Kerabat Devotees

 ....Ahlan Wasahlan Wa marhaban Bikum....
Usergroups Check your PMs Log in
Register

Home | Forum | Arcade

Go Back Post new topic Reply to topic  
Author Message
tsutsuji
Administrator & KD VIP
Administrator & KD VIP


Joined: 19 Jul 2006
Posts: 295
Location: Bumi Allah

PostPosted: Wed Aug 23, 2006 10:24 am    Post subject: Rules of Kerabat Devotees Reply with quote

Peraturan & kod Etika Kerabat Devotees

Objektif peraturan dan kod etika KD ini adalah untuk menjaga kesejahteraan forum. Juga untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak disenangi oleh ahli-ahli lain berlaku. Di harap SEMUA warga KD dapat baca, memahami dan mengamalkan etika berforum yang baik. Sekiranya anda sudah mendaftar dan menjadi ahli KD maka anda adalah secara langsung tertakluk dengan segala peraturan serta syarat dan kod etika yg di tetapkan oleh KD.


1. Buka topik baru
Topik baru boleh dibuka oleh sesiapa sahaja di mana-mana forum. Tajuk topik hendaklah menggambarkan apa yang hendak dibincangkan atau ditanyakan. Topik yang kurang disenangi pengendali akan dibuang. Contoh: topik politik yang boleh menyebabkan pertelingkahan, topik agama yang tidak sahih, topik merapu dan topik seks.

Topik baru hendaklah dibuka di dalam segmen forum yang bersesuaian.

Topik yang mempunyai agenda skim cepat kaya atau sistem piramid adalah sama sekali dilarang. Jika ada mana2 topik yang membuat 'spam' atau topik berulang kali maka pihak KD tidak teragak-agak untuk memadamkannya atau ban user tersebut tanpa notis. Topik yang mengandungi bahan lucah dilarang. Topik yang berkaitan dengan piracy atau warez atau crack dan yang seangkatan dengannya adalah dilarang sama sekali.

Sebelum membuka topik baru tolong buat sedikit carian di dalam KD bagi mengelakkan topik yang sama berulang banyak kali.


2. Membalas mesej
Setiap orang boleh membalas mesej di dalam semua forum. Mesej yang dibalas mestilah mempunyai isi yang sepatutnya. Mesej seperti “Hmmm…”, “Ntahle…” atau yang mengandungi smilies sahaja adalah ditegah dan didelete tanpa notis. Jika hendak memberi komen sila berikan dengan jelas dan bernas.


3. Etika dan Tatasusila
Setiap warga KD adalah tertakluk kepada peraturan dan polisi ini. Amaran dan teguran pengendali mestilah dihormati. Penggunaan bahasa kasar dan lucah adalah amat ditegah. Tindakan seperti ban atau dibuang terus dari forum boleh dikenakan. Provokasi di antara ahli juga ditegah.


4. Memasukkan Gambar
Pertama sekali setiap gambar hendaklah diletakkan di dalam mana-mana server. Jikalau tidak mempunyai server sendiri, hendaklah membuka akaun di mana-mana server percuma.

Contoh server percuma yang membenarkan jaringan imej dari luar. www.imageshack.us


5.Imej untuk avatar dan signature
Pilihlah avatar dan signature yang mempunyai mesej yang baik dan melambangkan sst yang bermakna... Anda dilarang sama sekali menggunakan avatar yang menjolokkan mata, kerana dikhuatiri tersilap faham, eloklah guna avatar yang melambangkan diri anda sendiri... Adalah menjadi satu pakaian iman dan taqwa bagi pengguna KD menggunakan avatar yang bersyariat..


6. NickName User
Anda boleh memilih memana nick yang sesuai dgn etika sbg orang Islam, Dan setiap individu hanya perlu ada 1 nick sahaja dan tidak boleh mendaftar banyak nickname serta tidak dibenarkan menukar nick setelah mendaftar menjadi ahli, pihak admin akan membuang nick user yang tidak menepati etika dan akhlak yang baik tanpa notis.


7. Perlaksanaan Peraturan
Sekiranya mana2 individu yang melanggar peraturan dan kod etika KD akan diberi amaran. Mana-mana posting atau mesej yang tidak sesuai yang mana ada unsur negatif, provokasi, politik keterlaluan, lucah, subversif dan skim cepat kaya akan didelete, dikunci dan dipindahkan tanpa sebarang notis. Jika tiada maklumbalas positif maka kami akan memblacklist, mendeactivatekan account atau membanned anda dengan keputusan bicara panel admin.

Semoga dengan kod etika ini mampu menjaga keharmonian kita bersama.



Wassalam
Wink
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Forum Index.   Home.
(Page 1 of 1)  
     
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
Jump to:  



Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group
Effex-Media Web Resources
phpbb template by zig zag web design
© 2005 Copyright zig zag web design. All rights reserved.



Free Forum Free Top Site List
Make this Forum Ad-Free