Kerabat Devotees Forum Index
Kerabat Devotees
....Ahlan Wasahlan Wa marhaban Bikum....
 
Kerabat Devotees Forum IndexFAQSearchRegisterLog in

Home | Forum | Arcade

:: SkDr ReNunGan... ::

 
Post new topic   Reply to topic    Kerabat Devotees Forum Index -> Karya Kreatif
View previous topic :: View next topic  
Author Message
farika
Devotees Fanz
Devotees Fanz


Joined: 31 Jul 2006
Posts: 125
Location: ukm,bangi

PostPosted: Thu May 08, 2008 11:33 am    Post subject: SkDr ReNunGan... Reply with quote

Seorang bapa pulang ke rumah dalam
keadaan letih disambut baik oleh anaknya
yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat
briefcase ayahnya, si anak itu bertanya
kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya
satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah
sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa
sebuk-sebuk nak tanya? Si ayah mula
menengking.

Anak: Amin saja nak tahu ayah...
Tolonglah beritahu berapa pendapatan
ayah sejam di pejabat?Si anak mula
merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak
tahu?Jerkah ayahnya lagi..

Anak: Oh..20 ringgit..

Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam
10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata,
"Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal
pendapatan ayah? Kamu nak buat apa
dengan duit tu? Mintak sampai 10
ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah
penat-penat kerja cari duit,kamu
senang-senang nak membazir ya.. Sudah,
pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul
berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan
dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk
di sofa sambil memikirkan mengapa
anaknya yang sekecil itu meminta duit
sampai10 ringgit. Kira-kira 2 jam
kemudian, ayah kembali tenang dan
terfikir kemungkinan besar anaknya
benar-benar memerlukan duit untuk
keperluan di sekolah kerana anaknya tak
pernah meminta wang sebegitu banyak
sebelum ini.Dengan perasaan bersalah, si
ayah melangkah menuju kebilik
anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit?
Nah.. ambil ni"Si ayah mengeluarkan
sekeping duit kaler merah.Kanak-kanak
itu segera bangun dan tersenyum girang.

"Terima kasih banyaklah ayah!"Lalu dia
mengangkat bantalnya dan mengeluarkan
sekeping note 10 ringgit yang sudah
renyuk terhimpit oleh bantal. Bila
ternampak duit itu, si ayah kembali berang.

"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan
kamu dah ada duit sebanyak itu??Dan dari
mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung
ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit
itu, dia menerangkan.....

"Duit ni Amin kumpul dari belanja
sekolah yang ayah bagi hari-hari tu.
Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah
sebab Amin tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah
ayahnya lagi.

"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20
ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin
nak beli sejam dari masa ayah dipejabat
tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok.
Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."

Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya
_________________
HIDUP INI UMPAMA GULA-GULA KADANG2 MANIS,MASAM & MASIN
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
Hafifi
Devotees Fanz
Devotees Fanz


Joined: 17 Apr 2008
Posts: 70
Location: Klang, Selangor

PostPosted: Thu May 08, 2008 4:34 pm    Post subject: Reply with quote

sedihnye..cete ni..

pandai si bdk amin 2 ye.. Crying or Very sad
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
farika
Devotees Fanz
Devotees Fanz


Joined: 31 Jul 2006
Posts: 125
Location: ukm,bangi

PostPosted: Tue May 27, 2008 11:09 am    Post subject: Reply with quote

Hafifi wrote:
sedihnye..cete ni..

pandai si bdk amin 2 ye.. Crying or Very sad


mmg sedih cite ni....huhu...
mula2 akak bc dh nangis huhu... sama2 lah ambik pgjrn dsebalik cite ni...
_________________
HIDUP INI UMPAMA GULA-GULA KADANG2 MANIS,MASAM & MASIN
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    Kerabat Devotees Forum Index -> Karya Kreatif All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum


onyx © theme by larme d'ange 2006
Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group


Free Forum Free Top Site List
Make this Forum Ad-Free