Kerabat Devotees Forum Index Kerabat Devotees
....Ahlan Wasahlan Wa marhaban Bikum....
 

Bila Dalam Hati Ada......

 
       Kerabat Devotees Forum Index -> Tazkirah
Author Message
nurulmuslimat



Wed Jan 09, 2008 2:13 pm   Bila Dalam Hati Ada......  

Salam ukhwah pada semua KD, di sini saya tertarik untuk berkongsi satu cerita yang mungkin berlaku pada diri kita biarpun dalam keadaan yang berlainan. Kadang-kadang kita tanpa sedar tidak bermaksud untuk berprsangka dan berkata buruk tentang seseorang atau dengan kata lain “Mengumpat”, dengan mengatakan bahawa apa yang kita ucapkan itu adalah kebenaran. Namun hakikatnya tidaklah begitu. Jadi saya mengajak diri saya dan kalian semua agar bermuhasabah dimanakah letaknya diri kita? Sama ada termasuk golongan pemakan bangkai (Eeee..gelinya..Na’uzubillah!) atau golongan orang2 yang beriman (Ameen..InsyaAllah..) sepertimana dalam firman Allah ayat 12,Surah al-Hujurat dengan maksud:

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang antara kau memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Kisah ini diceritakan daripada Syeikh Abu al-Qasim al-Junaid r.a. katanya:

Sewaktu aku berada di kota Baghdad menunggu jenazah seseorang untuk disembahyangkan bersama ramai juga orang lain, tiba-tiba datang seorang fakir yang kelihatan seperti seorang sufi dan zuhud. Orang fakir ini terus meminta-minta sesuatu daripadaoarng di situ. Aku tidak setuju dengan perbuatan orang orang fakir itu, seraya berkata di dalam hatiku:

“ Kalau si fakir ini boleh membuat sesuatu kerja yang boleh mengelakkan dirinya meminta-minta kepada orang seperti ini, bukankah itu lebih baik baginya? “

Sesudah selesai menyembahyangkan jenazah, aku terus pulang ke rumah. Seperti biasa pada waktu malam aku selalu bangun untuk berzikir, solat malam, munajat dengan tangisan dan sebagainya. Tetapi pada malam itu aku terasa berat sekali untuk melakukannya seperti biasa. Meskipun aku terus memaksa-maksa diriku untuk embuatnya namun akhirnya mataku yang mengantuk dapat mengatasi segala daya upayaku untuk meneruskan ibadat itu.

Dalam tidur aku bermimpi melihat orang fakir zuhud yang ak lihat di tempat jenazah siang tadi. Aku lihat seolah-olah ada bangkai orang yang sudah mati, diletakkan di atas meja panjang. Orang-orang yang membawanya itu lalu menghampiriku seraya berkata kepadaku:
“ Nah makanlah dagingnya, kerana engkau telah mengumpatnya tadi!”

Orang-orang itu pun menyorongkan meja panjang itu kepadaku.
“Eh, jangan salah faham! Aku tidak mengumpatnya, aku hanya berkata sesuatu paa diriku.” Hujahku kepada mereka.

“Tetapi, orang seperti engkau ini tidak patut melakukan perbuatan seperti itu.” Kata mereka.

“Baiklah, aku minta maaf.” Kataku.

“Tidak. Tetapi engkau mesti prgi kepadanya sendiri dan meminta maaf dihalalkan apa yang engkau sangkakan dalam hatimu itu!” Kata mereka.

“Baiklah aku berjanji.” Kataku.

Pada hari berikutnya aku masih teragak-agak, sama ada aku mesti mencari si fakir itu dan meminta maaf kepadanya? Aku bingung, tetapi aku berjanji kepada orang-orang dalm mimpiku malam tadi.

Sementara aku dalam keadaan teragak-agak begitu, tiba-tiba aku terlihat si fakir itu sedang berada di tengah-tengah kebun mengumpul air-air embun dari dedaunan sayuran di dalam kebun. Aku terus mendatanginya untk memohon maaf kepadanya. Aku memberi salam, lalu dia segera membalas salamku. Belum sempat aku mengatakan sesuatu lagi untuk memohon maaf kepadanya, dia lebih dahulu telah berkata kepadaku:

“Hai Abu al-Qasim! Ingatlah lain kali jangan buat begitu lagi, ya.” أﺴﺗﻐﻓﺍﺮﺍﷲﺍﻟﻌﻈﻴﻢ
“Ya.”

Katanya lagi: “ Pergilah sekarang, mudah-mudahan Allah s.w.t. mengampunkan aku dan juga kamu!”

Itulah sahaja ucapan si fakir zuhud itu, lalu dia pun pergi dari situ dan sekelip mata sahaja sudah hilang daripada pandangan. Aku tidak sempat bertanya siapa gerangan dia? Dan dari mana datangnya?


Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Antara kebaikan seseorang Islam ialah meninggalkan sesuatu yang tiada kena-mengena dengannya.”

Sabda Nabi: “ Ketahuilah sesungguhnya pada jasad terdapat seumpal darah, jika elok nescaya eloklah seluruh jasad, dan jika rosak nescaya rosaklah seluruh jasad. Ketahiulah itulah HATI.”
Moral: Sama2lah kita jaga HATI & IMAN kita. Ok! InsyaALLAH....

Rujukan:
Himpunan Hadis Modal Insan 2
Karya Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.
 
noorhazwani binti mazral



Wed Jan 09, 2008 8:04 pm   Re: Bila Dalam Hati Ada......  

nurulmuslimat wrote: Salam ukhwah pada semua KD, di sini saya tertarik untuk berkongsi satu cerita yang mungkin berlaku pada diri kita biarpun dalam keadaan yang berlainan. Kadang-kadang kita tanpa sedar tidak bermaksud untuk berprsangka dan berkata buruk tentang seseorang atau dengan kata lain “Mengumpat”, dengan mengatakan bahawa apa yang kita ucapkan itu adalah kebenaran. Namun hakikatnya tidaklah begitu. Jadi saya mengajak diri saya dan kalian semua agar bermuhasabah dimanakah letaknya diri kita? Sama ada termasuk golongan pemakan bangkai (Eeee..gelinya..Na’uzubillah!) atau golongan orang2 yang beriman (Ameen..InsyaAllah..) sepertimana dalam firman Allah ayat 12,Surah al-Hujurat dengan maksud:

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang antara kau memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Kisah ini diceritakan daripada Syeikh Abu al-Qasim al-Junaid r.a. katanya:

Sewaktu aku berada di kota Baghdad menunggu jenazah seseorang untuk disembahyangkan bersama ramai juga orang lain, tiba-tiba datang seorang fakir yang kelihatan seperti seorang sufi dan zuhud. Orang fakir ini terus meminta-minta sesuatu daripadaoarng di situ. Aku tidak setuju dengan perbuatan orang orang fakir itu, seraya berkata di dalam hatiku:

“ Kalau si fakir ini boleh membuat sesuatu kerja yang boleh mengelakkan dirinya meminta-minta kepada orang seperti ini, bukankah itu lebih baik baginya? “

Sesudah selesai menyembahyangkan jenazah, aku terus pulang ke rumah. Seperti biasa pada waktu malam aku selalu bangun untuk berzikir, solat malam, munajat dengan tangisan dan sebagainya. Tetapi pada malam itu aku terasa berat sekali untuk melakukannya seperti biasa. Meskipun aku terus memaksa-maksa diriku untuk embuatnya namun akhirnya mataku yang mengantuk dapat mengatasi segala daya upayaku untuk meneruskan ibadat itu.

Dalam tidur aku bermimpi melihat orang fakir zuhud yang ak lihat di tempat jenazah siang tadi. Aku lihat seolah-olah ada bangkai orang yang sudah mati, diletakkan di atas meja panjang. Orang-orang yang membawanya itu lalu menghampiriku seraya berkata kepadaku:
“ Nah makanlah dagingnya, kerana engkau telah mengumpatnya tadi!”

Orang-orang itu pun menyorongkan meja panjang itu kepadaku.
“Eh, jangan salah faham! Aku tidak mengumpatnya, aku hanya berkata sesuatu paa diriku.” Hujahku kepada mereka.

“Tetapi, orang seperti engkau ini tidak patut melakukan perbuatan seperti itu.” Kata mereka.

“Baiklah, aku minta maaf.” Kataku.

“Tidak. Tetapi engkau mesti prgi kepadanya sendiri dan meminta maaf dihalalkan apa yang engkau sangkakan dalam hatimu itu!” Kata mereka.

“Baiklah aku berjanji.” Kataku.

Pada hari berikutnya aku masih teragak-agak, sama ada aku mesti mencari si fakir itu dan meminta maaf kepadanya? Aku bingung, tetapi aku berjanji kepada orang-orang dalm mimpiku malam tadi.

Sementara aku dalam keadaan teragak-agak begitu, tiba-tiba aku terlihat si fakir itu sedang berada di tengah-tengah kebun mengumpul air-air embun dari dedaunan sayuran di dalam kebun. Aku terus mendatanginya untk memohon maaf kepadanya. Aku memberi salam, lalu dia segera membalas salamku. Belum sempat aku mengatakan sesuatu lagi untuk memohon maaf kepadanya, dia lebih dahulu telah berkata kepadaku:

“Hai Abu al-Qasim! Ingatlah lain kali jangan buat begitu lagi, ya.” أﺴﺗﻐﻓﺍﺮﺍﷲﺍﻟﻌﻈﻴﻢ
“Ya.”

Katanya lagi: “ Pergilah sekarang, mudah-mudahan Allah s.w.t. mengampunkan aku dan juga kamu!”

Itulah sahaja ucapan si fakir zuhud itu, lalu dia pun pergi dari situ dan sekelip mata sahaja sudah hilang daripada pandangan. Aku tidak sempat bertanya siapa gerangan dia? Dan dari mana datangnya?


Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Antara kebaikan seseorang Islam ialah meninggalkan sesuatu yang tiada kena-mengena dengannya.”

Sabda Nabi: “ Ketahuilah sesungguhnya pada jasad terdapat seumpal darah, jika elok nescaya eloklah seluruh jasad, dan jika rosak nescaya rosaklah seluruh jasad. Ketahiulah itulah HATI.”
Moral: Sama2lah kita jaga HATI & IMAN kita. Ok! InsyaALLAH....

Rujukan:
Himpunan Hadis Modal Insan 2
Karya Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

masya Allah..terasa diri sy begitu hina skali.. :(
setiap manusia tidak lari dari kesalahan..
seboleh-bolehnya,elakkan benda ni drpd berlaku..
pape pown thanx for this info kak.. :wink:
 
nurulmuslimat



Fri Jan 11, 2008 11:01 am    

kita memang tak sempurna..Yang baik kita sebarkan tapi yang kurang baik, baik kita sembunyikan. Hakikatnya, kita pun tak nak orang bercakap buruk tentang diri kita di belakang kan..InsyaALLAH...
 
princess



Sat Jan 12, 2008 3:15 pm    

[quote="nurulmuslimat"]kita memang tak sempurna..Yang baik kita sebarkan tapi yang kurang baik, baik kita sembunyikan. Hakikatnya, kita pun tak nak orang bercakap buruk tentang diri kita di belakang kan..InsyaALLAH...[/quote
Yup..that's right..!!~
sokong...hrp2 kt sume dijauhi drpd perkara2 cmne..!!
insyaAllah..aminn..=)
tp kt xleh je ckp..kt kene pandai elak jgk kan..??
hehe..=) :wink:
 
nurulmuslimat



Wed Jan 16, 2008 12:08 pm    

sebaik2nya kita elakkan..Allah itukan Maha Mangetahui apa yang ada dalam hati kita..Jadi, sebelum lakukan sesuatu, baik kita UTAMAKAN ALLAH DALAM SETIAP PERKARA. :wink:
 
 
       Kerabat Devotees Forum Index -> Tazkirah
Page 1 of 1


This page is a free forum hosting archive page from a ForumWise free forum.
Powered by phpBB ©