhammad SAW...
ciri2 semua pd Nabi Muhammad SAW
trimass kak husna sudi kongsikan bersama  _________________
 |
|
| Back to top |
|
ikmal Devotees Fanz


Joined: 30 Jul 2006 Posts: 476 Location: kg. baru
|
|
| Back to top |
|
Hana_adila Devotees Fanz


Joined: 21 Jul 2006 Posts: 1416 Location: .::UKM::.
|
Posted: Wed Mar 28, 2007 10:56 am Post subject: |
|
|
| leesly wrote: | salamz...best jek bace..sejuk dada rase
cam lelaki yg mengikut sunnah nabi muhammad SAW...
ciri2 semua pd Nabi Muhammad SAW
trimass kak husna sudi kongsikan bersama  |
wslm...
sme2 Nadira...
sbgmna yg kita taw..
" Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh yg terbaik" _________________ KeRINDUan pada ALLAH melahirkan jiwa yang rela berkorban;
KeCINTAan pada ALLAH melahirkan jiwa yang penuh kesungguhan;
KeTAATan pada ALLAH melahirkan jiwa yang penuh ketenangan.. |
|
| Back to top |
|
Hana_adila Devotees Fanz


Joined: 21 Jul 2006 Posts: 1416 Location: .::UKM::.
|
Posted: Wed Mar 28, 2007 10:57 am Post subject: |
|
|
| ikmal wrote: | | moga2 diriku menjadi insan yg soleh spt yg dinyatakan itu... Insya Allah |
InsyaAllah..AMIN.. _________________ KeRINDUan pada ALLAH melahirkan jiwa yang rela berkorban;
KeCINTAan pada ALLAH melahirkan jiwa yang penuh kesungguhan;
KeTAATan pada ALLAH melahirkan jiwa yang penuh ketenangan.. |
|
| Back to top |
|
ema Devotees Fanz


Joined: 29 Jan 2007 Posts: 251 Location: New Garden, TPG, Selangor
|
Posted: Fri May 04, 2007 1:12 am Post subject: |
|
|
bharp sgt dpt kaum adam yg soleh nie...agr dpt mmbimbng diri ini ke jalan yg benar....smoga tmakbul sgla hasrat hati...amin..  |
|
| Back to top |
|
ryna VIP MEMBER


Joined: 01 Sep 2006 Posts: 1293 Location: unisel
|
Posted: Fri May 04, 2007 10:21 am Post subject: |
|
|
| ema wrote: | bharp sgt dpt kaum adam yg soleh nie...agr dpt mmbimbng diri ini ke jalan yg benar....smoga tmakbul sgla hasrat hati...amin..  |
betol tue.... _________________ "SESUNGGUHNYA MASA ITU KAPAL PELAYARAN,IMAN ITU KEMUDI KEHIDUPAN,MASALAH ITU BADAI PENCETUS KEJAYAAN DAN SAHABAT ITU WADAH MENDEKATI TUHAN" |
|
| Back to top |
|
ema Devotees Fanz


Joined: 29 Jan 2007 Posts: 251 Location: New Garden, TPG, Selangor
|
Posted: Sun May 06, 2007 1:15 am Post subject: |
|
|
tp sbnonyer mmg ssh nk jmpe llaki soleh nie...apalgi nk mmelikinyer.....kemnkah agknyer mreka....?bkn mghina kaum adam...dri ini pn bknnyer smpurna...  |
|
| Back to top |
|
|