Kerabat Devotees Forum Index Kerabat Devotees
....Ahlan Wasahlan Wa marhaban Bikum....
 

Aduhai sahabat... by ezmie

 
       Kerabat Devotees Forum Index -> Karya Kreatif
Author Message
ezmie



Tue Sep 11, 2007 10:06 pm   Aduhai sahabat... by ezmie  

p/s: Cerita ini sebenarnya adalah karangan yang ana karang semasa subjek Bahasa Melayu kat sekolah ana. Sebab tulah ayat die agak skema. semoga terhibur.

Payung biru kesayanganku hampir terbang ditiup angin kencang. Daun-daun di tepi jalan bercampur dengan sampah sarap lalu berterbangan ditiup angin. Sesekali, terdengar akan bunyi guruh berserta titisan hujan melibas mukaku. Lagi 50 meter aku akan sampai di pintu pagar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak, tetapi langkahku begitu lambat menentang deruan angin yang menyongsang. Badanku seolah-olah tertolak ke belakang sehingga langkahku terasa sukar. Mujurlah berat badanku tidak membolehkan angin dengan mudah menerbangkanku. Sebaik-baik sahaja aku sampai di serambi sekolah, hujan turun mencurah-curah.
Aku mula melangkah longlai ke kelasku. Empat Abqari terletak di bangunan Amanah di tingkat tiga. Keadaan di sekelilingku kelihatan huru-hara. Masing-masing berlari bagi mengelakkan kebasahan. Akhirnya aku membairkan sahaja diriku basah kuyup.
“ Kenapa dengan muka engkau pagi ini? Murah sahaja aku tengok, “ tegur ‘Imran, rakan karibku. Dia baru sahaja tiba dengan basikal hijaunya. Aku hanya membalas pertanyaannya dengan gelengan. Lalu kami sama-sama berjalan menuju ke kelas.
Setibanya di kelas, aku masih diam membisu. Aku tahu ia menimbulkan tanda tanya di dalam hati setiap orang. Ini adalah kerana kebiasaannya aku akan berceloteh panjang tanpa henti. Kadangkalanya, sehingga tidak cukup oksigen. Aku mengerling sekilas pergelangan tangan kananku. Masih ada lagi sepuluh minit sebelum kelas Matematik Tambahan kegemaranku bermula. ‘Imran yang duduk dihadapanku memusingkan badan menghadapku. Dia merenungku lama. Kemudian, barulah dia bersuara,
“ ‘Aliah, engkau ada masalahkah? Ceritalah pada aku. “ Aku hanya menggeleng. Terdengar die mengeluh agak kuat. Mungkin sudah jemu melihat gelenganku. Aku tertawa sendiri.
“ Hah! Aku fikir, ketawa engkau sudah tak berbunyi, “ sendanya. Tawaku lantas mati. Dia terpegun.
“ Apa yang terjadi, ‘Aliah? Selalu engkau tak begini. Ceritalah. Siapa tahu, aku boleh tolong. “ Maafkan aku, teman. Aku tak boleh... Agh! Sukarnya untuk aku luahkan. Aku menggeleng lagi. Dia mula mengalah. Aku pula sudah mula rasa bersalah. Cikgu Kartini, guru Matematik Tambahan kami sudah tiba. Kelas pada kali ini aku rasakan berbeza sekali. Hanya kerana aku tidak berbicara.
Waktu rehat pada pagi itu, seperti biasa aku ditemani ‘Imran. Antara kami tiada bicara. Dia sudi menemaniku dalam sunyi. Kami bersantai sahaja di Taman Sains kepunyaan Persatuan Sains dan Matematik sekolah kami. Memandangkan perut masing-masing masih kenyang, maka kantin bukan menjadi lokasi sasaran.
Pantas aku menyeluk saku baju kurung sekolahku. Menarik keluar sebuah buku nota kecilku yang sering aku bawa ke sana-sini. Dikoyak sehelai kertas setelah aku selesai mencatat sesuatu pada kertas tersebut. Perlahan-lahan aku menghulurkannya kepada ‘Imran. Aku harap kau mengerti, teman. Monologku dalam hati.
‘ Maafkan aku, ‘Imran. Kita tidakd apat berbicara seperti selalu. Aku bukan ‘Aliah yang dulu. Aku harap kau faham. Semoga kita kekal bersahabat. ‘
“ Tetapi, kenapa? Apa maksud benda ini? “ Diangkat catatanku tadi tepat ke muka. Wajahnya berkerut seribu menunjukkan dia benar-benar keliru. Patutkah aku berterus-terang dengannya?
“ Cepatlah, ‘Aliah. Ceritakan padaku. Takkanlah engkau tak percaya kawanmu sendiri? “
“ Emm... M... “ Sejurus itu aku nampak ‘Imran tersenyum lebar. Kemudian dia melompat keriangan. Aku bingung. Apa yang membuatnya berubah sekelip mata?
“ Sekurang-kurangnya, aku tahu kau masih punya suara. Engkau cuba untuk bercakap, tapi kenapa engkau memilih untuk diam? “
“ Emm... se... se... “ Aku tergagap-gagap. Perlahan-lahan aku menjauhkan diri daripadanya. Aku memalingkan badan agar mataku tidak tertancap pada wajahnya.
“ Aku... Aku sudah berubah. Aku bukan kawan engkau yang dulu lagi. Aku malu hendak bercakap. “
“ Tapi, kenapa? “ soalnya untuk entah kali ke berapa.
“ Aku... Aku... “ Keluhan aku terdengar kasar. Kemudian baru aku teruskan bicara,
“ Pada Ahad yang lepas, aku baru sahaja memasang pendakap gigi. Aku malu hendak tunjuk pada orang. “ Sejurus itu aku memalingkan badanku semula untuk menghadapnya. Dia kulihat sudah ketawa besar. Menggelakkan aku sepuas hatinya. Aku jadi geram. Inikah digelar sahabat?
“ Hei! Kenapa engkau gelak? Mengalahkan syaitan! “ marahku. Dia masih lagi ketawa. Ketawa dan terus ketawa. Tiada henti. Lantas aku terus meninggalkannya. Geram kerana dirasakan perasaan aku dipermainkan.
 
Lydd



Wed Sep 12, 2007 1:03 am    

rjn btol adk sorg ni mengarang ye...
ni cite2 nak jd novelis ke?
 
ezmie



Wed Sep 12, 2007 6:08 pm    

emm.. xde la sgt.. cte2 nk jd pakar komputer.. or programmer.. tp, lehlah sambilan2 menulis ni.. ehehe... :wink: act.. ana tgh boring mse kelas bm ni.. so.. layan jekla... idea tgh dtg..
 
Lydd



Wed Sep 12, 2007 11:21 pm    

ezmie wrote: emm.. xde la sgt.. cte2 nk jd pakar komputer.. or programmer.. tp, lehlah sambilan2 menulis ni.. ehehe... :wink: act.. ana tgh boring mse kelas bm ni.. so.. layan jekla... idea tgh dtg..

ohho....
nak jd programmer?
bagus cite2 tu..
tp kenela bljr rjn2 ek...
jgn jd mcm akak dahla..
hehehhe...
 
ezmie



Thu Sep 13, 2007 7:51 am    

yes, ma'am!
 
khalidah



Thu Sep 20, 2007 5:49 pm    

erk~
SMK seri Gombak?
wow!!!!
pemes la skula ana pasni!!
aahahahahaha...
mana lak dpt idea wat cite ni??
 
ezmie



Fri Sep 21, 2007 12:31 am    

keh.. ni nk trg pd pminat2 ana skalian di luar sna 2.. perenggan pertama dlm cte ni.. act, ana amek drpd pendahuluan yg ustzh ana bg.. then.. ana smbg sendri.. cme.. ana ubah nama skola 2.. x nk nmpk mcm sama sgt... yg terlintas nama skolah si Khalidah ni jela.. dah x dak nama lain dah..
mana dpt idea ni eh? huhu.. tbe2 jek terlintas.. memule 2.. x tau nk wat ending camne.. last2.. ltk jelah cam2.. x psl2.. classmate2 ana yg bce.. smuenye marah2 ana.. derg geram sbb last2 ending die cam2.. ngehehehe.. mmg nk wat org geram pon.. :twisted:
 
 
       Kerabat Devotees Forum Index -> Karya Kreatif
Page 1 of 1


This page is a free forum hosting archive page from a ForumWise free forum.
Powered by phpBB ©