 |
Kerabat Devotees ....Ahlan Wasahlan Wa marhaban Bikum....
|
|
| Author |
Message |
farhana
|
| Fri Sep 01, 2006 4:59 pm SA'ID BIN A'MIR |
|
|
sa'id bin a'mir
...bertaqwalah kepada Allah dan sujudlah kepadaNya untuk setiap zarah nikmat yang sering kali dilupakan...
mari hayati ketaqwaan dan kezuhudan seorang penguasa di kota Homs ketika pemerintahan khalifah umar sa'id bin a'mir..
ramai yang tidak mengetahui tapi sebenarnya sa'id adalah sahabat rasulullah saw..yang berbai'at kepada rasulullah saw dan menganut islam sebelum pembebasan khaibar...
tatkala umar sedang mencari cari siapakah yang layak untuk menjadi penguasa di bumi homs yang penuh dengan pelbagai godaan kerana kepesatannya, umar teringat kezuhudan sa'id.
"janganlah saya dihadapkan kepada fitnah, wahai amirul mukminin.." aduhai bicara sa'id penuh dengan pengharapan dan menghampar luas keinsafan pada siapa pun yang mendengar...penuh dengan tawaduk.
"tidak,demi Allah saya tak hendak melepaskan anda! apakah tuan tuan hendak membebankan amanat khilafat di atas pundakku..., lalu tuan meninggalkan daku.." umar meyakinkan sa'id. kerana bagi umar setiap kesalahan yang dilakukan oleh setiap penguasa di tempat yang jauh sekalipun, maka yang akan ditanya oleh Allah swtialah dua orang: pertama umar..dan barulah penguasa yang melakukan kesalahan tersebut..
dan bermulalah hidup baru sa'id dan isteri sa'id yang jelita di tempat yang baru dengan bekalan yang secukupnya daripada umar.
ketika kedudukan mereka agak mantap, isteri sa'id bermaksud untuk menggunakan bekalan yang dibekalkan umar untuk keperluan diri. sa'id menjawabnya dengan cadangan yang baik sekali pada pandangan isteri sa'id iaitu memperkembangkan bekalan tersebut sebagai modal untuk perdagangan.
hari hari berlalu,setiap kali ditanya sa'id pasti menjawab bahawa perniagaan mereka berjalan dengan lancar dan meningkat.
namun akhirnya suatu masa isterinya mendesak kerana keraguan yang amat sangat. sa'id memberitahu bahawa sebenarnya harta tersebut disedekahkan sejak dulu lagi.
wanita itu menangis dan menyesali dirinya kerana harta itu sedikitpun tidak dibelanjakan untuk dirinya.
sa'id yang memandangi isterinya segera menujukan penglihatan batinnya ke syurga.memang isterinya jelita dan nyaris nyaris mempengaruhinya dngan godaan tangisan tersebut..namun di syurga tersebut tampaklah di sana sahabat sahabatnya yang telah pergi mendahuluinya lalu sa'id berkata pada dirinya sendiri..
..."saya mempunyai kawan kawan yang telah lebih dahulu menemui Allah..dan saya tak ingin menyimpang dari jalan mereka walau ditebus dengan dunia dan segala isinya"
subhanallah...sucinya sebuah pengharapan. kudusnya sebuah penantian. semuanya kerana Allah Swt..agungnya nama Mu ya Allah...menjentik naluri para mujahidah untuk sentiasa rindu menemuiMu...
kerana takut tergoda dengan kecantikan isterinya,maka sa'id berkata seakan akan untuk dirinya sendiri dan untuk isterinya...
..."bukankah kamu tahu bahawa di dalam syurga itu banyak terdapat gadis gadis cantik bermata jeli, hingga andainya seorang sahaja di antara mereka yang menampakkan diri di muka bumi, maka akan terang benderanglah seluruhnya dan tentulah cahayanya akan mengalahkan sinar matahari dan bulan.."
sa'id tenang...tenteram dan tersenyum dengan pasrah.
isterinya diam dan maklum bahawa tak ada yang lebih utama baginya daripada mengikuti jalan yang telah ditempuh suaminya dan mengendalikan diri untuk mencontohi sifat zuhud dan ketaqwaan suaminya..
subhanallah subhanallah subhanallah...
indahnya sebuah keimanan
indahnya sebuah pengharapan..
sa'id dirimu kain putih
yang indah pada pandangan
sesuci dan seputih hatimu...
bertemulah kebahagiaan
bertemulah pembalasan yang diharapkan..
payahnya mencari insan sepertimu
mati dalam kehausan dunia..
abadilah dengan kezuhudan di sisi Robbul a'lamin... |
|
|
|
hamiez
|
| Fri Sep 01, 2006 5:12 pm |
|
|
subhanallah subhanallah subhanallah...
indahnya sebuah keimanan
indahnya sebuah pengharapan..
sa'id dirimu kain putih
yang indah pada pandangan
sesuci dan seputih hatimu...
bertemulah kebahagiaan
bertemulah pembalasan yang diharapkan..
payahnya mencari insan sepertimu
mati dalam kehausan dunia..
abadilah dengan kezuhudan di sisi Robbul a'lamin...
terima kasih sbb kongsi kt KD ni... |
|
|
|
farhana
|
| Fri Sep 01, 2006 5:42 pm HAYATI PERJUANGAN INSAN YG BERTAQWA |
|
|
| Semoga kisah ini jadi panduan kpd kita dlm berjihad di jln ALLAH :) |
|
|
|
Norazlinda
|
| Sat Sep 16, 2006 8:27 am |
|
|
| Insyaallah..sama2 kita berdoa supaya cerita ni jd panduan utk berjihad |
|
|
|
iman_87
|
| Wed Nov 08, 2006 5:29 am |
|
|
| Berjihad FILLAH menuju mardhatillah! :) |
|
|
|
daiyahucop
|
| Sun Nov 12, 2006 10:44 pm |
|
|
| syukran sbb sdi kongsi :lol: |
|
|
|
ainur_87
|
| Mon Feb 19, 2007 11:37 am |
|
|
farha ni byk koleksi citer cam nih eh...
pasni blh r mintak kat farha :lol: |
|
|
|
| |
|