Kerabat Devotees Forum Index Kerabat Devotees
....Ahlan Wasahlan Wa marhaban Bikum....
 

Wanita x BolehJadiPemimpin

 
       Kerabat Devotees Forum Index -> Feminin
Author Message
hawa



Fri Nov 17, 2006 10:19 pm   Wanita x BolehJadiPemimpin  

Bukan satu diskriminasi.

Telah berlaku satu kisah di zaman silam Andalusia. Setelah sekian lama kaum Muslimin berperang dengan puak Kristian, namun Kaum Muslimin tidak menang dan tidak kalah. Ini telah menimbulkan tanda tanya dan keresahan di kalangan orang-orang Islam, termasuklah seorang wanita Islam yang merasakan bahawa sesuatu perubahan perlu dibuat supaya kemenangan berpihak semula kepada orang Islam.

Dia berkata, setelah sekian lama tentera Islam dipimpin oleh kaum lelaki namun tidak juga berjaya mendapat kemenangan, maka tibalah masanya kaum wanita pula di beri peluang dan dilantik untuk ,memimpin tentera Islam. Dalam keadaan tedesak itu, kaum lelaki telah ,menerima usul tersebut dan wanita berkenaan dilantuk menjadi ketua dan panglima tentera Islam. Dengan kehendak Allah, di bawah pimpinan wanita itu, tentera Islam telah berjaya mencapai kemenangan.

Di dalam keceriaan dan kegemilangan kemenangan tersebut, dan seperti yang lazim setelah tamat perang, wanita berkenaan ditemukan dengan pemimpin perang puak Kristian yang telah menjadi orang tawanannya. Bermula dari pandanagn pertama, hatinya telah tertarik dan terpikat dengan ketua tentera Kristian yang tampan itu. .Lama kelamaan rasa tersebut mekar menjadi cinta yang tidak tertahan-tahan lagi. Dia mengajak tawanan itu memeluk Islam supaya boleh dipersuamikannya tetapi tawanannya itu telah menolak. Berkali-kali dia memujuk tetapi tawanannya tetap menolak malahan mencadangkan pula agar wanita tersebut memeluk agama kristian supaya mereka dapat bersama memadu kasih yang sekian lama telah berbunga di hati masing-masing.

Akhirnya wanita tersebut kecundang, jatuh dan tersungkur dilanda cinta yang begitu ghairah dan hebat yang telah memadamkan segala cintanya kepada Allah, Islam dan kebenaran. Demi cintanya itu dia murtad dan memeluk agama Kristian.

Peristiwa sedih dan malang ini benar-benar terjadi dalam sejarah umat Islam. Ia patut menjadi pengajaran kepada kita iaitu sesiapa yang membelakangkan syariat-Nya, pasti natijahnya tidak selamat. Memanglah semua orang Islam mahukan kemenangan di dalam peperangan menentang musuh. Tetapi kemenangan itu mesti dicapai di dalam pengaruh dan lingkungan syariat. Syariat Allah tidak boleh dikesampingkan di dalam perjuangan menuju keredhaan-Nya.
Syarat-syarat menjadi pemimpin dalam Islam amat jelas. Antaranya, pemimpin mesti orang lelaki. Wanita tidak dibenarkan menjadi pemimpin kepada lelaki.

Soal kepimpinan di tangan lelaki ini bukanlah satu diskriminasi. Maha suci Tuhan daripada menzalimi dan melakukan diskriminasi terhadap makhluk-makhluk-Nya. Bahkan Tuhan Itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Adil bererti meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Maka kedudukan wanita itu bukan sebagai pemimpin tetapi ada peranannya yang tersendiri sesuai dengan fitrah mereka. Wanita lebih berperanan sebagai sayap kiri kepada lelaki, iaitu sebagai pembantu kepada kaum lelaki. Sayap kiri juga sangat penting kerana tanpanya mana mungkin seekor burung mampu terbang tinggi di udara. Sebab itu ada pepatah berkata; “Di belakang seorang lelaki itu (sama ada kejayaan atau kejatuhannya) ada seorang wanita.”

Dalam Islam, wanita dibenarkan malah diperlukan oleh masyarakat Islam membuat kerja-kerja lain sepertimana kaum lelaki biasa. Mereka boleh menjadi pekerja mahir atau orang-orang profesional seperi doktor, jurutera, akauntan, arkitek dan juga sebagai pendidik, jururawat dan sebagainya. Hanya perlu berada di bawah kepimpinan orang lelaki.
Itulah kehendak Allah yang sangat-sangat mengetahui akan hikmahnya. WaLlahu a’lam 8)
 
Al-Aqib



Sun Nov 19, 2006 10:27 pm    

yeah.... i'm the first replier....
apapon...trimas atas posting yang amat berguna bagi kita yg muslimah ini...
ana harap semua muslimah dapat terima kenyataan bahawa fitrah kaum hawa bukanlah sebagai pemimpin...ttp sebagai pembantu...
dalam artikel tu..ana paling suka bahagian nie...

“Di belakang seorang lelaki itu (sama ada kejayaan atau kejatuhannya) ada seorang wanita.”

apapun...Allah Maha Mengetahui apa yg baik untuk hambanya....

Wallahu A'alam. 8)
 
ezmie



Sun Nov 19, 2006 11:40 pm    

hmm.. ana pn skong gak al-aqib tu.. ana mmg suke sgt bhgn yg al-aqib colourkn tu.. wahai kaum hawa.. kita kene gak sedar yg x sumer yg llk buat.. wanita bley buat.. tugas wanita membantu kaum adam.. hehe.. :lol:
 
Al-Aqib



Mon Nov 20, 2006 12:01 am    

Aaa...kaum adam pun kene ingat...
x sumer bende yang kaum hawa buat kaum adam boleh buat gak...
Allah itu MAha Adil.....
 
salsabila



Mon Nov 20, 2006 10:44 pm    

ana sokong 100%..mmg btol wanita x bleh jd pemimpin..sbb wanita nie mudh kesian,mudh trpenaruh,sensitif&mcm2 la.."pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara"..
 
husna



Tue Nov 28, 2006 11:26 pm    

salsabila wrote: ana sokong 100%..mmg btol wanita x bleh jd pemimpin..sbb wanita nie mudh kesian,mudh trpenaruh,sensitif&mcm2 la.."pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara"..

waaa....btol tuh...
praktikkan hikam wa amsal yg kite dah blaja kat skolah... :lol:
 
salsabila



Wed Nov 29, 2006 8:14 pm    

husna wrote: salsabila wrote: ana sokong 100%..mmg btol wanita x bleh jd pemimpin..sbb wanita nie mudh kesian,mudh trpenaruh,sensitif&mcm2 la.."pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara"..

waaa....btol tuh...
praktikkan hikam wa amsal yg kite dah blaja kat skolah... :lol: btol tu..walaupun hikam wa amsal x digunakan waktu pmr,amalknlh dlm kehidupan..wanita,hiasan dunia..mnjadi inspirasi bg lelaki...& lelaki itu akn mnjadi pemimpin yg brwibawa..
 
hawa



Wed Nov 29, 2006 8:48 pm    

" hikam wa amsal "

leh sy tnya..apa maksud ni? :roll:
 
salsabila



Wed Nov 29, 2006 8:54 pm    

hawa wrote: " hikam wa amsal "

leh sy tnya..apa maksud ni? :roll: klu x slp kata2 hikmah kot..mcm mutiara kata la..@ peribahasa..ana pon x pasti mkna tpt bg hikam wa amsal..
 
 
       Kerabat Devotees Forum Index -> Feminin
Page 1 of 1


This page is a free forum hosting archive page from a ForumWise free forum.
Powered by phpBB ©