Kerabat Devotees Forum Index Kerabat Devotees
....Ahlan Wasahlan Wa marhaban Bikum....
 

Bahasa Melayu vs Bahasa Inggeris

 
       Kerabat Devotees Forum Index -> Student's Chat
Author Message
haziq_ukmkl



Mon Oct 22, 2007 12:47 pm   Bahasa Melayu vs Bahasa Inggeris  

Assalamu'alaikum wbt

Penggunaan Bahasa Melayu vs Bahasa Inggeris.

Apa pendapat antum ttg penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran sekarang?Ada org cakap tak sesuai nak praktikkan kpd student sekolah sekarang..Hmmm..
Ana bukan nak ketepikan bahasa Melayu, tapi bahasa Inggeris itu penting. Bukan atas alasan supaya kita ada kelebihan waktu mohon kerja, tapi, memang bahasa Inggeris penting.

Yang nyata, banyak buku-buku akademik dalam bahasa Inggeris. Macam mana pelajar-pelajar kita (terutamanya di universiti), hendak menguasai sesuatu ilmu kalau pemahamannya dalam bahasa Inggeris lemah? Banyak buku-buku yang menarik dalam bahasa Inggeris. Sampai bila kita asyik nak tunggu buku keluaran bahasa Melayu yang diterjemah daripada bahasa Inggeris? Tak sama alunan dan lenggok buku yang asalnya dalam bahasa Inggeris dengan yang diterjemah. Nak-nak buku akademik. Macam mana istilah-istilah sains yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu? Tak ke kelakar je bunyinya ...

Pertamanya, mereka yang lemah penguasaan bahasa Inggeris dah tentu sedikit liat nak belek buku-buku bahasa Inggeris. Kalau novel mungkin boleh tahan sikit la kot. Jadi, takkan nak harapkan nota-nota daripada pensyarah saja? Nanti tak sudah-sudah graduan kita dilabel "tidak berkualiti" sebab ilmu yang kita dapat, betul-betul acuan daripada pensyarah. Sepatutnya pensyarah itu tugasnya hanya sebagai pembimbing. Ilmu tentang sesuatu bidang tu kita perlu usaha cari sendiri.

Keduanya, boleh kiranya ana kata, kalau di universiti tu, kita boleh target fakulti-fakulti berikut pelajar-pelajarnya boleh dikatakan fasih berbahasa Inggeris manakala yang selebihnya sangat lemah. Ini terbukti melalui kajian yang sedang dibuat oleh pensyarah-pensyarah di sebuah universiti tempatan (kajian ini masih sedang berjalan jadi belum dikeluarkan lagi kertas kajian mereka). Terus terang kata, pelajar-pelajar kita sangat lemah berbahasa Inggeris. Bolehlah kiranya dikatakan tahap penguasaan bahasa Inggeris mereka, err ... seperti di tahap sekolah rendah.(Termasukla diriku ini..Waa..) Maaf la ana kata begitu tapi itu kenyataannya.

Ketiganya, soal kerja. Kalau bekerja dengan kerajaan ana kurang pasti tapi kalau di sektor swasta, dapat berbahasa Inggeris dengan baik itu satu bonus.

Walaubagaimana pun, tak dinafikan, dalam kita mengejar kemodenan dunia sains dan teknologi, bahasa Melayu dilupa jangan. Maknanya di sini, jangan kita terlalu mengagungkan budaya orang lain sedangkan kita ada sesuatu yang istimewa dan lebih berharga. Mungkin kerana terleka, kita hanyut dalam dunia yang kita sendiri reka (ni apa daa ana dah merepek).

Kesimpulannya gini la kan ...
Tak rugi pun kita pandai banyak-banyak bahasa ni. Tak kira la Inggeris, Perancis, Mandarin, Jepun, nak-nak, bahasa Arab, tapi bahasa Melayu itu kita perlu jaga sebab ia wajah kita

Bahasa Melayu pun banyak dah rosak. Termasuk ana sendiri merosakkannya dengan campur-adukkan dengan bahasa sms dan bahasa chatting. Jangan kita jadi seperti orang Melayu Singapura. Habis bahasa Melayu kita.

Kalau pergi majlis baca-baca puisi yang dihadiri ahli-ahli bahasa dan sasterwan negara semuanya, kita boleh lihat, semuanya berbahasa Melayu yang indah-indah gitu. Jelas nampak seni bahasa Melayu ini dan mereka menggunakannya untuk pertuturan seharian mereka. Menakjubkan!

aaa .. dah tatau apa nak cakap dah. Tu je la kot.
 
cthajar



Thu Nov 15, 2007 9:24 am    

for me personally....
bahase ape2 pon yg kite belajar....
same jer......
sume nye ilmu Allah!!!!
kalo bleh kite grab ilmu Allah sebyk yg mungkin...
coze ilmu Allah x kan 'kering'....
so..what languages that we learn ....
we must practice it....
lagi pun skang nie...
sume Universiti utamakn bahase english n bm.....
 
Lydd



Thu Nov 15, 2007 1:01 pm    

sume bahase pon penting & ade nilai estetikanye tp kite jgnla sesekali lupe kat bahase ibunda kite... bahase syurga pon kenela igt gak tau! :)
 
noorhazwani binti mazral



Thu Nov 15, 2007 9:46 pm    

cthajar wrote: for me personally....
bahase ape2 pon yg kite belajar....
same jer......
sume nye ilmu Allah!!!!
kalo bleh kite grab ilmu Allah sebyk yg mungkin...
coze ilmu Allah x kan 'kering'....
so..what languages that we learn ....
we must practice it....
lagi pun skang nie...
sume Universiti utamakn bahase english n bm.....

yup..i'm support with u.. :D
 
cheekylulu



Mon Dec 03, 2007 3:44 pm    

bhse ape2 pon bleh..
bhs arab pon jgn dlupakan.. syiar islam tu.. hari2 bace tp xtau makna ape gune..
 
phyrz



Tue Jan 01, 2008 4:41 pm    

BM vs BI...menarik ni
cuba kita ambil iktibar akan zaman kegemilangan melaka suatu dahulu kala... bukan main hebat Bahasa Melayu sehingga menjadi lingua franca di pelabuhan Melaka... pedagang2 dari seluruh dunia kena bertutur dalam Bahasa Melayu utk berurusan & berdagang... eropah, china, arab, india, portugis... semua sekali.

zaman moden plak... cuba kita tengok negara Jepun... cuba antum beritahu ana statistik yg menunjukkan peratusan rakyat2 Jepun yg mahir berbahasa Inggeris...knp ana guna perkataan mahir...sbb kalau nak ckp 'tahu', org yg bertutur dalam BI standard sek ren pun kategorinya 'tahu'... x ramai antara mereka yg mahir berbahasa Inggeris. cuba pergi universiti2 di negara Jepun, hampir semua buku rujukan di perpustakaannya dalam bahasa Jepun. Hebat x?

pokoknya... utk menguasai ilmu, kita perlu mahir berbahasa, dan ini bergantung kepada sumber ilmu itu sendiri... cuba kalau universiti kat negara kita ambil kitab2 ilmuwan Islam terdahulu sbg sumber rujukan, mesti semua graduan mahir berbahasa Arab... ke mana pun kita pergi, apa jua ilmu yg kita belajar, bahasa ibunda tetap menjadi keutamaan... wallahu 'alam.
 
amany



Sun Feb 17, 2008 5:46 pm    

hurm..
topik yg menarik..
bagi sye,
2 2 bhse tu kiter kne kuasai..
2 2 sme2 penting..
neither English nor Bahasa Melayu..
cme klu kita lemah bi,
banyakkan membaca buku2 o majalah2 bi..
mcm Reader's Digest..
:wink: :wink:
klu bm lak,
sama gak..
cme apa yg penting,
usaha utk kuasai 2 2 bahasa tu..
selamat berjaya!
:D :D
 
icun_14



Sun Apr 20, 2008 7:25 am    

apa2 sekali pun.penggunaan bhs melayu yg digunakan harus betul.
kalau kita tgk budak2 sekolah skrg ni, aduhh...x tau nak kata mcm mana.penggunaan bhs melayu sendiri dah rosak. bila kita tanya ..jawabnya...ni bhs budak2 sekolah..rasanya pasti ramai perasan kan apa yg cuba sy maksudkan...cth terdekat adik sendiri..kalau bersms ngan dia..terpaksa baca bbrp kali utk paham apa yg cuba dia sampaikan...aduh...x salah guna short form..tp jgn smpai bhs melayu itu sendiri rosak..dn sy tgk..mmg ramai remaja sekolah skrg ni mcm..di forum pun x terkecuali juga

:)
 
Nazrul



Mon Apr 21, 2008 12:55 pm    

rasanya dua-dua bahasa bleh digunakan. Bergantung kepada kemampuan individu.
 
nurul nadia



Tue Apr 22, 2008 1:50 pm    

Kedua-dua bahasa ini sebenarnya ada kelebihannya yang tersendiri. Gunalah bahasa apa pun, asalkan orang lain faham apa yang kita cakapkan. Itulah yang paling penting..... :lol: :lol: :lol:
 
cthajar



Sat Jul 26, 2008 11:25 am    

cheekylulu wrote: bhse ape2 pon bleh..
bhs arab pon jgn dlupakan.. syiar islam tu.. hari2 bace tp xtau makna ape gune..

yup...tepat skali!!!!
 
 
       Kerabat Devotees Forum Index -> Student's Chat
Page 1 of 1


This page is a free forum hosting archive page from a ForumWise free forum.
Powered by phpBB ©