Aya
|
| Wed Oct 24, 2007 5:02 pm Keinsafan Yang Datang... bacalah... |
|
|
KEINSAFAN YANG DATANG
Dulu pernah Mat dengar orang cakap, kesalahan tak semestinya dihukum di akhirat. Dosa pahala tidak semestinya dihisab di Padang Mahsyar. Atas dunia pun hukuman pun boleh berlaku. Barangkali itulah yang terjadi pada dirinya kini. Hukum karma yang memakan kekuatan diri yang selama ini menjadi kebanggaan diri. Kehandalan mendabik dada yang menggerunkan musuh. Kesegakan yang menjadi kecemburuan rakan-rakan. Mat mengeluh. Tubuhnya menjadi semakin lesu dan lemah. Semakin lama tenaganya seakan ingin berpisah dari tubuh.
Mat mengenang semula perjalanan hidupnya. Dianugerahkan rupa paras yang elok dan tubuh badan yang tegap menjadikan Mat popular di sekolah. Apatah lagi kehandalannya dalam bidang sukan menyebabkan populariti Mat meniti bibir ke bibir. Kenakalan Mat bermula apabila ramai pelajar perempuan berusaha menarik perhatiannya. Dalam usia enam belas tahun Mat melakukan dosa dengan mencemar kesucian seorang gadis di bawah umur. Kemaksiatan yang terus berpanjangan. Seorang demi seorang gadis terkulai di hadapannya. Mat bangga, apatah lagi ramai rakan sebaya cemburu melihat para gadis mudah menyerah diri.
Tamat persekolahan, Mat memasuki dunia baru. Bosan mencari pekerjaan yang tidak pernah temui, akhirnya memaksa Mat mencari wang dengan cara mudah. Bermodalkan kegagahan dan kehandalannya dalam ilmu mempertahankan diri, Mat bermaharajalela. Soal dosa dan pahala tidak pernah singgah di fikirannya.
“Kau hebat Mat!”
Pujian itu menambahkan lagi perasaan bongkak yang sedia ada. Sombong dan egonya meledak-ledak. Kebuasan Mat tidak pernah berkurangan, malahan semakin hari semakin menjadi-jadi. Sehinggalah Mat menemui seorang gadis yang mampu menjinakkannya. Wati berbeza dan amat lain dari yang lain. Memandang Wati seumpama memandang bulan yang sedang mengambang. Penuh dengan kekaguman.
“Kau jatuh cinta Mat?!”, tanya Din, rakan seperjuangannya.
Mat tidak menjawab. Dia tidak tahu bagaimana jatuh cinta kerana sebelum ini dia mencari perempuan hanya kerana nafsu semata-mata. Namun ternyata Wati amat lain. Bukan nafsu yang menyebabkan dia mengejar gadis itu.
“Entahlah. Tapi bila tengok Wati aku rasa lain macam. Aku rasa nak kahwin. Sebelum ini tak pernah aku terfikir nak kahwin. Buat apa kahwin kalau hari-hari boleh dapat”, kata Mat yang kemudian tergelak sendiri.
“Jatuh cintalah tu…”, balas Din.
Mat tersenyum. Kalau itu dinamakan cinta, Mat sangup menerimanya. Dia benar-benar memuja Wati. Namun Wati bukanlah anak orang sebarangan. Wati pula bukanlah minah rempit yang mudah didekati. Apatah lagi Wati seperti tidak langsung tertarik kepadanya. Bukan seperi gadis yang mudah cair dengan hanya sebuah senyuman. Memanglah Wati lain benar.
“Kalau Wati tahu siapa kau sebenarnya, dah tentu dia tak akan pandang muka kau tu,”, tuduh Din membuatkan Mat seperti mahu demam.
Kalau benar tuduhan Din, bermakna Wati tidak akan menjadi miliknya. Sedangkan keinginan untuk memiliki Wati semakin menggebu-gebu. Matlamat hidupnya kini bertukar. Kejahatan dan kebuasan tidak lagi memberi kepuasan. Mendekati dan akrab disisi Wati harus menjadi keutamaan.
“Jadi apa aku nak buat?”, tanya Mat.
Din kelihatan berfikir. Agak lama, tetapi Mat terpaksa menahan sabar. Dalam keadaan ini, pendapat Din lebih bernas dari buah fikirannya. Apatah lagi di sekolah dulu, Din lebih pandai darinya. Oleh yang demikian, Mat terpaksa menahan sabar walaupun sebenarnya dia ingin menumbuk rusuk Din yang dah lama sangat berfikir.
“Kau sanggup tinggalkan apa yang kau buat sekarang?”, tanya Din.
“Demi Wati, aku sanggup”, pantas Mat menjawab.
“Kau sanggup menjadi orang baik-baik?”, tanya Din lagi.
“Demi Wati, apa pun aku sanggup!”, balas Mat.
“Kau sanggup mencari pekerjaan halal walau gajinya tak seberapa?”, tanya Din seperti seorang hakim mahkamah tinggi.
“Demi Wati, mati pun aku sanggup!!!”, tegas Mat dengan muka penuh keazaman yang membara.
“Kalau begitu, kau harus meninggalkan apa yang kau buat sekarang. Jadi orang baik dan cari pekerjaan halal. Tentang kumpulan kita, terpaksakah aku menjadi ketua menggantikan tempat kau”, kata Din dengan penuh bangga. Keseronokan menjadi ketua membuatkan lubang hidungnya kembang dengan cepat.
Itu cerita tiga bulan yang lalu. Mat mengambil keputusan untuk meninggalkan semua kejahatan dan memulakan kehidupan yang baru. Untuk menjadi orang yang baik-baik. Mat mencari seorang guru yang dapat menumbuhkan kesedaran dan keinsafan. Ternyata usahanya tidak sia-sia. Mat bukan sahaja berjaya meninggalkan dunia hitamnya tetapi juga menjadi seorang yang rajin mengerjakan ibadat.
Namun setelah tiga bulan berlalu, dengan tidak semena-mena penyakit misteri menyerangnya. Mat merasakan tubuhnya amat lemah, lesu, dan tidak bermaya. Padahal semalam dia masih kuat dan gagah. Walaupun telah insaf tetapi ketegapan tubuhnya masih terpelihara.
Balasan tuhan terhadap dosa dan kezaliman yang dilakukan sebelumnya menjadi igauan ngeri. Penyesalan dan keinsafan membuatkan Mat mengalirkan air mata.
“Ini hukuman bagi orang yang kejam dan tidak berperikemanusiaan!”, jerit Mat dalam hati.
“Aku orang yang berdosa! Hukumlah aku! Hukumlah aku!!!” jerit Mat lagi, tetapi masih dalam hati.
Mat menangis teresak-esak. Di atas sejadah air mata Mat menitik. Seorang jemaah yang baru tiba untuk mengerjakan solat Asar melihat ke arah Mat lalu mendekatinya.
“Mat!” seru jemaah yang bernama Adi itu.
Mat mendongak. Kemudian kembali memandang sejadah. Sekejap sahaja mendongak, lehernya terasa begitu lemah.
“Kenapa Mat?”, tanya Adi.
Mat menggeleng. Sukar untuk mencurahkan apa yang terpendam di dalam hatinya.
“Tak ada apa-apa”, jawab Mat meyakinkan Adi.
“Aku tahu kau ada masalah. Tak pernah aku tengok kau macam ni. Aku rasa tentu masalahnya besar. Kalau tidak, tentunya kau takkan menangis macam ni. Aku bukan nak campur hal orang lain, tapi apa salahnya kalau kau beritahu aku. Kalau dapat aku tolong, dah tentu aku takkan biarkan kau susah,”, pujuk Adi.
Mat membuat pertimbangan. Apakah Adi akan percaya bahawa dia sedang menghidap penyakit misteri? Penyakit yang datang secara tiba-tiba melemahkan seluruh anggota tubuh. Malahan tekaknya terasa kering seperti air di dalam badannya disedut oleh makhluk halus.
“Kalau segan nak bagitau, aku panggilkan Ustaz Ahmad, mungkin kau tak segan nanti.”, kata Adi membuat usul yang disokong dirinya sendiri.
Mat tidak memberikan komen. Di dalam hati dia membenarkan Adi memanggil Ustaz Ahmad. Apatah lagi dia tidak sanggup menanggung penderitaan lebih lama lagi. Tidak lama kemudian, Ustaz Ahmad tiba bersama Adi.
“Adi cakap awak ada masalah?”, tanya Ustaz Ahmad dengan lembut. Mat mengganguk perlahan. Sudah tiba masanya untuk mencurahkan segalanya yang terpendam. Manalah tahu kalau-kalau Ustaz Ahmad boleh meringankan beban yang sedang ditanggunginya.
“Saya rasa saya sedang dihukum atas dosa yang telah saya lakukan dahulu.”, kata Mat membuatkan Ustaz Ahmad dan Adi berpandangan sesama sendiri.
“Tengah hari tadi saya diserang penyakit misteri. Tubuh saya terasa amat lemah. Tekak terasa perit. Perut pula pedih. Semakin kama semakin teruk. Saya tak tahu macammana penyakit ini boleh menyerang saya. Saya rasa inilah hukuman bagi orang yang ingkar seperti saya,” kata Mat bersama deraian air mata.
“Sabar Mat. Tak baik kata macam tu. Mungkin kita boleh mencari puncanya. Cuba awak fikir baik-baik, macammana penyakit ini boleh menyerang awak,” kata Ustaz Ahmad berusaha untuk menenangkan Mat.
Mat mula membuka minda, berusaha keras untuk mencari punca. Berlegar-legar ke sana ke mari. Ustaz Ahmad dan Adi menanti dengan penuh kesabaran.
Kemudian mereka terkejut besar apabila melihat Mat menepuk dahi.
“Alamak, macammana saya boleh lupa ni???..” jerit Mat.
“Kenapa?” tanya Adi…
“Patutlah badan saya lemah dan lesu, saya lupa sebenarnya saya sedang berpuasa… macammana saya boleh lupa ni???…” kata Mat sambil menepuk dahinya beberapa kali…… kuang…kuang…kuang…
“Hampeh…” kata Adi dan Ustaz Ahmad dalam hati. Terasa ingin diwrestlingkan aje Mat kat masjid tu jugak!
Huhuhu… boleh buat sinetron cerita ni… kui…kui…kui…
:lol: |
|