|
|
| Author |
Message |
Humaira Devotees Fanz


Joined: 17 Mar 2007 Posts: 198 Location: Di hati nasyid....
|
Posted: Sun May 25, 2008 3:29 pm Post subject: Aku Bukanlah... |
|
|
Assalamualaikum... Sajak ni hasil cetusan idea daripada serikandi2 Islam yang menjadi ikutan sehingga kini.. Hayatilah...
Tajuk: Aku Bukanlah
Mereka berkata
Wanita perhiasan dunia
Wanita solehah adalah sebaik perhiasan
Namun adakah mampu
Untuk aku menjadi seperti itu???
Aku bukanlah sebijak Aisyah Humaira
Wanita mulia lagi bijaksana
Insan yang setia menemani suaminya
Disaat panggilan Ilahi menyahut
Aku juga bukanlah setaat Fatimah Az-Zahra
Puteri kesayangan kekasih Ilahi
Yang menjadi sanjungan sehingga kini
Tabah dan sabarnya amat aku kagumi
Sehingga kembalinya ke pangkuan Ilahi
Aku tidaklah seteguh Sumayyah
Begitu tegar hatinya kerana Ilahi
Biarpun maut di depan menanti
Inilah dia syahidah sejati
Namanya kekal terpaut dihati..
Tidak mungkin dapat aku tandingi Khadijah
Wanita hartawan lagi dermawan
Hartanya adalah lambang pengorbanan
Untuk Islam yang sejati..
Setia bersama susah dan senang
Sehingga kini tiada penggantinya...
Indahnya sirah mujahidah sejati..
Tidak mungkin dapat aku menandingi mereka
Ikhlasnya Rabiatul Adawiyah
Sucinya kasih Zinnirah
Tabahnya Siti Hajar
Mulianya peribadi Muti'ah
Dan..
Harum mewanginya Mashitah
Merekalah insan mulia
Contoh buat kaum muslimat
Teladan untuk setiap mukminat...
Biarlah derita dan sengsara di alam fana ini...
Namun kabahagiaan hakiki pasti di sana menanti..
Biarlah apa pun diri ini
Semoga mampu untuk terus berjuang
Mencontohi akhlak mulia
Para wanita yang solehah...
Hasil Nukilan...
Aimie Humaira
Seri Manjung, Perak
Hari tu ade hantar sajak nie dkt IKIM dlm segmen NUKILAN... Tak sangka terpilih utk dibaca... _________________
 |
|
| Back to top |
|
cthajar Devotees Fanz


Joined: 26 Aug 2006 Posts: 681 Location: di bawah langit,di atas tanah
|
Posted: Mon May 26, 2008 2:29 pm Post subject: |
|
|
bagus nye sajak nih......
tahniah humaira coz terpilih kat IKIM..... _________________
solatlah kamu di belakang imam,
seblom kamu disolatkan di hadapan imam..
renungkanlah.... |
|
| Back to top |
|
Humaira Devotees Fanz


Joined: 17 Mar 2007 Posts: 198 Location: Di hati nasyid....
|
Posted: Mon May 26, 2008 5:17 pm Post subject: |
|
|
| cthajar wrote: | bagus nye sajak nih......
tahniah humaira coz terpilih kat IKIM..... |
Thanks... huhu  _________________
 |
|
| Back to top |
|
|