 |
Kerabat Devotees ....Ahlan Wasahlan Wa marhaban Bikum....
|
|
| Author |
Message |
ezmie
|
| Fri Sep 21, 2007 3:22 am Selamat Tinggal Tanah Airku[karya palestina 4 ROQ] by ezmie |
|
|
AKU masih tercari-cari namaku dalam senarai yang panjang itu. Dari sehelai kertas ke helaian yang lain. Masih tiada namaku yang tertera. Aku mula risau. Kecewa pun ada juga. Adakah aku tidak terpilih? Aduh.. Minta dijauhkan.
“ Macamana, Fikri? Ada nama engkau? “ soal Hariz, teman sekuliahku yang turut memohon sebagai sukarelawan ke sana.
“ Aku masih mencari, “ jawabku, pendek sambil mataku masih meliar mencari namaku. Hariz tidak berkata apa-apa lagi. Mungkin dia tidak mahu mengganggu fokusku. Baguslah! Aku juga harapkan begitu.
Hah! Itu dia! Tempat ke 39 namaku diletakkan. Alhamdulillah, ada juga. Aku terpilih! Aku dipilih! Antara keramaian, terselit juga diriku. Bersyukur yang tidak terhingga aku rasakan. Aku berpeluang berkhidmat untuk saudara seislamku yang lain. Saudara seislamku di sana. Di tanah Palestin.
“ Alhamdulillah, Hariz! Aku terpilih. “ Nada suaraku girang. Menggambarkan perasaanku yang amat gembira tatkala ini.
“ Tahniah! Sayang sekali, aku tak dapat. “ Wajah Hariz agak sayu. Mungkin dia agak kecewa. Mana taknya, perasaannya juga berkobar-kobar ingin merebut peluang menghulur bantuan sebagai sukarelawan di sana.
“ Tak apalah, Hariz. Mungkin peluang kau tahun depan. “ Aku berharap dia akan terpujuk dengan kata-kataku itu. Hariz mula tersenyum.
“ Insya-ALLAH! Jom! Aku belanja kau teh tarik. Meraikan kejayaan kau ni. “
Bahuku ditarik erat. Kami beriringan menuju ke kafeteria berdekatan. Bagiku, rezeki jangan ditolak!
“ PERGI Palestin?! Keputusan sebesar ini Fikri langsung tak berbincang dengan ayah dan ibu dulu? Fikri ketepikan kami? “
Suara ayah lantang memecah kesunyian malam di ruang tamu rumahku. Aku turut terkejut dengan respon ayah yang agak luar dari kebiasaan. Sangkaku, ayah dan ibu yang sentiasa memahamiku selama ini dapat memberi sokongan terhadap keputusanku yang satu itu. Tetapi, segalanya meleset. Bukan sahaja cuba untuk memahami, namun aku dimarahi.
“ Fikri, kenapa nak ke sana? Fikri tak habis belajar lagi. Sempurnakan masa depan Fikri dulu, “ ibu bersuara lembut. Sedap sedikit kedengaran di telingaku.
“ Kenapa diam? Dah tak ada suara? “ sindir ayah. Aku cuba untuk menerangkan segalanya dengan lebih mendalam. Namun, terasa gerun pula untuk bersuara ketika ini. Bimbang ditengking ayah. Aku mencuba setelah berdehem beberapa kali.
“ Kolej Fikri ada keluarkan borang permohonan untuk ikut Aman Palestin jadi volunteer di sana. Dah tiga tahun program macam ni diadakan. Dari dulu lagi memang Fikri ada mohon, tapi tak dapat. Alhamdulillah, tahun ni Fikri terpilih. Ini salah satu cita-cita Fikri. Fikri harap ayah dan ibu dapat faham. “
Suasana jadi sunyi. Mungkin, ayah dan ibu sedang berfikir panjang. Aku turut sama. Terlukakah perasaan kedua orang tuaku itu? Benarkah aku mengenepikan mereka? Ayah yang berkata begitu. Sudah tentu hatinya terguris.
“ Study Fikri nanti macamana? “ soal ayah. Nada suaranya tidak seperti tadi. Lebih tenang.
“ Insya-ALLAH, Fikri habiskan semester akhir dulu. Lepas tu, Fikri akan terus ke sana dengan kawan-kawan yang lain. “
“ Bagi ayah dan ibu fikir dulu hal ni. Benda ni bukan boleh dibuat main-main.”
Wajah ayah jelas menampakkan kekecewaan. Mungkin ayah kecewa kerana aku tidak membincangkan hal ini lebih awal sebelum membuat keputusan sendiri. Mungkin ayah kecewa kerana aku tidak mengikut kehendak harapannya. Mungkin ayah kecewa kerana satu-satunya permata ayah ini seperti mengenepikannya.
Aku terasa amat bersalah. Namun, aku tidak dapat bayangkan jika aku menarik balik keputusanku untuk mengikuti program tersebut. Aku ingin menyumbang bakti. Menghulur budi. Terutama sekali kepada warga di sana.
Aku bangkit dari sofa yang kududuk. Menghadiahkan senyuman kelat kepada ayah dan ibu sebelum beredar ke bilikku. Sekali lagi rasa bersalah itu mula bersarang dihatiku.
Tiba-tiba fikiranku melayang terkenang tunangku yang berada di utara. Universiti Sains Malaysia tempat pengajiannya. Aku pula, terperuk di selatan semenanjung Malaysia. Di mana lagi tempatku menjunjung ilmu jika bukan di Universiti Teknologi Malaysia.
Apalah yang sedang dilakukan ‘Izzah ketika ini. Waktu malam yang hampir ke penghujungnya. Mungkin menelaah buku-buku ilmiahnya seperti biasa. ‘Izzah dan bukunya tidak dapat dipisahkan. Aku cukup arif dengan sifatnya yang satu itu. Sejak kami berkenalan dua tahun yang lalu ketika keluargaku menziarahi keluarganya sewaktu hari raya ‘Aidilfitri. Pertama kali aku melihatnya, dia tidak lengang dengan buku. Yang paling melucukan, ketika hendak menyajikan makanan untuk aku dan kedua ayah dan ibuku, ibunya terpaksa memanggilnya berulang kali kerana dia tidak menyedari panggilan ibunya akibat tenggelam dalam dunia buku.
Sikapnya yang satu itulah berjaya mencuri hatiku. Sehingga aku berani membuat keputusan untuk mengikat hubungan kami dengan tali pertunangan. Baru sahaja enam bulan yang lalu. Tidak kusangka dia menerima cadanganku itu dengan hati yang terbuka. Aku suka sekali.
Hmm.. berita baik tentang pemilihanku untuk ke tanah Palestin belum lagi dikhabarkan kepadanya. Malah tentang aku membuat permohonan untuk ke sana juga tidak pernah diceritakan kepadanya. Sama seperti ibu dan ayah. Apakah responnya kelak? Adakah dia juga turut memarahiku kerana mengenepikannya seperti yang aku lakukan kepada ayah dan ibu? Atau dia akan menyokongku dan memberi kata-kata semangat agarku teruskan niatku yang murni ini. Ah! Segalanya hanya akan terjawab jika aku menghantar pesanan ringkas kepadanya bagi mengkhabarkan berita ini.
Kucapai telefon bimbit motorolaku yang terbaring di meja tulis. Kemudian, aku kembali melingkar di atas tilam empukku yang menghadap ke peti televisyen kecil di bilikku. Aku menaip mesej pendek sebagai pembuka kata.
+ Salam. C-hat? Mcmana stdy?
Aku tidak perlu menunggu lama. Selang seminit, ada satu pesanan ringkas yang kuterima. Sudah tentu daripada ‘Izzah.
- Alhmdullah.. Walafiat. Stdy ok. Skrg tgh pulun habisn tuk exam lg 2 weeks.
+ Oh! Dh nk dkt exam rpenye. Gud luck ye! Sy ada brite baik!
- Tme kasih! Gud luck tuk awk gak. Apa brite baik 2?
+ Sy tplih sbg volunteer ke tnh palestin. IA, akn bragkt lps habis sem nnt.
Dr 2 thn lps sy ada mohon bnd ni. X sangka thn ni tplih gak. Maaf sbb x
mklmkn pd awk lbh awl. Mungkin blh jd big surprise!
Selepas itu, aku tidak terus mendapat balasan mesejnya. Aku pelik. Terasa hatikah dia? Atau dia kurang enak dengan keputusan yang aku buat. Aku masih menanti. Pelbagai andaian muncul di benakku. Mungkin dia marah. Kerana itulah dia tidak membalas mesejku. Mungkin juga dia tertidur dan tidak membaca mesejku lagi. Ah! Tak mungkin. Katanya, sedang ‘pulun’ untuk peperiksaan yang bakal tiba. Mustahil dia boleh tertidur ketika belajar. Atau mungkin juga dia menaip satu pesanan ringkas yang panjang dan memerlukan masa yang lama. Itu juga tidak mungkin kerana aku tahu kebolehannya menaip pantas. Meskipun di papan kekunci komputer mahupun telefon bimbit. Lalu, mengapa aku masih belum menerima satu pesanan ringkas pun?
Aku mula menggelabah. Sudah lebih sepuluh minit aku menanti. Tiada juga apa-apa respon. Lantas aku bertekad hendak menelefonnya. Harap tidak mengganggu pembelajarannya. Jika mengganggu pun, aku tidak peduli! Aku perlukan responnya segera.
Setelah mendengar deringan yang agak lama, akhirnya telingaku menerima salam yang diberi ‘Izzah. Aku menjawab dengan perlahan.
“ Apa respon awak? “ Aku terus bertanya. Tidak mahu berlengah lagi. ‘Izzah diam sesaat dua. Mungkin memikirkan ayat terbaik yang ingin dilontarkan kepadaku. Aku dapat rasakan yang dia kurang gembira. Jika tidak, sudah tentu suaranya ceria ketika menyapaku.
“ Saya minta maaf, Fikri. Saya tidak berapa setuju dengan keputusan awak yang ingin ke sana. Bukan niat saya nak menghalang niat baik awak. I prefer you here. Kita dah terpisah macam ni punya jauh. Utara dan selatan. Jauh mana lagi awak nak pergi? “
“ Macamana dengan ayah dan ibu awak pula? Awaklah satu-satunya harapan keluarga awak. Takkanlah awak tak nak penuhi permintaan mereka? Ayah awak mesti nak awak menjaga syarikat yang dia dah bina begitu lama. Ibu awak pula, mesti nakkan awak sentiasa di sisi dia. Kalau awak ke tanah Palestin itu, ibu awak mesti tak berhenti risau siang dan malam. Terfikirkan awak sentiasa. “
“ Di sana bukan tempat selamat. Peperangan di sana sini. Bom. Bangunan runtuh. Pelarian. Macam-macam! Semua orang akan risaukan awak, Fikri. Termasuk saya. “ ‘Izzah terdiam seketika. Cuba mengawal suara. Aku dapat rasakan yang dia sedang sebak. Mungkin juga dia sedang menahan air matanya mengalir. Hati perempuan lembut. Mudah sahaja tersentuh. Ayahku pernah berkata begitu kepadaku. Mungkin juga ibu sedang menitiskan air mata tatkala ini.
“ Banyak lagi cara lain yang boleh awak sumbangkan untuk mereka di sana, Fikri. Dari sini pun boleh. Bekerjasamalah dengan beberapa rakan awak. Sediakan tabung dana untuk mereka. Wujudkan satu program keinsafan untuk mengingati mereka. Itu juga sudah berbaloi. Tidak perlulah ke sana.. “
“ Saya minta maaf sebab tak menyokong awak. Saya merayu, Fikri. Tolong jangan pergi. “ Sejurus selepas itu, talian telah ‘Izzah matikan. Tanpa memberi salam.
Aku termangu. Panjang sungguh bicaranya. Adakah itu hanya bicara di bibir atau kata-kata yang dilahirkan dari hati? Lidahku masih kelu. ‘Izzah juga tidak mahu berada di pihakku. Mungkin kata-katanya ada benarnya. Aku juga terfikir untuk melakukan itu semua. Namun, jiwaku ini meronta-ronta ingin menjejakkan kaki di sana dan menghulurkan bantuan secara langsung kepada mereka. Aku akan lebih berpuas hati.
Sedangku termenung, sebuah pesanan ringkas menyelinap masuk. Daripada ‘Izzah. Aku juga baru teringat. Jika tidak ‘Izzah ingatkan, sudah tentu aku terlupa. Mungkin, kerana itu jugalah ‘Izzah sedikit sebak tadi. Aku melupakan sesuatu yang amat bermakna antara kami berdua.
- Mgkn awk dh lpe. Perkahwinn kte akn brlgsg slps awk habs sem akhir. Itu yg kita janji mse btng dlu..
Ah! Aku buntu. Lantas, aku terlena dalam kebingungan.
AKU berdebar menanti keputusan ayah dan ibuku. Segala kemungkinan bakalku hadapi. Biarpun wajah ayah dan ibu tenang sahaja, aku tidak dapat mengagak apa kata putus mereka. Walaupun begitu, aku tetap menanti dengan sabar.
“ Kenapa Fikri perlu ke sana? “ Ayah membuka bicara dengan persoalan. Belum ada lagikah keputusan yang dibuat? Aku dapat rasakan yang berkumpulnya kami pada malam ini adalah lebih kepada berbincang dari menetapkan kata putus.
“ Fikri nak hulurkan bantuan kepada warga Palestin, ayah, “ jawabku setelah agak lama menyepi.
“ Dari sini pun boleh membantu. Fikri sendiri tahu cara-caranya. Kenapa nak ke sana juga? “
“ Jiwanya lain, yah. Tak sama macam ke sana. Fikri lebih suka ke sana. Lihat sendiri realiti. Bukan duduk di sini dan menonton dari televisyen ‘je. Ayah, ibu, tolonglah faham perasaan Fikri. Fikri nak ke sana. “ Aku memandang wajah ayah dan ibu berganti. Memohon sangat agar restu mereka berdua mengiringiku.
“ ‘Izzah dah tahu? “ soal ibu setelah sejak tadi suaranya tiada kedengaran. Aku mengangguk perlahan. Dengan wajah sugulku begitu, mungkin ibu sudah mengagak respon yang ‘Izzah berikan.
“ Dia tak setuju, kan? “ Tepat jangkaanku. Tekaan ibuku benar. Aku mengangguk sekali lagi.
“ Fikri dengan ‘Izzah dah janji nak bernikah lepas Fikri habis belajar. Bila dah ubah keputusan macam ni, apa jadi dengan ‘Izzah? Tangguhkan perkahwinan? Tangguh sampai bila, Fikri? Nak suruh ‘Izzah tunggu berapa lama? Kasihan ‘Izzah. Cubalah Fikri fikir balik sebelum betul-betul buat keputusan ni. Semua ni akan menyusahkan banyak pihak. Ibu mohon, Fikri. Untuk kebaikan semua pihak. Fikirkan betul-betul tentang perkara ni. Lepas tu, baru kita buat keputusan lagi. Boleh? “
Aku tidak terus menjawab. Berfikir sejenak. Mungkin kata ibu betul. Aku perlu memikirkan kebaikan semua pihak. Bukan untuk memenuhi permintaanku semata-mata.
“ Ayah dan ibu bagi Fikri dua hari untuk fikir. Insya-ALLAH, Fikri akan beritahu keputusannya dua hari kemudian. Tapi, dengan syarat! “ Ayah pantas menyoal,
“ Apa dia? “
“ Ayah dan ibu akan terima keputusan Fikri dengan hati yang terbuka. “
Ayah dan ibu terkedu seketika. Mereka harus bersikap adil. Aku sudah mendengar dan memenuhi permintaan mereka iaitu dengan berfikir semasak-masaknya. Lalu, mereka juga harus memenuhi permintaanku.
“ Okey! “ kata ayah dan ibu serentak.
SEMUANYA ada di sini. Ayah, ibu dan aku. Keputusanku akan kukhabarkan kepada mereka malam ini juga. Setelah itu, aku akan menelefon ‘Izzah pula. Aku harap dia akan bergembira.
“ Fikri dah fikir masak-masak. Sedalam-dalamnya. Dan... “ Aku menarik nafas seketika sebelum menyambung,
“ Fikri akan tetap ke sana. Fikri minta maaf kalau Fikri bakal mengecewakan ayah dan ibu, tapi Fikri tak boleh tipu perasaan Fikri sendiri yang Fikri cintakan untuk ke sana. Fikri harap restu ayah dan ibu. “ Segalanya sunyi. Ayah dan ibu kelihatan tenang. Mungkin mereka sudah jangka aku akan membuat keputusan itu.
“ Ayah restu kalau itu yang Fikri rasa terbaik, “ ucap ayah. Akhirnya. Aku bertahmid berulang kali di dalam hati. Jawapan ibu pula yang kunantikan. Ibu tersenyum.
“ Ibu akan sokong Fikri sentiasa. Ibu restui, tapi hal Fikri dan ‘Izzah, ibu nak Fikri selesaikan sebelum Fikri ke sana. “ Aku mengangguk, patuh. Lantas aku memeluk ibu dan ayah erat.
SEMESTERKU sudah berakhir seminggu yang lalu. Hari ini aku akan berangkat ke sana. Ke tanah Palestin. Aku sungguh terharu kerana ibu dan ayah menghantar pemergianku di Lapangan Terbang Senai. Mereka menyokongku sepenuh jiwa raga. Cuma seorang sahaja yang aku nantikan saat ini. Meskipun aku tahu dan dapat rasakan dia tidak akan datang.
‘Izzah. Tunanganku itu menyepikan diri sejak aku mengkhabarkannya keputusan muktamad yang telah aku lakukan. Ternyata dia tidak dapat menerimanya. Antara kami jadi dingin. Aku juga tidak pasti apa yang sedang berlaku dalam perhubungan kami kini. Adakah dia masih tunangku atau kami sudah putus.
Aku agak terkilan kerana dia tidak memahami jiwaku. Sudah lama aku menantikan peluang sebegini. Bukan mudah untuk aku melepaskannya. Jika ayah dan ibuku boleh memahminya mengapa tidak ‘Izzah.
Aku menyalami tangan ayah dan ibu. Kemudian, mengucup pipi mereka silih berganti. Ibu sudah menitiskan air mata. Ah! Ibu mana yang tidak sedih jika berpisah dengan anaknya. Bukanlah bermakna ayah tidak bersedih, tetapi kesedihan wanita ini sering dipamerkan berbanding lelaki yang suka diselindungkan. Seperti yang aku lakukan kini.
“ Fikri! “ laung satu suara. Aku terkejut. Tertoleh-toleh. Ke kiri. Ke kanan. Mencari siapa yang melaung namaku itu. Akhirnya, dalam keramaian aku ternampak ‘Izzah berbaju kurung merah jambu berdiri tegak menghadapku. Aku terkejut. Terpana. Terkesima. Lidah terkelu. Bibir membeku. Mataku membulat besar. Segalanya berlaku spontan.
“ ‘Izzah? “ Baru terkeluar nama itu dari bibirku. ‘Izzah mula tersenyum. Dia menghampiriku. Menyalam ibu dan menyapa ayah mesra.
“ Saya minta maaf sebab kecewakan awak. Tak memahami perasaan awak. Tak menyokong awak. “ Tiada bicara yang keluar dari mulutku.
“ Lepas saya berfikir panjang, saya rasa saya dah bersedia hendak menyokong awak, memahami awak dan tak akan kecewakan awak lagi. “ Aku masih terdiam.
“ Saya sepatutnya mendalami jiwa awak. Semangat awak berkobar-kobar hendak menghulurkan bantuan di sana. Menolong saudara seislam kita. Saya seharusnya berbangga mempunyai bakal suami seperti awak. Bukannya membelakangi niat murni awak tu. “ Aku hanya mendengar kata-katanya. Aku dapat rasakan bahawa memang tepat aku memilihnya sebagai calon isteriku.
“ Tentang pertunangan kita ni, awak jangan risau. Saya akan tunggu awak. Saya amat berharap yang awak akan balik ke sini dalam keadaan selamat. Doa saya, ibu dan ayah awak sentiasa mengiringi awak. Selagi ada jodoh antara kita, takkan ke mana. “ ‘Izzah sudah berhenti bicara. Aku masih lagi memandangnya dengan seribu macam jenis rasa. Terkejutku melihat dia di sini masih belum hilang. Pelik! Bagaimana dia boleh berada di selatan sedangkan dia sepatutnya ada di utara.
“ Hello... Fikri! Say something! “ Aku baru tersedar yang aku seperti membiarkannya bercakap dengan tembok. Lalu, aku berdehem beberapa kali. Memandang ibu dan ayah sekilas kemudian menatap wajahnya semula.
“ Insya-ALLAH, ‘Izzah. Saya tak paksa awak tunggu saya. Tapi, saya masih berharap. Doakan segalanya selamat dan sempurna di sana nanti. Kirimkan salam pada ayah dan ibu awak. Dan pohonkan maaf bagi pihak saya kerana memungkiri janji antara kita. Moga hubungan kita kekal. “
“ Insya-ALLAH.. “
21 Sept 07 [3:16a.m] |
|
|
|
ezmie
|
| Fri Sep 21, 2007 3:26 am |
|
|
keh.. thnx 4 reading... act.. ROQ means remembrance of alQuds.. it's 'bout alQuds day over da world..
ana msk ptndingan karya palestina sempena smbtn ROQ kt skola ana.. so.. dah alang2 ade karya 2.. ana post jelah kt KD ni.. hehe.. |
|
|
|
Lydd
|
| Fri Sep 21, 2007 4:31 am |
|
|
ezmie wrote: keh.. thnx 4 reading... act.. ROQ means remembrance of alQuds.. it's 'bout alQuds day over da world..
ana msk ptndingan karya palestina sempena smbtn ROQ kt skola ana.. so.. dah alang2 ade karya 2.. ana post jelah kt KD ni.. hehe..
wah...
siap dah ye..
jgn lupe htr soft copynye ek...
:D |
|
|
|
ezmie
|
| Fri Sep 21, 2007 6:52 am |
|
|
| ditanggung beres.............. |
|
|
|
Lydd
|
| Fri Sep 21, 2007 6:56 am |
|
|
ezmie wrote: ditanggung beres..............
dah, dah...
pi skolah....
kang ustazah awk tu marah kang klu lmbat...
smpt lg die on9... |
|
|
|
ezmie
|
| Sat Sep 22, 2007 12:02 am |
|
|
| alamak! teman2, ana bru prasan.. cte ni ade x btul sketla... tp, malas btul nk edit.. so.. kalo korg jmpe bnd yg cam x logik sket 2.. wat2 x tau je la yek.. ehehe.. |
|
|
|
phyrz
|
| Sat Sep 22, 2007 12:11 am |
|
|
dah hntr blom karya nie...?
klu blom, ni ada nsht sket...
gunakan fakta yg btul2 fakta...
biasala, rmj la ni mls nak membaca, so, phm2 aje la |
|
|
|
Lydd
|
| Sat Sep 22, 2007 12:14 am |
|
|
ezmie wrote: alamak! teman2, ana bru prasan.. cte ni ade x btul sketla... tp, malas btul nk edit.. so.. kalo korg jmpe bnd yg cam x logik sket 2.. wat2 x tau je la yek.. ehehe..
mane blh?...
edit, edit... |
|
|
|
ezmie
|
| Sat Sep 22, 2007 7:58 am |
|
|
phyrz wrote: dah hntr blom karya nie...?
klu blom, ni ada nsht sket...
gunakan fakta yg btul2 fakta...
biasala, rmj la ni mls nak membaca, so, phm2 aje la
dh hntr dh... ehehe.. x dapek da nk tulun...
hang dh bce lom? kalo lom.. x nk ah amek nsht 2 dlu.. |
|
|
|
khalidah
|
| Thu Sep 27, 2007 2:15 pm |
|
|
'izzah..Fikri..
Hariz...
nice story...
pasal kesetiaan eh?? |
|
|
|
5ruze
|
| Thu Sep 27, 2007 3:50 pm |
|
|
| Jalan criter okay...menarik!! Semangat Juang Yang Tinggi... harus dicontohi...tapi karya boleh diperbaiki lagi... :wink: |
|
|
|
ezmie
|
| Thu Sep 27, 2007 5:18 pm |
|
|
khalidah wrote: 'izzah..Fikri..
Hariz...
nice story...
pasal kesetiaan eh??
aik? tbe2 msk hariz lak eh...
emm.. act, tema cte ni psl palestin.. tp, ntahla tbe2 termsk jiwang2 lak.. |
|
|
|
ezmie
|
| Thu Sep 27, 2007 5:20 pm |
|
|
5ruze wrote: Jalan criter okay...menarik!! Semangat Juang Yang Tinggi... harus dicontohi...tapi karya boleh diperbaiki lagi... :wink:
semnagt juang yg tinggi? ahaha.. 1 pujian yg bru ana pnh dgr! time kasih... |
|
|
|
Iffah Syuqairams
|
| Thu Sep 27, 2007 8:52 pm |
|
|
ezmie wrote: khalidah wrote: 'izzah..Fikri..
Hariz...
nice story...
pasal kesetiaan eh??
aik? tbe2 msk hariz lak eh...
emm.. act, tema cte ni psl palestin.. tp, ntahla tbe2 termsk jiwang2 lak..
rasanyer cita akk sume wajib ada jiwang. btul ke? |
|
|
|
Ais kacang
|
| Thu Sep 27, 2007 11:15 pm |
|
|
mabruk dik...
klu akak la...nak wat cte nih amek mase setahun kot..hehe |
|
|
|
| |
|