Kerabat Devotees Forum Index Kerabat Devotees
....Ahlan Wasahlan Wa marhaban Bikum....
 

Misai &Janggut
Goto page 1, 2  Next
 
       Kerabat Devotees Forum Index -> Maskulin
Author Message
hawa



Wed Nov 01, 2006 10:22 pm   Misai &Janggut  

Dalil atau hadis Nabi tentang simpan janggut.. Sampaikanla kepada ayah, abang, adek lelaki, suami dan anak lelaki kita...

Ya ikhwani
Semoga sama-samalah kita beramal dengannya walaupun tampak remeh tapi sangat bermakna . Walau apapun ianya tidak mendatangkan mudarat dan kerugian malah jika bertujuan ikhlas , membolehkan
pahala.

Hadis #1
Aisyah rah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sepuluh perkara adalah fitrah yang mana mengerat misai dan menumbuhkan janggut itu disebutkan" (dari Abu Daud)

Hadis #2
Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, " Di antara fitrah Islam ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu" (Ibnu Hibban)

Hadis #3
Di dalam sebuah hadis yang di petik dari "Musannaf Ibn Abi Sayiban" di beritakan seorang Majusi yang telah mencukur janggutnya dan mempunyai misai yang panjang datang kepada Rasulullah saw. Tatkala melihatkan ini
Rasulullah saw bersabda. " Di dalam agama kami, kami diperintahkan mengerat misai dan memanjangkan janggut"

Hadis #4
Ibn Asaakir dan yang lain-lainnya telah memberitakan bahawa Hasan ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, " terdapat sepuluh kebiasaan yang ada di kalangan umat nabi Lot yang menyebabkan punca kebinasaan keatas mereka. Di antara kebiasaan itu di senaraikan juga mengenai
pencukuran janggut dan memanjangkan misai"

Hadis #5
Zaid Ibni Habib ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw tidak tertahan lagi
melihat dua orang utusan yang datang daripada istana Maharaja Kisra kerana mereka telah mencukuri janggut-janggut mereka. Baginda memberitahu kepada mereka; "Binasalah ! Siapakah yang menyuruh kamu supaya menjadikan wajahmu seperti ini?" mereka menjawab, " Tuan kami, Maharaja Kisra memerintahkan kami"
Rasulullah saw bersabda, " Tetapi daku telah diperintahkan oleh Tuhanku Allah supaya memanjangkan janggut dan mengerat misai."

Hadis #6
Zaid bin Arqam ra meriwayatkan bahawa rasulullah saw bersabda, " Barangsiapa tidak mengerat misainya bukanlah daripada kami," ( dari Termizi)

Dan banyak lagi dalil tentang pentingnya menyimpan janggut.... sekarang mari kita lihat apa kata ulamak-ulamak muktabar...

Imam Ahmad bin Hambal rah di dalam kitabnya "Kitabuz Zuhud" meriwayatkan
daripada Aqil ibni Mudrik bahawa Allah telah mewahyukan kepada salah seorang daripada Nabinya daripada kalangan ambya bani israel; bahawa beliau hendaklah memberitahu kaumnya jangan memakan makanan
musuh-musuhku, dan mereka jangan menyerupai wajah-wajah mereka seumpama
musuh-musuhku; jikalau mereka lakukan ini mereka juga akan menjadi musuh-musuhku"

Di dalam kitab Mali Hal, Imam Abu Daud menyatakan,"Inilah sebabnya mencukur janggut adalah haram menurut semua Imam; Imam Abu Hanifah, Imam Syafie, Imam Malik, Imam Ahmad dan yang lain-lainnya"

Di dalam kitab Durri Mansur, " Tidak ada sesiapa pun yang pernah membenarkannya, beliau telah bersetuju bahawa terdapat kata sepakat di dalam pelarangan mencukur janggut"

Daripada Kitab pendapat Imam Syafie " Al Ibaabi", Imam Ibn ArRifah berkata bahawa Imam Syafie rah di dalam kitabnya "Kitabul Um" telah menyatakan dalam pembahagiannya bahawa mencukuri janggut adalah haram.

Daripada mazhab Maliki dalam kitab "Kitabul Ib 'Daa", " Tanpa ragu-ragu
lagi keempat-empat Mazhab bersetuju bahawa janggut hendaklah dipanjangkan, dan bahawasanya pencukuran terhadapnya adalah haram"

Di dalam kitab Mazhab Hambali " Sharhul Muntahaa" dan " Sharhul Manzumatul Aadab" dinyatakan bahawa " Pendapat yang paling diterima bahawa ianya adalah haram untuk mencukur janggut"

Syaikul Islam Ibn Taimiyah telah menyatakan bahawa mencukur janggut adalah haram. (kitab Al Qasim)

Imam Qurtubi menyatakan, " pencukuran janggut, mencabut keluar semua rambut janggut itu dan mengerat pendek semuanya tidak dibenarkan"

Imam Muhammad Ibn Hazam telah memetik pendapat ijmak para ulamak bahawa
mengerat misai dan memanjangkan janggut adalah fardhu

Selanjutnya Ibn Taimiyah menyenaraikan kesemua hadis-hadis yang memerintahkan kita menentangi yahudi dan nasrani dari segi bentuk luar, kemudian mengulasinya " Syariat mengkhendaki kita menentangi mereka , dan meniru secara luaran akan menimbulkan cinta dan persahabatan terhadap mereka, sepertimana cinta kerohanian memberi kesan kepada kecenderungan dan kelakuan zahir. Ini adalah perkara-prakara yang telah disaksikan dan dialami"

Ibn Umar ra meriwayatkan bahawa, " Dia yang menyerupai orang-orang kafir
dan mati di dalam keadaan itu, dia akan dibangunkan bersama-sama mereka
di hari Qiamah"

Di dalam kitab "Tamheed" yang merupakan ulasan bagi "Muwataa" di sebut, "
Bahawa mencukuri janggut adalah haram, hanya orang yang melakukan ini adalah pondan"

Saidina Umar ra dan Ibn Abi Lailah ra, yang menjadi Qadhi Madinah telah
menolak persaksian orang yang mencabut kesemua rambut janggutnya.

Insyallah semoga dalil-dalil ini cukup untuk kita ambil iktibar. Walaupun perkara membela janggut nampaknya "kecil"atau "mudah" tetapi ia
membawa begitu besar pengertian.

sumber : muslimah :P :P
 
husna



Tue Nov 28, 2006 11:13 pm    

syukran hawa... :D
 
angah_klate



Sat Dec 16, 2006 11:28 am    

insyaallah akan ku sampaikan pada mereka yang sepatutnyer...
hehehe...thank youuu hawa...
(psst...mana adamnya???)kikiki :lol:
 
muslimin88



Tue Dec 26, 2006 3:04 pm   assalamuakum...  

Memang simpan janggut ni sunnah, tapi ana tak ada rezeki lagi, janggut tak tumbuh-tumbuh...he2 :wink:
 
ryna



Fri Jan 19, 2007 4:06 pm    

info yg bermanfaat
 
lyna_ino



Sun Feb 18, 2007 3:04 am    

so..ramai2lah simpan janggut utk ikhwah..kui3.....
 
syAhidA_AtirA



Sun Feb 18, 2007 8:59 am    

assalamualaikum
tol tu..mmg ske tgk org laki berjggut..nampak ke"macho"an nye tu..d smping mengikut sunnah.. :wink:
wahai kaum adam..simpanlah la janggut..ehehe...
 
lyna_ino



Mon Feb 19, 2007 2:04 am    

betui2..setuju sama skali..pd pandangan mata ni ler..lelaki lg hensem bila berjanggut t dgn syarat tak de misai....kui3...

mgikut kajian saya slama hidup ni.(hahaha) lelaki yg tak hensem bila berjanggut..maka janggut itu akan menutup ketidakhensemannya n menampakkan sedikit kehenseman yg selama ni terlindung sedikit..

hahaaahahaha..tol tak? jgn marah...sekadar berkongsi..
 
syAhidA_AtirA



Mon Feb 19, 2007 8:11 am    

lyna_ino wrote: betui2..setuju sama skali..pd pandangan mata ni ler..lelaki lg hensem bila berjanggut t dgn syarat tak de misai....kui3...

mgikut kajian saya slama hidup ni.(hahaha) lelaki yg tak hensem bila berjanggut..maka janggut itu akan menutup ketidakhensemannya n menampakkan sedikit kehenseman yg selama ni terlindung sedikit..

hahaaahahaha..tol tak? jgn marah...sekadar berkongsi..
assalamualaikum..
yup..ade btolnye..tp kalo bela janggut tu..jgn smpi x terurus lak..ehehe..nnt jd cm santa claus lak..hihihi..tp kn..kalo ade misai sket2 pon ok la..tp kalo xde..laie ok.. :wink:
 
ainur_87



Mon Feb 19, 2007 11:34 am    

Dr Fadzilah Kamsah pnh ckp y lelaki y baik adalah lelaki y berjanggut bukannya y bermisai 8)

tu dr fadzilah kamsah y ckp yer time dia dtg kat fakulti sy taun pas, bkn sy y ckp :wink:
 
muslimin88



Tue Feb 20, 2007 8:22 am    

ish...semua suka yang berjanggut ni....susahla ana... :?
 
ainur_87



Tue Feb 20, 2007 10:13 am    

muslimin88 wrote: ish...semua suka yang berjanggut ni....susahla ana... :?

nk susah aper plak? :?:
 
muslimin88



Tue Feb 20, 2007 4:46 pm    

hmm....tak de ape2 la kak....
 
nurilham7



Tue Feb 20, 2007 5:28 pm    

erm....ayah saya ader janggut!!huhuhu...
 
lyna_ino



Wed Feb 21, 2007 6:14 am    

hahaha..tak tumbuh janggut? cian..kurang bormon androgen ni..
letak minyak sapi byak2..kui3...
 
 
       Kerabat Devotees Forum Index -> Maskulin Goto page 1, 2  Next
Page 1 of 2


This page is a free forum hosting archive page from a ForumWise free forum.
Powered by phpBB ©