Kerabat Devotees

 ....Ahlan Wasahlan Wa marhaban Bikum....
Usergroups Check your PMs Log in
Register

Home | Forum | Arcade

Go Back Post new topic Reply to topic  
Author Message
fierah
Devotees Fanz
Devotees Fanz


Joined: 03 Sep 2007
Posts: 28
Location: kedah@s.alam

PostPosted: Fri May 30, 2008 11:06 am    Post subject: apa salahku Ya Tuhan.. Reply with quote

Bila ternampak bisikan nurani ni,terasa ingin meluahkan perasaan yang terbuku di hati.

Aku anak pertama dalam 5 orang adik beradik.Baba ku seorang pemandu lori dan ibuku pula seorang suri rumah.Hidupku ceria walaupun tidak sekaya orang lain namun keluargaku kaya dengan kasih sayang.
Walau baba tak sediakan rumah yang mewah,namun cukuplah sekadar tempat berteduh dari hujan dan panas mentari.Hidup kami memang bergantung penuh pada baba,hasil dari pemandu.
Namun,Allah ingin menguji keluargaku.tanggal 6/12/2007,Babaku jatuh sakit.Sebnyk 4 operation dia terpaksa lalui dalam masa seminggu.Hanya Tuhan yang tahu.Adik2 ku akan masuk sekolah tak lama lagi.adik kedua aku masih di universiti.aku pula akan menyambung semester ke3 aku seminggu lagi. Bila difikirkan,dimana harus ku cari duit untuk membayar semua yuran adik2 aku,keperluanku untuk ke universiti,dan duit belanja adik kedua aku di universiti(sem last arkitecture),aku jadi kalut.Masa tu hanya Allah saja yang tau perasaan aku.
Aku meminta kebenaran mama untuk ex-tand dari kelas.Mama tak benarkan atas alasan,dia akan cuba sedaya upaya untuk menjual tanah haknya.Namun,aku yakinkan dia untuk tidak menjual tanah sekangkang kera tu.Tp,benarkan aku bekerja untuk tanggung keluarga.Akhirnya mama benarkan,walau hatinya pedih.
Aku bekerja sebagai seorang kerani di sebuah firma construction.Disebabkan aku punyai latar belakang pelajar undang2, bos aku memberi sepenuh kepercayaan dalam semua kertas kerja atau agreement yang akan disediakan.
Bila dikatakan hidup susah,namun keluarga sebelah mama dan baba ku amat memberi perhatian.tak kurang juga jiran2 ku.aku rasakan aku sungguh bertuah.Sebulan kemudian,baba dibenarkan pulang.Tp,masih terlantar sakit.
Namun, kusangka panas hingga ke petang,rupa2nya ada taufan yang melanda.Saat aku mewakili baba dan mama pulang ke kampung untuk membantu kenduri kesyukuran di rumah nenek ku,aku dituduh bapa saudaraku(adik kepada mama) sebagai penghasut keluarga menjadi berpecah belah,aku dan adik keduaku membawa tabiat yang merosak akhlak (bawa dari universiti)kepada sepupuku yang lain.aku dituduh sebagai seorang yang riak dan mcm2 lagi.Di tengah orang ramai yang datang aku dibenam dgn kata2 kesat.Ditengah bapa saudara dan ibu saudara ku yang lain,aku dibuang keluarga tanpa ada pembelaan.Dimana orang yang aku sayangi pada masa tu?Nenek?pakngah?makcik?maksu?pakjang? wawapannya, Mereka semua sembunyikan diri didalam bilik!!YaAllah!!ujian apa ini?apa salahku?dimana dia dapat fitnah ini sampai aku dijadikan mangsa?
Aku tak tahu apa2..Demi Allah bukan salahku..Aku membawa tabiat apa?aku cuba bertanya namun hampir di tampar oleh dia.kata2 akhir yang tak dapat aku lupa,"Baliklah kau!jgn tegur aku jika jumpa aku dimana2"
Tangisan aku langsung tak dihirau mereka yang ada.Aku pulang bersama adikku ditengah hujan lebat.Menunggang motosikal,sejuk aku dah tak terasa lagi.luka hatiku difitnah lebih teruk lagi.sayu hatiku ditinggal keluarga yang aku anggap penyelamat lebih mendalam.
Allah maha besar bila mamaku menalifonku,dia mendengar segalanya apa yang dikata adiknya sendiri.tak ku sangka talian yang kuputuskan disaat aku di kecam dgn kejam,Allah biarkan ia disambung terus kepada mamaku.
Sampai saja aku di rumah,mama dan baba diam membisu.Aku masih belum tahu hingga mama akhirnya menangis dan memberi tahu aku yang dia mendengar setiap patah perkataan yg keluar.Aku msh boleh maafkan mereka jika mereka humban aku ke gaung sekalipun,namun,aku tidak akan berdiam diri andai baba dan mama menangis begitu.
Sudah berbulan perkara ni berlaku.adik kedua akupun telah habis belajar dan sekarang dia akan bekerja di salah satu firma arkitek terkenal negara.Aku dan adik2 berjanji,tiada lagi keluarga seperti itu.Biar kami berjaya kerana mama dan baba dan orang yang membantuku.Walaupun tiada pertalian darah,namun mereka membantu keluargaku semampu mereka..Kami adikberadik akan membalas setiap patah kata yang keluar dari mulut mereka!
Aku akan bina satu mahligai buat mama dan baba.Biar mereka tahu,budak yang dikata jahat ni adalah permata bukan badi mereka.
YaAllah..Jayakan misi dendam ku ini.Aku bukan nak riak seperti kata mereka.Tapi,aku ingin ajarkan mereka apa itu hidup.Memang aku susah.Tapi tak pernah sekali aku meminta beras untuk aku makan pd mereka.Aku sara keluarga bila baba jatuh sakit.sikit aku tak minta belas mereka.Ya Allah.Ampukan aku andai aku berdosa atau salah pada mereka.Namun,setitik air mata mama dan baba tumpah,akan ku balas setimba pada mereka!!!
_________________
peganglah pada kalimah ini,
semoga hati tidak terkunci
kerana kunci adalah hati
andai terkunci hatikan mati..
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
atilia
Devotees Fanz
Devotees Fanz


Joined: 13 Apr 2008
Posts: 82
Location: tirai kamar hati

PostPosted: Sat May 31, 2008 11:38 am    Post subject: Reply with quote

sungguh menusuk kalbu...sabar ye fierah...
_________________
TIADA LAGI ERTINYA PENGUCAPAN,ANDAI AKHIR NAFAS DIHUJUNG HELAAN,SEBELUM MATA RAPAT TERPEJAM,USAH BIAR KEHILANGAN,MENGGANTIKAN LAFAZ YANG TARSIMPAN..
-nuralym_90@yahoo.com-
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
cthajar
Devotees Fanz
Devotees Fanz


Joined: 26 Aug 2006
Posts: 513
Location: di bawah langit,di atas tanah

PostPosted: Thu Jun 05, 2008 11:11 am    Post subject: Reply with quote

fierah.....hajar doakan smoge fierah tabah n sabar..
setiap kejadian pasti ade hikmahnye....
papepon....RELY EVERYTHING TO ALLAH!!
ALLAH KNOWS THE BEST FOR US!!!!

WALLAHUA'LAM....
_________________

solatlah kamu di belakang imam,
seblom kamu disolatkan di hadapan imam..
renungkanlah....
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Forum Index.   Home.
(Page 1 of 1)  
     
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
Jump to:  



Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group
Effex-Media Web Resources
phpbb template by zig zag web design
© 2005 Copyright zig zag web design. All rights reserved.



Free Forum Free Top Site List
Make this Forum Ad-Free