Kerabat Devotees Forum Index Kerabat Devotees
....Ahlan Wasahlan Wa marhaban Bikum....
 

LIRIK LAGU RAMADHAN DAN SYAWAL DEVOTEES..(",)
Goto page 1, 2, 3  Next
 
       Kerabat Devotees Forum Index -> Berita Terkini
Author Message
abdhalim



Mon Oct 02, 2006 3:05 pm   LIRIK LAGU RAMADHAN DAN SYAWAL DEVOTEES..(",)  

KELEBIHAN RAMADHAN

Alangkah kita bertuah
Dikurnia bulan penuh barakah
Dipilih Tuhan bulan bersejarah
Bulan Ramadhan diRahmati Allah

Di dalam bulan Ramadhan
Telah berlaku perang yang besar
Mengajar kita erti ketabahan
Contohi Rasulullah tingkatkan keimanan

Allah jua telah menjanjikan
Dengan satu malam istimewa
Lebih baik dari seribu bulan
Lailatul Qadr yang penuh rahsia

Ramadhan juga pembuka tirai
Turunnya mukjizat teragung Nabi
Al Quran petunjuk dan panduan
Perundangan Islam jadi rujukan

Pabila tiba bulan Ramadhan
Akan dibelenggu Iblis dan Syaitan
Azab di pusara dihentikan
Terbuka luas pintu pengampunan


Lagu/Lirik : abdhalim
Hakcipta : Neurotic Studio
 
alqudwatun



Mon Oct 02, 2006 3:09 pm    

lagu nie... yg thn lepas devotees nyanyi yerk....
mmg bast lagu raya yg devotees nyanyi...
good luck... :wink:
 
abdhalim



Mon Oct 02, 2006 3:10 pm    

BERSAMA RAIKAN SYAWAL

Sebelum tibanya raya
Sebulan kita wajib berpuasa
Itulah rukun agama
Tuntutan yang utama

Berlapar di siang hari
Menahan nafsu duniawi
Menguji ketahanan diri
Mendidik iman di hati

Berbukalah dengan juadah bersederhana
Tunaikanlah solat tarawih bersama-sama
Bangun di sepertiga malam
Bermunajat bertahajjud
Carilah keistimewaan
Yang telah dijanjikan

Sebulan sabar ditempuh
Dengan cekal dan hati yang tabah
Mengharap kesempuranaan dalam beribadah

Kini tibalah hari raya
Hulurkan salam saling bermaafan
Lupakan segala dendam
Dan jua persengketaan

Bertamu berkunjung-kunjungan
Pelbagai santapan disediakan
Cerianya hari yang dirai
Penuh kemuliaan

Bersyukurlah dengan kurniaan Yang Maha Esa
Lebaran yang menjelang lagi penuh bermakna
Namun jangan pula dilupa mereka yang telah tiada
Jua insan yang tak bersama
Menyambut kemeriahannya

Doakan kesejahteraan
Ringankanlah tangan hulurkan bantuan
Moga mereka kan terukir senyuman

Jangan biarkan saja mereka
Terus menerus seolah dilupa
Ingatlah kita semua bersaudara seagama
Saling memerlukan


Lagu/lirik : abdhalim
Hakcipta : Neurotic Studio
 
Hana_adila



Mon Oct 02, 2006 3:41 pm    

Allahu Akbar...puitis tul lirik & mesej lagu2 ni.. :P
moga kita dpt ambil ikhtibar drpnya... :D
tahniah Halim.. :wink:
 
mie



Mon Oct 02, 2006 6:10 pm    

tahniah neuro.
salam ramadhan.
satu lagi,
kenapa pilih nama neurotic studio.
 
adibah



Tue Oct 03, 2006 3:46 pm    

tahniah halim.
dulu ada lagu raikan syawal
 
kazuhaheiji90



Tue Oct 03, 2006 6:44 pm    

wah..tahniah abg halim..
ape beza nye Neurotic Studio..
adakah tu abg halim nye studio sendiri??
 
adibah



Tue Oct 03, 2006 8:32 pm    

Neurotic Studio ni studio halim kan? :roll: :roll: :roll:
 
Hana_adila



Wed Oct 04, 2006 2:29 pm    

adibah wrote: Neurotic Studio ni studio halim kan? :roll: :roll: :roll:

studio Halim... :roll: :roll:
 
abdhalim



Wed Oct 04, 2006 3:50 pm    

nape pilih Neurotic Studio? rahsia.. :D
 
phyrz



Wed Oct 04, 2006 3:59 pm    

ape laa rahsia sangat tue...
 
Hana_adila



Wed Oct 04, 2006 4:03 pm    

phyrz wrote: ape laa rahsia sangat tue...

a'ah Halim ni..nape la rhsia sgt tu.. :roll:
 
adibah



Wed Oct 04, 2006 5:15 pm    

abdhalim wrote: nape pilih Neurotic Studio? rahsia.. :D

halim ni.awat lah nak rahsia ni? :roll: :roll: :roll:
 
abdhalim



Wed Oct 04, 2006 5:18 pm    

perhatian, untuk lagu ramadhan n syawal ni xde pra-dengar eh, kena beli produk berjumlah rm10++ baru boleh dengar..hehe..maknanya dapat percuma la tu.. :D
 
Hana_adila



Wed Oct 04, 2006 5:35 pm    

abdhalim wrote: perhatian, untuk lagu ramadhan n syawal ni xde pra-dengar eh, kena beli produk berjumlah rm10++ baru boleh dengar..hehe..maknanya dapat percuma la tu.. :D

ye la tu Halim ui... :wink:
KD semua,jom ramai2 beli.. :lol:
 
 
       Kerabat Devotees Forum Index -> Berita Terkini Goto page 1, 2, 3  Next
Page 1 of 3


This page is a free forum hosting archive page from a ForumWise free forum.
Powered by phpBB ©