Kerabat Devotees Forum Index Kerabat Devotees
....Ahlan Wasahlan Wa marhaban Bikum....
 

10 Jenis orang ISLAM yang Kejam

 
       Kerabat Devotees Forum Index -> Tazkirah
Author Message
farhana



Thu Apr 17, 2008 7:54 am   10 Jenis orang ISLAM yang Kejam  

Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:
1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang(tanpa sebab yang munasabah).
9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

p/s:sekadar perkongsian bersama utk kita yg sering telupa :wink:
 
yamada_kenta



Thu Apr 17, 2008 9:47 pm    

Ana slalu cmt...kejam tul ana ni Ya Allah..... :( :(
 
cthajar



Tue May 20, 2008 1:03 pm    

thanks farhana coz mengingatkn kami semua...
hajar pon pnah wat sume tue...
"Ya Allah...Kau ampunilah dosa kami semua...
Engkau sahaja Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih..
Ameen..."
 
 
       Kerabat Devotees Forum Index -> Tazkirah
Page 1 of 1


This page is a free forum hosting archive page from a ForumWise free forum.
Powered by phpBB ©