Kerabat Devotees

 ....Ahlan Wasahlan Wa marhaban Bikum....
Usergroups Check your PMs Log in
Register

Home | Forum | Arcade

Go Back Post new topic Reply to topic  
Author Message
hamiez
VIP MEMBER
VIP MEMBER


Joined: 20 Jul 2006
Posts: 1517
Location: *~*Bumi Allah Subhanahuwata'ala---Penang~*~

PostPosted: Thu Nov 23, 2006 10:28 am    Post subject: Kasih ibu...Dah bace blom?? touching..maih2...=( Reply with quote

assalamualaikum...hamiez share citer ni yer...sedey jugak.. Sad
KASIH IBU..... (sediakan tisu sblm bace)

"Mak, kenapa adik tak ada ayah? Kenapa ayah
tinggalkan adik?"
Emak bingung, soalan itu sering adik ungkapkan.
Macam mana emak nak jawab. Adik faham ke
kalau emak katakan yang emak dan ayah dah
berpisah dan ayah dah kahwin lain. Nanti adik
mesti tanya Kenapa emak dan ayah berpisah?
Kenapa emak dan ayah Ee tak berpisah? Kenapa
emak dan ayah Najlah tak berpisah? Kenapa
emak dan ayah Fifi pun tak berpisah? Kenapa
mesti emak dan ayah adik berpisah?
Emak usap kepala adik.

"adik, ayah tak tinggalkan adik, ayah ada, satu
hari nanti ayah balik.." emak pujuk adik lembut-
lembut. Adik senyum, tak sabar rasanya nak
menunggu 'satu hari' itu. Selama ingat adik, adik
Cuma lihat wajah ayah di gambar yang tergantung
dibilik emak. Penat adik menggelamun, akhirnya
adik terlelap.


Sedar saja adik dengar laungan azan subuh.
Merdu dan mendayu-dayu. Adik bingkas bangun.
Lama adik termenung.
"sedapnya…satu hari nanti adik pun nak nyanyi
nasyid macam tu.." adik tersengih dibelakang
emak yang sudah siap bertelekung.
"itu bukan nasyid sayang, itu azan, laungan untuk
menyeru semua umat islam menunaikan solat",
emak membetulkan pengetahuan adik.
Emak memimpin adik ke bilik air. Emak mengajar
adik berwuduk. Mula-mula adik kena basuh
tangan. Moga-moga dosa-dosa kecil yang
dilakukan oleh tangan gugur bersama air
sembahyang. Lepas tu adik berkumur dan
begitulah seterusnya.


Adik cari telekung, nak pakai cantik-cantik macam
emak pakai. Emak tersenyum, tapi adik lelaki..
Emak mengajar adik bersolat. Bila selesai, adik
tersenyum.
"mak, mesti Tuhan sayang kat adik kan?" emak
menggangguk.
"mesti lepas ni Tuhan bagi balik ayah kat adik
kan?" emak mengangguk lagi. Adik tersenyum
puas. Wahh..Tuhan sayang kat adik, Tuhan tak
sayang kat Ee, Tuhan tak sayang kat Najlah,
Tuhan tak sayang kat Fifi. Tuhan sayang kat adik
seorang saja. Adik tersenyum bangga.

Pagi itu, seperti biasa adik ikut emak menjaja
kuih. Keliling kampung adik berjalan mengikut
emak. Ketika emak berhenti di kedai Long Gayah
meletakkan kuih muih, adik berlari mendapatkan
Ee, Najlah dan Fifi yang sedang bermain di tepi
longkang.
"nak main jugak," adik tersengih menegur kawan-
kawannya.
"boleh, tapi kami main rumah-rumah. Najlah jadi
emak, Fifi jadi kakak.Adik jadi ayah ye.." Najlah
memberi cadangan.
Adik tersengih dapat jadi ayah. Tapi macam mana
nak jadi ayah, Adik tak tau apa peranan ayah.

"tak boleh…tak boleh..Adik tak boleh jadi ayah,
sebab Adik tak ada ayah. Biar Ee jadi ayah, Ee
ada ayah..", Ee mula memberontak.
Adik sekadar menggangguk. Jauh disudut hatinya,
Adik sedih. Adik nak menangis, tapi cepat-cepat
Adik teringat, pagi tadi Adik solat subuh, Tuhan
sayang kat Adik, Tuhan tak sayang kat Ee.
"Adik jadi mamak roti, sebab Adik hitam macam
mamak roti," Ee memberi cadangan.
"Adik tak mahu jadi mamak roti, Adik nak jadi
orang laung azan".
"mana boleh!" Ee memberontak. Ee tolak Adik.
Bedebukkk!! Adik jatuh ke tanah. Adik tak
mengalah, Adik bangun tolak Ee kuat-kuat.
Bedebukkk!!! Ee jatuh. Ee menangis teresak-esak.
"Ee bagitau kat ayah!" Ee gertak Adik. Adik diam.
Adik nak bagitau siapa? Adik hanya boleh bagitau
emak, tapi emak Adik tak boleh lawan ayah Ee.
Ayah Ee kuat.
"Adik bagitau mak!" Adik melawan.
"ayah Ee kuat, mak Adik tak kuat!" Ee mengamuk
"Adik Bagitau Tuhan! Mak kata Tuhan kuat tak ada
siapa boleh lawan Tuhan!" Adik berlari
meninggalkan Ee termanggu sendiri.


Adik menangis teresak-esak.
"Kenapa?" soal emak lembut.
"mak, Kenapa adik hitam macam mamak roti?"
"mana ada hitam, kulit adik kan sama macam kulit
mak.., kalau Adik hina kulit Adik maknanya Adik
hina kulit emak juga, Tuhan marah tau.." Emak
memujuk Adik. Memanglah kulit Adik macam kulit
emak sebab emak, emak Adik dan Emak bukan
orang melayu, Emak orang bangsa lain. Emak
tinggalkan keluarga dan amalan nenek moyangnya
demi sayangkan ayah. Sebab itu, emak tak
pernah membenci ayah biarpun ayah
meninggalkan emak sendiri. Kerana ayahlah,
emak kenal agama Islam. Kerana ayahlah emak
kenal Allah. Kerana ayahlah emak keluar dari
kegelapan. Dan kerana ayahlah, emak ada Adik.
Biarlah ayah tinggalkan emak tapi emak tidak
akan meninggalkan Allah. Allah Yang Satu.


"mak, Kenapa Adik tak ada ayah?"
Emak pening. Soalan itu lagi diulang-ulang. Emak
Cuma diam merenung tanah.
"Adik..," Long Gayah menghampiri Adik dan Emak.
" walaupun Adik tak ada ayah, tapi Adik ada
emak, betul tak?, Emak boleh jaga Adik lebih baik
dari ayah Ee jaga Ee, kan??", Long Gayah pujuk
Adik. Airmata Adik disapu. Wajah Adik dielus
lembut. Kepala adik diusap penuh kasih sayang.
"mungkin kalau Adik ada ayah, Adik tak ada
emak. Mana satu adik nak", Long Gayah sambung
lagi.
"Adik nak dua-dua sekali", jawab Adik tersekat-
sekat.
Long Gayah terdiam. Tak tau nak jawab apa lagi.
Adik ternganga menanti jawapan Long Gayah.
"Adik tau ayah tak sayang Adik, tapi Adik tau
Tuhan sayang Adik sebab Adik sembahyang
subuh pagi tadi, kan Long?"
Long Gayah mengangguk. Tersenyum dengan
linangan airmata. Berlinang airmata
mengenangkan Adik, anak kecil yang terlalu
rindukan kasih ayah. Mengenangkan emak,
saudara baru yang ditinggalkan terkontang-kanting
menempuh ranjau hidup sendirian. Mengenangkan
segala-gala rencah hidup manusia zaman
sekarang. Memikirkan bagaimana agaknya emak
akan membesarkan Adik untuk menjadi seorang
muslim sejati.


"Adik nak balik, Adik nak sembahyang subuh lagi,
nak sembahyang banyak-banyak kali, biar Tuhan
sayang Adik banyak-banyak." Lamunan Long
Gayah terhenti dengan suara kecil Adik. Long
Gayah ketawa kecil dengan teletah Adik. Adik
mengheret tangan emak. Nak balik rumah lekas-
lekas.
Sedang Adik dan emak mahu melintas jalan,
sebuah kereta menderu laju memintas lalu
berhenti betul-betul dihadapan emak dan Adik.
Adik kaget. Emak memeluk Adik erat-erat. 3 lelaki
berkulit lebih kurang emak keluar dari kereta.
Dengan wajah garang, suara garang dan segala-
gala garang, 3 lelaki berkulit lebih kurang emak
mengheret emak masuk ke dalam kereta. Emak
menjerit dan meronta dengan bahasa yang adik
tak faham. 3 lelaki itu juga turut bercakap dalam
bahasa yang adik tak faham sepatah haram.
Dengan kudrat yang ada, emak melawan
bersungguh-sungguh. Adk menangis dalam
pelukan emak. Rangkulan emak makin erat.
Raungan Adik semakin kuat. rasa takut, marah
dan benci dengan 3 lelaki itu menyerang seluruh
jiwa Adik. Allah Maha Penyayang.


Ketika itu Adik nampak Long Gayah berlari keluar
dengan batang penyapu ditangannya. Ayah Ee
turut serta sambil menggenggam parang panjang.
Dibelakangnya diikuti beberapa orang pakcik yang
sedang makan digerai Long Gayah.
Apalagi, 3 lelaki berbahasa pelik itu membuka
langkah seribu meninggalkan emak terjelepok
ditanah. Emak menangis teresak-esak. Merintih-
rintih dalam bahasa yang Adik tak faham. Adik
menendang-nendang angin melepaskan geram
pada lelaki yang menyebabkan emak bertukar
bahasa itu. Hampir sejam emak mengumpul
kudrat untuk pulang ke rumah.
Adik tanya emak siapa lelaki berbahasa pelik itu.
Tapi emak tak jawab. Long gayah tanya, emak
jawab pula. Emak kata mereka mahu emak balik.
Balik ke mana? Balik ke pangkuan keluarga dan
amalan asal nenek moyang emak. Mereka mahu
emak meninggalkan cahaya Allah. Emak bertekad
tidak akan meninggalkan agama Allah. Tidak akan
meninggalkan cahaya Allah yang sentiasa
menyinari hidup emak.

"kalau ada ayah, mesti ayah lindungi kita kan
emak..," Adik merungut lagi.
"Tak apa Adik, Allah ada, Allah akan lindungi kita,
Allah lagi kuat dari ayah"
Adik menggangguk lemah. Emak merangkul Adik
dengan penuh kasih sayang.
"Adik, biarlah kulit kita hitam, asalkan hati kita
putih
Adik, biarlah hidup kita miskin, asalkan amal
ibadat kita kaya
Adik, biarlah ayah tak sayangkan kita, asalkan
Allah sentiasa kasihkan kita.."
Adik terlelap dipangkuan emak.

"Adik..bangun", Adik terkejut apabila emak
menepuk-nepuk tubuh adik. Kenapa emak kejut
Adik? Adik tak dengar pun azan subuh. Yang adik
dengar hanyalah bunyi pintu kayu rumahnya
diketuk bertalu-talu. Emak mencium Adik bertalu-
talu, kelam kabut Emak menolak tubuh adik
masuk ke bawah katil. Berkali-kali Adik tanya
Kenapa, tapi emak tidak menjawab. Emak pesan
kepada Adik supaya tidak keluar selagi Emak tak
panggil. Adik menggangguk.
Selepas itu, Adik tak nampak apa yang berlaku.
Yang Adik dengar hanyalah suara lelaki bercampur
baur dengan tangisan emak. Sekali lagi mereka
berbicara dalam bahasa yang Adik tak faham.
Yang Adik dengar hanyalah suara Emak menyebut
kalimah Allah. Itu sahaja yang Adik faham.
"Allah..Allah..Allah..." emak terus menyebut
kalimah itu biarpun suara lelaki berbahasa pelik itu
menjerit menenking kepada emak. Emak terus
menyebut kalimah suci itu tanpa rasa gentar.
Adik menggigil dibawah katil. Adik nak keluar, nak
tengok apa yang berlaku pada emak. Nak tolong
emak. Adik kan lelaki! Tapi Adik ingat pesan
emak. Adik perlu patuh kepada emak, kalau tidak
Tuhan marah.
"Allahuakbarrr!!!!!!!!!!!!" suara jeritan emak memecah
suasana. Adik menggigil lagi. Adik cuba
mengamati apa yang berlaku.
"Allah...Allah...Allah.." kalimah suci itu
kedengaran semakin perlahan. Lama kelaman
Adik tak dengar lagi kalimah itu. Suara emak telah
terhenti. Begitu juga suara lelaki-lelaki berbahasa
pelik. Kenapa emak diam? Adik terus menunggu
emak memanggil Adik keluar. Menunggu dan terus
menunggu.
Sehinggalah, laungan azan subuh kedengaran.
Adik serba salah. Tapi Adik perlu keluar untuk
sembahyang subuh supaya Allah sayang Adik.
Mahu tak mahu, Adik merangkak keluar. Ketika
Adik teraba-raba, tangan Adik tersentuh cecair.
Adik diam. Seingat Adik, Adik tak tumpahkan air
semalam. Adik tersengih, mungkin adik kencing
malam. Habislah emak marah Adik. Adik
merangkak berhati-hati.
Tatkala adik mengangkat kepala, Adik kaget lagi.
Didepannya, tubuh emak kaku berlumuran darah
dengan pisau panjang tercacak didadanya. Namun
Al-Quran di tangan emak, tetap erat
digenggamannya.
Dunia Adik terasa berpusing, gelap.masa terhenti.
Emakkkkk!!!!!!!
Laungan Adik memecah keheningan subuh.

"Adik, biarlah kulit kita hitam, asalkan hati kita
putih
Adik, biarlah hidup kita miskin, asalkan amal
ibadat kita kaya
Adik, biarlah ayah tak sayangkan kita, asalkan
Allah sentiasa kasihkan kita.."


Selepas ini tak ada lagi emak yang akan
wudukkan Adik. Tak ada lagi emak yang akan
bentangkan sejadah untuk Adik. Tak ada lagi
emak tempat Adik mengadu dan tak ada lagi
emak, satu-satunya manusia dalam hidup Adik.
Adik memandang sayu pusara emak melangkah
longlai meninggalkan harum seroja yang seharum
kasih emak pada Adik.
_________________
Hiasi diri dgn keimanan
Warnai hati dgn keikhlasan
Serlahkan minda dgn kebijaksanaan
Sucikan peribadi dgn ketaqwaan
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
husna
Devotees Fanz
Devotees Fanz


Joined: 11 Aug 2006
Posts: 396
Location: fil_ardh...

PostPosted: Sat Nov 25, 2006 11:30 am    Post subject: Reply with quote

masyaALLAH....
tabahnya si ibu....sehingga saat2 akhir..kalimah ALLAH juga yg
lahir drp bibirnya...subhanallah!!!
Crying or Very sad Crying or Very sad Crying or Very sad

syukran hamiez...ana x tau nk kate ape...
terlampau sedey sgt r...n..so touching..

_________________
Perjalanan hidup Rasulullah,
umpama lautan yang luas membentang,
dengan kebeningan airnya yang kebiru-biruan,
di sana tersimpan pesona alami nan abadi...
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
nur liyana
Devotees Fanz
Devotees Fanz


Joined: 10 Oct 2006
Posts: 22

PostPosted: Sat Nov 25, 2006 12:33 pm    Post subject: Reply with quote

tabahnya hati ibu nie... sabar dlm menempuhi dugaan hidup...

cite nie memang sedih...tp byk pengajarannya.. Rolling Eyes
_________________
Tak perlu mencari teman sehebat SULAIMAN andai diri tidak secantik BALQIS. Mengapa mengharap teman setampan YUSUF jika kasih tidak setulus ZULAIKA. Mengapa di damba teman hidup sesempurna MUHAMMAD andai diri tidak sehebat KHADIJAH..SIAPALAH KITA..
Back to top
View user's profile Send private message
hamiez
VIP MEMBER
VIP MEMBER


Joined: 20 Jul 2006
Posts: 1517
Location: *~*Bumi Allah Subhanahuwata'ala---Penang~*~

PostPosted: Sat Nov 25, 2006 1:14 pm    Post subject: Reply with quote

'afwan...btol...kasih ibu tiada tandingannya..
hargai lah ibu kita...sementara berkesempatan...
Crying or Very sad Crying or Very sad
*~peace*~

_________________
Hiasi diri dgn keimanan
Warnai hati dgn keikhlasan
Serlahkan minda dgn kebijaksanaan
Sucikan peribadi dgn ketaqwaan
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
salsabila
Devotees Fanz
Devotees Fanz


Joined: 27 Jul 2006
Posts: 1358
Location: bumi Allah

PostPosted: Sun Nov 26, 2006 3:36 pm    Post subject: Reply with quote

trima kasih sbb sanggup kongsi citer nie..kasih ibu mmbawa ke syurga..
_________________
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Yahoo Messenger
alqudwatun
Devotees Fanz
Devotees Fanz


Joined: 21 Jul 2006
Posts: 528
Location: dpn komputer,kat perak

PostPosted: Sun Nov 26, 2006 8:18 pm    Post subject: Reply with quote

sangat menyantuh perasaan..sampai bulu roma sy meremang..
_________________
jadilah seorng insan yg soleh & solehah...
jodoh pertemuan ditangan tuhan ...
tiada cinta yg kekal melain kan cinta kpd tuhan yg maha esa...
..aku berharap engkau menerima cintaku ini ya allah...
Back to top
View user's profile Send private message
amil
Devotees Fanz
Devotees Fanz


Joined: 27 Jul 2006
Posts: 41
Location: uitm,perak

PostPosted: Tue Jun 05, 2007 1:07 pm    Post subject: Reply with quote

huhu...mmg sedih pun....isk2..mana dapat citer ni???
_________________
dulu,kini dan selamanya.........
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Yahoo Messenger
ainur_87
VIP MEMBER
VIP MEMBER


Joined: 03 Aug 2006
Posts: 1096
Location: ukm bangi

PostPosted: Tue Jun 05, 2007 2:39 pm    Post subject: Reply with quote

sedih Crying or Very sad
Back to top
View user's profile Send private message
LiM
Devotees Fanz
Devotees Fanz


Joined: 03 Jan 2007
Posts: 1543
Location: GoMBaK

PostPosted: Wed Jun 06, 2007 1:21 am    Post subject: Reply with quote

KENTALNYA IMAN 'EMAK'...........
_________________
**PaDA-Mu Oh TuHan kU mEMohOn KeREdhAaN**NuR kAsiH yAnG kU dAmba**KeKAl HiNgGa Ke SyurGa**
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger
farika
Devotees Fanz
Devotees Fanz


Joined: 31 Jul 2006
Posts: 142
Location: ukm,bangi

PostPosted: Thu Jul 26, 2007 1:43 pm    Post subject: Reply with quote

cerita yg betul2 myentuh kalbu Sad
_________________
HIDUP INI UMPAMA GULA-GULA KADANG2 MANIS,MASAM & MASIN
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
nasyahidah
Devotees Fanz
Devotees Fanz


Joined: 22 Jan 2007
Posts: 184
Location: pahang & johor

PostPosted: Fri Jul 27, 2007 10:24 am    Post subject: Reply with quote

sedih giler...teringat mak kt jb. mak slalu tny kite bila nk balik...huhuhuuu
tiap2 bulan kite balik sana.
kesian kt mak..

Crying or Very sad Crying or Very sad Crying or Very sad


nk tny ckt la....nape mak die kene bunuh???
sape yg bunuh mak die???
mana pegi nyerr ayah die???

Rolling Eyes Rolling Eyes Rolling Eyes
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
detective conan
Devotees Fanz
Devotees Fanz


Joined: 11 Sep 2007
Posts: 7

PostPosted: Sun Jan 06, 2008 3:01 pm    Post subject: Reply with quote

tabahnyer ibu skrg ni yer
tp cerita ni membuatkan hati menjd sedih
Crying or Very sad Sad
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic   Forum Index.   Home.
(Page 1 of 1)  
     
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
Jump to:  



Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group
Effex-Media Web Resources
phpbb template by zig zag web design
© 2005 Copyright zig zag web design. All rights reserved.



Free Forum Free Top Site List
Make this Forum Ad-Free