Kerabat Devotees Forum Index Kerabat Devotees
....Ahlan Wasahlan Wa marhaban Bikum....
 

Pejuang/Mujahidin Era Robotik

 
       Kerabat Devotees Forum Index -> Karya Kreatif
Author Message
AthrunZala2007



Wed Jan 30, 2008 8:31 pm   Pejuang/Mujahidin Era Robotik  

Pejuang/Mujahidin Era Robotik
Fasa 1:Keamanan Yang Palsu

Tahun Era Kosmik 70,umat manusia sudah memasuki era penjelajahan angkasaraya.Hampir kesemua negara di dunia menceburi bidang penjelajahan di angkasa.Bumi ini pada masa dahulu telah melalui banyak peperangan yg menderitakan umat manusia.Semuanya bermula pada tahun 20 Sebelum Era Kosmik.Terdapat peperangan di antara umat Islam dan para musuh Islam.Peperangan tersebut dikenali sebagai Perang Dunia Ketiga.Banyak nyawa telah terkorban pada masa peperangan tersebut.Peperangan yg memakan masa selama lebih kurang 8 tahun itu telah mengorbankan banyak nyawa mereka yang tidak berdosa dan harta benda.Peperangan tersebut berlaku apabila negara-negara yg memusuhi negara-negara Islam telah melancarkan peperangan dunia ketiga terhadap negara-negara Islam.Di dalam peperangan tersebut,pakatan negara-negara Islam telah mencapai kemenangan yang besar.Mereka yg memusuhi umat-umat Islam telah menerima padahnya.

Selepas beberapa belas tahun kemudian,dunia telah kembali aman dan membangun.Seluruh dunia telah memasuki era penjelajahan angkasa lepas.Negara-negara di seluruh dunia telah menceburi bidang penjelajahan angkasa lepas dan mendirikan koloni-koloni angkasa di angkasa lepas dan planet-planet yg sesuai diduki oleh manusia.Kesemua negara-negara Islam telah mempunyai koloni angkasa masing-masing di angkasa lepas.Kehidupan yang aman damai dan tenang ini sebenarnya tidak akan berkekalan selama-lamanya.Terdapat musuh-musuh Islam yg tidak dapat menerima kekalahan mereka di dalam peperangan dunia ketiga yang dimulai oleh mereka sendiri.Mereka telah berusaha berbagai-bagai cara unutk membuatkan umat Islam kembali lemah.Walau bagaimanapun,ternyata usaha mereka sia-sia sahaja.

Pada tahun era kosmik 20,para sainstis Islam dari pelbagai negara-negara Islam telah secara rahsia berusaha keras untuk mengubahsuai genetik generasi baru umat Islam supaya generasi baru umat Islam menjadi lebih pandai,mempunyai pelbagai kebolehan yang tidak terdapat pada manusia biasa,mempunyai daya ketahanan badan yang kuat berkali-kali ganda dari manusia biasa,dan lain-lain kebolehan yang tidak terdapat pada manusia biasa.Projek ini dinamakan sebagai Projek Koordinator.Generasi baru umat Islam telah dilahirkan secara kejuruteraan genetik.Bayi-bayi generasi baru umat Islam ini telah dilahirkan secara rahsia tanpa pengetahuan musuh-musuh Islam.Projek ini berjalan secara lancar dan dapat dirahsiakan selama 30 tahun sehingga tahun era kosmik 50.

Generasi umat Islam pertama yang dilahirkan secara kejuruteraan genetik,iaitu Yusuf Bin Salahudin,seorang sainstis dari Malaysia telah membuat pengumuman bahawa semua generasi baru umat Islam yang dilahirkan selepas tahun era kosmik 20 telah dilahirkan secara kejuruteraan genetik.Pengumuman itu telah mengejutkan negara-negara bukan Islam yang sentiasa memusuhi umat Islam.Pada masa tersebut,generasi baru umat Islam yang telah dilahirkan secara kejuruteraan genetik telah pun berjumlah hampir satu billion orang.Para musuh Islam ini telah menyatakan bahawa umat Islam tidak bersikap adil terhadap mereka kerana para sainstis Islam hanya mengubahsuai genetik generasi baru umat Islam tanpa memberi formula pengubahsuaian genetik tersebut kepada mereka untuk mengubahsuai genetik keturunan mereka.Pada masa tersebut,bibit-bibit kebencian para musuh-musuh Islam telah mula menjadi semakin serius kerana terdapat musuh-musuh Islam yang tidak berpuas hati terhadap umat Islam.

Selepas pengumuman tersebut,bibit-bibit permusuhan dan kebencian orang bukan Islam terhadap umat Islam semakin menebal.Umat-umat Islam yang tinggal di negara bukan Islam telah kembali dicemuhi,dikhianati,hak-hak mereka dirampas dan mereka telah diseksa dengan teruk.Kebanyakan dari mereka telah berjaya melarikan diri
samada ke negara-negara Islam yang lain ataupun ke koloni-koloni angkasa milik negara-negara Islam yang dikenali sebagai PLANT.PLANT adalah koloni-koloni angkasa milik negara-negara Islam.Selepas umat-umat Islam di negara bukan Islam ditindas kembali dengan teruk kerana generasi baru umat Islam lagi hebat kebolehan fizikal dan mental mereka,ada terdapat di antara mereka menetap di koloni-koloni PLANT.Musuh-musuh Islam cemburu dengan kebolehan generasi baru umat Islam yang berkali-kali ganda lebih hebat dari mereka samada dari segi fizikal mahupun mental.Akhirnya sudah tidak terdapat lagi umat Islam di negara bukan Islam kerana mereka semua sudah melarikan diri menetap di negara-negara Islam yang lain ataupun menetap di koloni PLANT.


Akhirnya pada tahun era kosmik 70,pakatan negara-negara musuh Islam yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan sekutu2nya telah melancarkan perang terhadap negara-negara Islam dan juga koloni milik negara Islam,iaitu PLANT.Peperangan tersebut bermula apabila pesawat-pesawat mobile armor milik pakatan tentera negara musuh-musuh Islam telah melancarkan senjata peluru berpandu nuklear terhadap salah satu koloni milik negara Islam di PLANT.Tragedi berdarah itu dikenali sebagai Tragedi Aidilfitri Berdarah aka Bloody Aidilfitri Tragedy kerana mereka telah menyerang koloni tersebut ketika umat-umat Islam di seluruh dunia sedang menyambut hari lebaran selepas sebulan berpuasa.Empat buah koloni PLANT telah musnah dalam serangan nuklear tersebut iaitu Muharam 1,Muharam 2,Ramadan 1 dan Ramadan 2.Keempat-empat buah koloni angkasa tersebut telah musnah sama sekali dan mengakibatkan kehilangan berjuta-juta nyawa umat Islam di koloni-koloni angkasa tersebut yang sedang menyambut hari lebaran.Akhirnya negara-negara Islam dan koloni-koloni angkasa milik negara-negara Islam telah mengisytiharkan perang terhadap negara-negara musuh Islam ini.Pada awalnya,peperangan tersebut menggunakan senjata-senjata perang konvensional seperti kereta kebal,kereta perisai,pelbagai jenis kapal perang,senapang,senjata anti-kereta kebal dan pelbagai jenis senjata bagi medan peperangan di Bumi.Manakala bagi peperangan di angkasa lepas pula,kedua-dua belah pihak telah menggunakan kapal-kapal perang angkasa dan juga mobil-mobil armor aka pesawat-pesawat pejuang angkasa.Walau bagaimanapun,senjata-senjata para musuh umat Islam yg lebih moden dari senjata kebanyakan negara-negara Islam telah hampir-hampir membawa pasukan pakatan ketenteraan Islam hampir kalah.Walau bagaimanapun,pada tahun kosmik era 71,para sainstis Islam di koloni-koloni angkasa lepas milik negara-negara Islam telah berjaya membuat satu jenis senjata yang dikenali sebagai Mobile Suit Gundam iaitu robot gergasi setinggi 20 meter yang digunakan sebagai senjata peperangan.Kehadiran senjata Mobile Suit Gundam ini telah berjaya menyelamatkan umat Islam dari kekalahan.

Senjata-senjata Mobile Suit Gundam tersebut telah dihasilkan secara besaran-besaran secara rahsia di koloni-koloni angkasa lepas milik negara-negara Islam iaitu di PLANT.Beberapa buah koloni angkasa telah dijadikan sebagai kilang membuat senjata Mobile Suit Gundam secara besar-besaran.Pelbagai jenis Mobile Suit Gundam telah dihasilkan.Akhirnya pada bulan Jamadilakhir, tahun kosmik era 72,mobile-mobile suit Gundam ini telah digunakan di dalam peperangan.Barisan hadapan tentera negara-negara musuh Islam terutamanya di angkasa lepas telah menjadi kucar-kacir dengan kehadiran senjata baru ini yang dikenali sebagai Mobile Suit Gundam.Ribuan mobile suit Gundam telah dihasilkan untuk memerangi pasukan tentera negara-negara musuh Islam ini dan berjaya mengkucar-kacirkan pasukan tentera negara-negara musuh Islam ini.Mobile armor aka jet-jet pejuang angkasa lepas yang dimiliki oleh negara-negara musuh Islam ini didapati tidak berguna langsung untuk melawan mobile suit-mobile suit milik pakatan tentera Islam ini.Akhirnya banyak kawasan yang ditakluki oleh negara-negara musuh Islam samada di angkasa dan juga di Bumi dan dikuasai kembali dari tangan para negara musuh Islam ini.


Sementara itu,di koloni angkasa milik negara Persekutuan Islam Malaysia,dikenali sebagai koloni Iskandariah 1, terdapat sekumpulan juruterbang mobile suit Gundam generasi baru sedang mengikuti taklimat cara-cara mengawal dan membawa mobile suit Gundam.Mereka semua adalah pegawai-pegawai kadet lepasan universiti yang berusia antara 16 ke 18 tahun.Antara yang mengikuti taklimat tersebut ialah anak kepada Menteri Pertahanan negara Persekutuan Malaysia,iaitu Leftenan Muhammad Anwaruddin Bin Abdul Razak,berumur 17 tahun,anak kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri,Leftenan Muda Afiq Bin Yahya,berumur 16 tahun,sepupu kepada Leftenan Muhammad Anwaruddin Bin Abdul Razak,dan anak saudara kepada Menteri Pertahanan,Leftenan Hafiz Bin Syukri,berumur 17 tahun,anak kepada Jeneral armada ke-lapan kapal angkasa Angkatan Tentera Malaysia,Leftenan Farid,anak kepada Jeneral armada ke-10 pasukan mobile suit Gundam Angkatan Tentera Malaysia,Leftenan Tarmizi Bin Shahrum,berumur 17 tahun, anak kepada Jeneral armada pertama Tentera Laut Diraja Malaysia dan Leftenan Faizmail Zulfika,berumur 17 tahun,anak kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.Mereka ini merupakan antara juruterbang-juruterbang tentera elit Angkatan Tentera Persekutuan Islam Malaysia.Mereka ini merupakan pelajar lepasan Universiti Angkatan Tentera Persekutuan Islam Malaysia.Mereka merupakan bakal-bakal generasi baru juruterbang tentera elit dan juga bakal juruterbang-juruterbang Ace bagi Angkatan Tentera Persekutuan Islam Malaysia khasnya dan pakatan tentera Islam amnya.

Selepas mereka mendengar taklimat tersebut,mereka akan memandu mobile suit Gundam latihan di sekitar kawasan koloni angkasa tersebut.Mereka akan berlatih untuk berperang di angkasa lepas dengan menggunakan mobile suit Gundam latihan.Mereka semua kelihatan bersemangat untuk membawa mobile suit-mobile suit Gundam tersebut.

Jurulatih berkata kepada mereka semua:``Hari ini kita akan berlatih menggunakan mobile suit-mobile suit latihan untuk berlatih dalam simulasi peperangan angkasa lepas.Kamu semua akan dibahagikan kepada dua kumpulan,kumpulan pertama bertindak sebagai pasukan penyerang manakala pasukan kedua bertindak sebagai pasukan pertahan.Faham atau tidak kamu semua????”

Semua menjawab``Tuan,kami faham tuan.Demi kegemilangan Islam dan umat Islam”

Pelatih berkata,``Leftenan Muhammad Anwaruddin,kamu mengetuai pasukan pertahanan dan Leftenan Muda Afiq dan Leftenan Farid akan menjadi pembantu kamu.Manakala pasukan penyerang akan diketuai oleh Leftenan Hafiz dan dibantu oleh Leftenan Tarmizi dan Leftenan Faizmail.Faham atau tidak???”

Leftenan Muhammad Anwaruddin dan Leftenan Hafiz menjawab,”Tuan,kami faham Tuan.Demi kegemilangan Islam dan umat Islam”.

‘Baiklah,semua menaiki mobile suit masing-masing dan bersedia untuk berlepas sekarang.”arah pelatih.

Kesemua mereka menaiki mobile suit pelatih masing-masing dan bersedia utk berlepas. Maka pasukan penyerang dengan kekuatan seramai 20 buah mobile suit Gundam pelatih berlepas dari pangkalan tentera menuju ke kawasan yang dinyatakan.

“Leftenan Hafiz,Asthray pelatih,berlepas”,serentak dengan itu,sebanyak 20 buah mobile suit Gundam pelatih jenis M1 Asthray berlepas.

“Leftenan Muhammad Anwaruddin.Asthray pelatih,berlepas”,serentak dengan itu,pasukan yang diketuai oleh Leftenan Muhammad Anwaruddin yang bertindak sebagai pasukan pertahanan dalam simulasi peperangan di angkasa lepas dengan kekuatan sebanyak 20 mobile suit Gundam pelatih jenis M1 Asthray berlepas.


Tamat Fasa 1.
 
 
       Kerabat Devotees Forum Index -> Karya Kreatif
Page 1 of 1


This page is a free forum hosting archive page from a ForumWise free forum.
Powered by phpBB ©