Kerabat Devotees Forum Index Kerabat Devotees
....Ahlan Wasahlan Wa marhaban Bikum....
 

Derita CINTA by ezmie [old version]

 
       Kerabat Devotees Forum Index -> Karya Kreatif
Author Message
ezmie



Fri Sep 07, 2007 6:08 pm   Derita CINTA by ezmie [old version]  

9 Jan 2006, 10 p.m.

SHAUQI kelihatan nyenyak tidur di atas katilnya sambil wajahnya ditutupi majalah PC yang baru dibacanya sepuluh minit yang lalu. Dia perlukan rehat yang cukup untuk belajar pada jam 12 tengah malam nanti.
Pintu bilik dikuak dengan kasar. Akmal dan Muhammad melangkah masuk dengan ketawa terbahak-bahak. Tidak tahan perut mereka menahan gelak menonton drama pendek yang dilakonkan antara dua pelajar perempuan yang berkelahi di hadapan orang ramai ketika mereka menikmati makan malam bersama tadi. Meskipun adegan itu benar atau palsu, Akmal dan Muhammad memang sukar nak berhenti gelak apabila terkenangkan kembali adegan itu. Dua orang pelajar perempuan berkelahi kerana berebutkan seorang lelaki. Satu benda paling tidak bijak yang pernah dilakukan oleh kaum Hawa.
“ Hish... siap boleh tarik-tarik rambut pulak tu..!! nak pecah perut aku tengok! “ Muhammad berkata dengan suara lantangnya.
“ Engkau setakat perut. Aku ni, kalau boleh nak baring kat atas lantai jalan tu sebab nak tahan gelak kau tahu! “
BAP!
Dua buah bantal hinggap di wajah Akmal dan Muhammad yang tadinya sedang tersenyum lebar. Akmal dan Muhammad memandang ke arah punca pembalingan. Wajah Shauqi yang kelat dipandang.
“ Korang boleh diam, tak! Aku nak tidur. Tahulah dah pandai. Tengah malam nanti aku nak belajar. Minggu depan nak exam. Cubalah hormat sikit rakan sebilik kau yang sorang ni. Kalau nak gelak, mengumpat.. pergi buat kat luar. Aman sikit tidur aku. “
Shauqi menarik selimut menutupi wajahnya. Akmal dan Muhammad masih terpana. Tidak tahu hendak berkata apa. Shauqi menyelak wajahnya yang dilitupi selimut.
“ Bagi balik bantal-bantal aku tu.. “ pinta Shauqi. Nada suaranya agak rendah berbanding tadi.
Akmal dan Muhammad memandang antara satu sama lain. Heh.. heh.. inilah masanya..
“ AAAAA!!!! Jangan! Sakitlah! Turun! Tepi! “ Terpekik-terlolong Shauqi apabila Akmal dan Muhammad memukulnya menggunakan bantal yang dibaling tadi. Bukan setakat pukul, malah badan Shauqi ditindih dan ditumbuk dengan kejamnya oleh Akmal dan Muhammad.
“ Engkau ingat, engkau aje yang nak belajar? Berlagak! Kitaorang baru bising sikit, dah nak mengamuk! Ambik ni! “ Satu tumbukan hinggap di bahu Shauqi.
“ Rasakan lagi satu daripada Muhammad yang kacak pulak! “ Muhammad dah membina genggam. Yang tidak jelas lagi adalah sasarannya.
“ Mad, kalau kau nak tumbuk, jangan tumbuk muka. Muka aku handsome. Nanti, saham aku turun.. “ Muhammad tersengih.
“ You asked fot it, you got it! “ Pipi kiri Shauqi ditumbuk.
“ AAAA!!!.... “


11 Jan 2006, 5.00 p.m.


“ ASSALAMUALAIKUM, kawan-kawan. Sorry, lambat.. “ Shauqi mengambil tempat di sebelah Halim yang sedang meneguk minuman milo aisnya. Lengan kemeja Shauqi disinsing. Kehangatan petang jelas terasa di seluruh tubuhnya.
“ Apsal lambat? Traffic jam? “ Akmal dan Muhammad ketawa serentak. Soalan berbentuk sindiran yang dikeluarkan oleh Akmal itu benar-benar mencuit hati. Masakan ada kesesakan lalu lintas di dalam kawasan kampus.
“ Tak kelakar langsung. Telinga aku tengah panas ni. Baru aje lepas menadah telinga, menyambut leteran satu demi satu daripada Prof Isman tadi. Aku baru aje tertidur dalam kelas sekali. Itu pun.. nak marah. “ Muncung Shauqi ditarik. Makin buruklah wajahnya kelihatan.
“ At least.. dia ada sebab nak marah kau. Daripada dia marah kau tanpa sebab, lagi kau marah. Moral of the story is.. jangan tidur dalam kelas lagi. Betul tak, Halim? “ Halim tersenyum kecil sambil mengangguk.
Mata Shauqi menangkap dua orang gadis yang sedang asyik merenung ke arah mereka. Manakala gadis yang ketiga bersama mereka hanya tunduk sambil menggeleng-geleng. Shauqi turut sama menggelengkan kepala.
“ Lah... engkau tak setuju ke dengan pengajaran yang aku baru bagi tadi? “ tanya Akmal mendapatkan kepastian.
“ Bukan! Aku rasa, perempuan yang kat meja tu, syok kat akulah! “ Shauqi berterus-terang.
Akmal, Muhammad dan Halim terdiam. Masing-masing berwajah serius. Aduh! Susah betul ada kawan handsome ni.. rungut mereka di dalam hati. Entah ini perempuan yang ke berapa pulaklah yang mengejar Shauqi. Yang jadi mangsa keadaan nanti, kawan-kawan Shauqi kerana mereka juga terlibat dalam sesi perjumpaan bersama peminat.
“ Engkau ni.. janganlah takutkan aku. Mana kau tahu? “ Muhammad merendahkan nada suaranya.
“ Eh, Mad.. aku dah pakarlah bab orang pandang-pandang aku ni. “ Dua orang gadis yang memandang Shauqi tadi sudah bangun dari duduk mereka dan berjalan perlahan-lahan menuju ke meja yang diduduki Shauqi dan rakan-rakan.
“ Habis! Diaorang dah bangunlah... “ Shauqi memberi isyarat untuk rakan-rakannya bersedia.
TIDAK!!.. jerit hati masing-masing.
“ Tiga.. dua.. nak dekat dah.. satu! “ Shauqi menundukkan wajahnya. Rakan-rakannya yang lain berlagak biasa. Wajah yang sudah kemerahan ialah Halim. Halim yang pemalu.
“ Assalamualaikum.. “ salah seorang daripada gadis itu bersuara. Dia kini berdiri di sebelah Shauqi. Shauqi mengangkat wajah. Salam yang diberi sudah terjawab.
“ Ini.. “ Gadis itu menghulurkan fail berwarna biru muda kepada Shauqi. Shauqi cam sangat fizikal fail itu. Sebiji seperti failnya.
“ Saudara terambil fail ni masa di dalam kuliah tadi. Mungkin, sebab marah sangat dengan Prof Razin, sampai fail orang lain dikebas.. “ kata gadis itu. Shauqi memandang failnya yang berada di atas meja.
“ Yang pada saya ni, fail siapa? “ tanya Shauqi. Gadis seorang lagi menjawab,
“ Itu fail kawan kami. Dia duduk kat sana. Kami suruh dia bagi sendiri, katanya malu.. terpaksalah kami bantu dia. “
“ Oh! Macam tu! Terima kasih.. katakan maaf pada rakan kamu.. “ Fail kini bertukar tangan. Dua orang gadis itu beransur pergi.
“ Ok, ok, aku silap.. “ Akmal dan Muhammad sudah gelak terbahak-bahak. Tidak tahan mereka melihat babak Shauqi bengang sebentar tadi.
“ Oh, kawan-kawan.. aku rasa, ada perempuan tu syok kat akulah.. “
“ Iya ke? Bukan dia nak mintak balik fail dia ke? Engkau jangan main-mainlah.. “
“ Betul, aku ni pakar bab orang yang suka kat aku.. engkau tak percaya.. tengoklah! Dia dah nak datang tu.. “ Akmal dan Muhammad melakonkan ulang tayang kata-kata Shauqi sebentar tadi. Shauqi hanya tunduk menahan malu.
“ Eh, taklah! Apsal aku tengok dia bagi kau fail aje. Tak ada pun coklat atau surat cinta. Pelik betullah aku. Kenapa, Shauqi? Kenapa? Tell me why? .. “ Lantas, ketawa mereka berdua berderai lagi. Halim hanya sekadar tersenyum lebar. Sudah memahami sikap dua orang rakannya yang bersifat kelakar dan hebat dalam bidang mengenakan orang.


23 Jan 2006, 10.15 p.m.

“ HALIM! Aku nak pergi kedai.. engkau nak ikut tak? “ Akmal membutang kemejanya. T-shirt putih yang dipakai di dalam jelas kelihatan. Halim sibuk menaip sesuatu di dalam komputernya.
“ Tak naklah.. “ kata Halim, pendek. Akmal menyarung songkoknya.
“ Nak kirim? “
“ Takpe.. “ Mata Halim masih lagi tertumpu di hadapan monitornya.
“ Oklah! Aku pergi dulu. Assalamualaikum.. “
“ Waalaikumussalam.. “ Pintu ditutup. Kini, Halim keseorangan. Fikirannya mula melayang. Kerjanya ditinggalkan begitu sahaja di komputer. Halim menghampiri katilnya. Halim rebah menghadap siling. Kelopak matanya bergenang. Kenangan lama menyelinap terang di dalam fikiran.
Pintu bilik dikuak. Gerakan pantas Halim menutup wajahnya dengan bantal. Lagaknya kelihatan seperti sedang tidur nyenyak. Shauqi dan Muhammad berada di pintu.
Muhammad baru sahaja hendak membuka mulut untuk berbicara.
“ Shh... baik kau diam. Halim tengah tidur. Aku dapat memahami penderitaan dia kalau kau buat satu bunyi sekalipun. Faham?! “ Shauqi memberi amaran.
“ Hek eleh! Sensitif sangat.. “ Pintu ditutup kembali. Lama-kelamaan, Halim lena bersama kelopak mata yang basah.


12 Feb 2006, 1. 45 p.m.

SHAUQI khusyuk membuat nota-nota rujukannya. Keadaan perpustakaan ketika ini lengang sedikit. Tidak seperti selalu. Sambil mengulang kaji, Shauqi turut khusyuk mendengar lagu-lagu melalui MP3 Player milik Akmal yang dipinjamnya. Lagu bertajuk Akrab Persahabatan nyanyian kumpulan Inteam antara lagu kegemaran Shauqi sejak di bangku sekolah lagi. Kadangkala, Shauqi mendendangkan lagu itu perlahan-lahan.
Penat menundukkan wajah sejak tadi, Shauqi mengurut-urut tengkuknya sambil memandang ke kiri dan ke kanan. Di sebelahnya meja sekumpulan pelajar lelaki yang sedang khusyuk membuat perbincangan manakala di sebelahnya pula sekumpulan pelajar perempuan junior yang sedang berbual-bual. Tidak tahulah bercerita tentang apa. Shauqi kembali ke posisinya seperti tadi. Kini, di telinganya berkumandang lagu Permata Yang Dicari nyanyian kumpulan Dehearty.
Mata Shauqi berhenti ke meja di sebelah kanannya. Lama. Kemudian, Shauqi kembali ke posisi seperti sejam yang lalu.

Ya, ALLAH... jika dia benar untukku,
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku,
Jika dia bukan milikku,
Damaikanlah hatiku dengan ketentuan-MU,
Dialah permata yang dicari,
Selama ini baru kutemui,
Tapi kutak pasti,
Rencana Ilahi,
Apakah dia kanku miliki..

MP3 Player itu bagaikan sehati sejiwa dengannya. Memainkan lagu sepertimana hati Shauqi berkata-kata. Degupan jantung Shauqi kencang. Lantas, Shauqi mengemas barangnya dan berlalu dari situ. Dia cuba meyakinkan diri yang semua ini hanyalah gangguan semata-mata. Patutlah Islam mengharuskan ghadulbasar. Rupa-rupanya, inilah impak maksimanya.


“ MASYA-ALLAH... accident? Teruk ke? Sakinah ok? “ Wajah Muhammad serius. Tidak seperti sebelum ini yang sering dalam sengihan. Shauqi dan Halim turut sama risau mendengar perbualan Muhammad bersama entah siapa. Telefon bimbit Shauqi pula berdering. Pantas, Shauqi menekan punat menjawab.
“ Assalamualaikum... astaghfirullahal’Azim.. ok, ok, kitaorang datang sekarang! “ Muhammad dan Shauqi mematikan talian.
“ Adik aku accident.. “ kata Muhammad.
“ Amal accident. Khalil telefon tadi. Adik kau kat mana? “
“ HUKM. “
“ Hah! Samalah tu! Jom! Kita pergi hospital. Naik kereta aku.. “ Lengan Halim ditarik sama. Hati Halim berdegup kencang mendengar perkataan hospital. Apatah lagi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Tempat paling tragis dalam hidupnya.


HENDAK dijadikan cerita, adik Muhammad, Sakinah terlibat dalam kemalangan bersama Akmal. Cerita yang lebih teliti, Sakinah terlanggar Akmal ketika Akmal hendak melintas jalan. Kecuaian Sakinah ketika memandu, menyebabkan tangan kiri Akmal patah dan dahinya berjahit sebanyak tiga jahitan.
“ Bersyukurlah yang adik kau langgar tu aku. Kalau orang lain, memang dah lingkup dalam lokaplah adik kau ni. “ Akmal tersengih memandang Muhammad.
“ Terima kasih, Mal sebab tak dakwa adik aku. Nanti, aku belanja kau makan udang galah. Nak? “
“ Kurang asam, kawan! Kaukan tahu aku alergi udang.. “ Shauqi yang menolak kerusi roda Akmal bersuara,
“ Cakap pasal makan ni, perut aku laparlah.. “ Halim yang berada di sisi Shauqi hanya mendiamkan diri. Dia berada di dalam dunianya sendiri. Matanya menangkap label ICU yang ditampal pada pintu yang mereka berempat lalui. Jantung Halim bagaikan hendak berhenti. Namun, getaran hebat yang berlaku di dalam jiwanya diselindungkan.
“ Korang pergilah. Aku nak hantar Sakinah balik. Kereta dia rosak teruk. Nanti, aku jumpa korang kat cafe. “ Muhammad sudah berkira-kira hendak pergi. Shauqi tersenyum sendirian.
“ Korang berdua kira sampai tiga, Mad mesti datang sini balik. “
“ Eleh! Boleh percaya ke? “ kata Akmal memandang rendah terhadap kebolehan Shauqi meneka.
“ Tak percaya.. kiralah! “ Akmal membuat seperti yang diarah.
“ Shauqi! Pinjam kunci kereta. “
“ Aku dah kata dah. “ Akmal mencebik.
“ Macamlah terror sangat.. “ Shauqi menyeluk saku seluarnya.
“ Assalamualaikum.. Halim,kan? “ Seorang doktor lelaki menyapa. Tanda nama yang dipakainya bertulis Norman. Halim berlagak tenang.
“ Ya, Doktor, “ jawab Halim, tenang.
“ Lama tak jumpa, ya. Sejak.. “ Doktor Norman tidak menghabiskan kata-katanya.
“ Eh! Korang pergilah dulu. Nanti, aku jumpa kat cafe.. “ Halim berlalu bersama Doktor Norman.


16 Feb 2006, 6. 15 p.m.


AKMAL duduk keseorangan menghadap keindahan matahari di waktu senja yang hampir menutup tirainya. Tangan kiri Akmal yang patah berbalut dipegang. Baru dirasa betapa tersiksanya hidup dengan sebelah tangan. Dia hanya berkeadaan begini untuk tiga bulan, tetapi bayangkan sesiapa yang mempunyai satu tangan sepenjang hayat. Betapa tabahnya hati mereka menempuh hidup bersama memikul ujian yang ALLAH kurniakan untuk mereka.
Rasa syukur Akmal kian meninggi. Senyumannya terukir. Benarlah kata orang. Penantian itu satu penyiksaan. Sejak setengah jam yang lalu perutnya menanti kehadiran makanan yang dipesan kepada Muhammad. Sehingga sekarang, batang hidung Muhammad pun tidak kelihatan.
“ Amal! “ Akmal menoleh. Shauqi yang sedang berdiri di anak tangga pertama memandang ke arahnya. Akmal melemparkan senyuman. Shauqi membatalkan niatnya untuk naik ke atas. Shauqi menghampiri Akmal.
“ Engkau dari mana ni? Sememeh aje baju! “ komen Akmal terang-terangan. Shauqi melihat penampilannya dari atas ke bawah. Kemeja yang dipakai ketika kuliah tengah hari tadi tidak berbutang. Lengan disingsing tanpa kemas.
Shauqi diam tanpa jawapan. Dia melabuhkan punggung di sebelah Akmal.
“ Engkau buat apa kat bawah ni? Apsal tak rehat dalam bilik? “
“ Aku dah bosan rehat kat dalam. Dalam kepala otak kawan-kawan aku ni. Asal rehat aje.. atas katil, tidur. Duduk kat bawah nikan, rehat jugak! “
“ Yelah.. tapikan, atas katil lagi selesa. “
“ Alah! Kat mana-mana aje selesa. Lagipun, aku tengah tunggu janji manis Mad balik. Dia kata, nak belikan makan malam untuk aku dengan Halim. “ Shauqi tergelak kecil.
“ Engkau ni.. percaya sangat dengan Si Mad tu. Silap-silap, tengah malam nanti baru dia balik. Halim mana? “
“ Ada kat atas. Dah tertidur agaknya. Tunggu Mad lama sangat. “


PIPI Halim basah dengan air mata. Tidak tahan menanggung sebak. Hatinya dicengkam pilu. Bukan kerana menahan perut yang kelaparan. Entah-entah, kelaparannya tadi sudah terbang melayang.
Halim memeluk bantal sekuat hati. Menyembamkan wajahnya yang sudah kebasahan. Hatinya bagai dicucuk-cucuk dengan sebilah belati yang berkilau. Namun begitu, Halim tidak putus-putus beristighfar. Tangan kanannya mengosok-gosok dadanya yang terluka.
Telefon bimbit Halim berdering. Halim menyeka air matanya yang bersisa. Suaranya dibetulkan. Kerongkongnya yang tersekat dibaiki. Di skrin LCD, jelas terpapar nama ‘Amal’.
“ Assalamualaikum.. “
“ Waalaikumussalam, Lim. Kau baru bangun tidur ke? Lain aje suara kau.. “
“ Hmm.. “
“ Aku dengan Shauqi ada kat bawah. Mad baru aje telefon tadi. Janji manis dia hanya tinggal janji aje, Lim. Dia suruh kita makan malam dengan dia kat kedai. Tadi, dia berbual dengan kawan-kawan dia sampai terlupa nak beli makanan. Jomlah! Lepas solat maghrib kat masjid, kita makan sama. “
“ Emm.. aku turun jap lagi. “


Andainya.. dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap
Pasti dirimukan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama disudut hatiku
Hanyalah untukmu..

SHAUQI seboleh-boleh menundukkan wajahnya. Lagu Mahar Cinta yang berkumandang di corong radio restoran mengganggu konsentrasinya untuk menikmati juadah. Gadis yang tersembunyi di dalam hatinya kini berada berhampiran. Gadis yang sama berjaya menjadi permata di dalam hatinya sejak pertama kali dipandang di perpustakaan tempoh hari.
“ Assalamualaikum, Abang Shauqi. “ Seorang gadis sedang berdiri tegak di sebelah Shauqi.
“ Waalaikumussalam, Ayu. “
“ Eh, Abang Shauqi ingat nama saya? Terharu betul.. “
Macamanalah aku boleh tak ingat? Tiap-tiap hari kau jadi bayang-bayang aku.. marah Shauqi di dalam hati. Antara ramai orang yang pernah meminatinya, gadis bernama Ayu inilah yang masih setia di sisinya meskipun Shauqi bersikap acuh tidak acuh terhadap gadis ini.
“ Awak nak apa? Saya tengah nak makan ni.. “ Shauqi langsung tidak memandang wajah gadis itu. Meskipun dia bertudung, namun Shauqi tidak tertarik langsung dengan gadis ini kerana pakaiannya terlalu mengikut peredaran zaman tanpa mengira syariat yang benar.
“ Tak ada apa-apa. Cuma.. nak bagi Abang bunga dengan coklat ni.. “ Sejambak bunga bersama sekotak coklat cadbury berbentuk hati diletakkan di atas meja.
“ Ayu pergi dulu. Assalamualaikum.. “ Salam dijawab di dalam hati.
“ Shauqi, macam biasalah.. “ Akmal tersengih. Tiba di dom nanti, coklat itu akan menjadi milik Akmal. Itulah kebiasaannya.

Kasih, dengarlah..
Hatiku berbicara
Oh.. kasih..
Izinkan.. diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahgia yang diimpi
Menjadi satu realiti..

Hati Shauqi bermain-main kata. Pantas, Shauqi menepis segalanya demi mencapai cita-cita.
“ Eh, esok 17 Februari. Cuti hujung minggu. Nak balik kampung ke? “ Shauqi bertanya bagi menukar topik yang bermain-main dalam dirinya.
“ Aku nak. Rindu betul kat mak aku. “
“ Emm.. biasalah! Satu-satunya intan payung mak bapak kau, Mal! “
“ Aku balik. Esok pagi terus bertolak. Insya-ALLAH.. sampai sini malam. “ Halim pula bersuara sambil menyedut minuman oren jusnya.
“ Nampaknya.. tinggal aku dengan Mad ajelah.. “


SHAUQI mendengus lembut sambil matanya menghadap siling. Ngantuk dalam dirinya belum menjelma. Halim yang sedang membaca buku terganggu mendengar dengusan Shauqi.
“ Kenapa, Shauqi? Ada masalah? “ Shauqi memandang Halim yang berada di sebelah katilnya. Katil mereka berdua bersebelahan manakala katil Akmal dan Muhammad bertingkat.
Shauqi memandang Akmal dan Muhammad yang sudah berdengkur. Mudahlah untuk dia berbicara hati ke hati dengan Halim. Shauqi lebih mempercayai Halim dalam bab-bab yang menyentuh kematangan kerana baginya, rakannya yang dua orang lagi kurang sedikit kematangan.
“ Bukan masalah sangat.. Cuma.. aku nak tanya kau satu benda. Walaupun kau tak pernah merasai benda ni.. aku harap dapat nasihat yang terbaik daripada kau. “ Halim menutup bukunya. Cuba memberi fokus sepenuhnya terhadap perkara yang bakal diluahkan oleh Shauqi.
“ Aku rasa.. aku dah dapat perasaan tu. Perasaan yang orang katakan cinta. Cuma, aku takut nak mengaku yang aku dah jatuh cinta. Aku tahu.. ini bukan masa yang sesuai untuk aku melayan perasaan. Aku takut.. bila aku nampak dia.. terus jantung aku berdegup laju. Tapi, bila tak nampak, aku mula tercari-cari. Aku tak kata ianya mengganggu pelajaran. Cuma.. aku bimbang aku tak dapat nak kawal perasaan ni..” Halim tenang mendengar. Di bibirnya terukir secalit senyuman.
“ Okay.. betul cakap kau. Meskipun aku tak pernah mengalami perasaan ini, aku akan cuba yang terbaik untuk berikan nasihat aku. Sebenarnya.. cinta tu.. indah. Engkau pun tahu cinta datang bila-bila masa sahaja. Aku tak percaya yang kau tak mampu kawal perasaan kau. Lelaki dikurniakan sembilan akal bersama satu nafsu, Shauqi. Gunakan kehebatan sembilan akal kau itu untuk mengawal satu nafsu. Jika benarlah cinta kau ni suci dan sejati, buktikan dengan berjaya dalam pelajaran. Engkau mampu sembunyikan perasaan kau itu sehingga kau berjaya. “ Halim diam seketika. Menanti jika-jika Shauqi mahu berkata apa-apa.
“ Teruskan.. “
“ Cinta itu indah, Shauqi. Yang pahitnya bila kau nak menanggung kekecewaan apabila bercinta. “
“ Tapi, aku takut.. orang selalu kata cinta itu buta.. “ Halim tersengih.
“ Cinta tak buta. Orang yang bercinta itu buta. Tapi, bukan buta mata.. buta hati. Kebanyakan orang yang bercinta tidak berlandaskan agama, hanyut dalam dunia khayalan mereka sendiri. Mereka buta dalam menilai baik dan buruknya. Tetapi, orang yang memelihara cinta mereka dengan zikruLLAH.. dan kalimah-kalimah suci ALLAH.. insya-ALLAH.. mereka akan berjaya dalam memiliki cinta yang sejati lagi suci. Tapi, jangan pulak tunggu lama-lama baru nak lafazkan cinta. Nanti, kau akan menyesal. “ Shauqi mengangguk-anggukkan kepala. Dia dapat menerima nasihat itu seadanya.
“ Engkau ni.. macam Profesor Cinta. Lebih ‘arif kau bercakap daripada aku. “
“ Tak adalah! Aku mana pernah bercinta. “


17 FEBRUARI, tarikh paling tragis dalam hidup aku. Kenapa aku masih tak dapat nak lupakan tarikh ini. Tarikh ini sudah dalam sejarah. Tetapi, aku masih takut untuk menghadapi.. adakah kerana aku seorang yang pengecut.. atau aku tidak berusaha untuk memberanikan diri sendiri? Soalan yang aku tak pernah jumpa jawapannya.

HALIM memandang luar sambil melayani perasaan sendiri. Empat setengah jam dari sekarang dia akan tiba di kampung halaman, Bandar Penawar, Kota Tinggi. Selama berada di dalam bas, Halim sedaya-upaya memadam segala keperitan jiwanya. Biar keluarganya tidak dapat menangkap kesedihan yang dirasai. Biarlah.. dia sanggup dikata hipokrit. Menyembunyikan kesedihan demi kebahagiaan keluarga tersayang.
“ Astaghfirullahal’Azim... “ Berkali-kali bibirnya beristighfar. Menenangkan hati yang berombak kencang.


“ SHAUQI! Cepat! Sini! “ Muhammad melaung memanggil Shauqi yang baru sahaja hendak melangkah masuk ke dalam tandas untuk membersihkan diri. Hampir-hampir Shauqi hendak tergelincir akibat terkejut dengan pekikan itu.
“ Apa?! Engkau ni, boleh tak, kalau tak terkejutkan aku?! Kalau aku terjatuh, kepala pecah, dahi berjahit, engkau nak tanggung?! “ Muhammad hanya senyap. Tidak membalas kata-kata Shauqi. Shauqi pelik dan hairan. Wajah Muhammad serius memandang monitor komputer. Matanya tidak berkelip. Shauqi mengalihkan pandangannya. Dia juga turut terkejut. Apa yang berada di monitor komputer itu benar-benar bagai hendak merentap jantung mereka. Seseorang perlu menjawab pertanyaan yang berlegar-legar di ruang kepala mereka. Siapa Halim yang sebenar?


“ SUDAHLAH tu, Halim. Sudah empat tahun. Tak usahlah difikir lagi. Risau Umi tengok. “ Halim selesai membasuh pinggan mangkuk.
“ Hah! Nak pergi mana tu? Halim, Umi belum habis cakap lagi, Lim. Duduk sini dengan Umi. “ Halim patuh. Kerusi kosong dihadapan uminya ditarik dan terus didudukkan.
“ Halim tahu Umi. Halim dah tak fikir. Halim ikut kata Umi. “ Sayu sahaja suara Halim. Tangan Halim dicapai oleh Uminya. Tangan yang sejuk itu digenggam.
“ Habis, kenapa Halim nampak lain sekarang? Anak Umi ni dah tak macam dulu. Halim, janganlah seksa diri sendiri. Redhalah segalanya.. “
“ Umi, Halim redha. Halim pasrah. Cuma sedih aje tak habis lagi. “ Genggaman tangan tadi dilepaskan.
“ Umi dah tak tahu nak buat macamana lagi, Halim. Terserahlah pada kamu.. “ Umi berlalu pergi. Meninggalkan Halim seorang diri.


25 Februari 2006, 11. 05 a.m.


DOKTOR Norman diserang sebaik sahaja dia selesai menjalankan tugasnya pada syif pagi hari ini. Sambil menjamah juadah pagi di kafeteria, Doktor Norman bersedia untuk membuka lembaran hidup sebenar Halim seperti yang dilihat di dalam sebuah video yang dUmika oleh Muhammad di dalam komputer tempoh hari. Sebuah video yang ditemui dari sebuah laman web.
“ Apa yang kamu nak tahu tentang Halim? “
“ Hidup dia sebelum ni. Video yang kami tonton tu, jelas menunjukkan Halim yang dahulu beza dengan Halim sekarang. “
“ Kenapa tak tanya Halim sendiri? “
“ Halim tu, pendiam, Doktor. Kami takut dia tak nak jawab kalau kita tanya direct.” Doktor Norman terangguk-angguk sambil tangannya menekan beberapa butang di komputer bimbitnya.
“ Video ini? Video masa majlis perpisahan SPM? “ Doktor Norman menghalakan skrin komputer bimbit kepada Muhammad, Shauqi dan Akmal serentak.
“ Ya! “


15 November 2001

“ AAA!! Halim! Halim! Janganlah! “ Semangat Halim mengejar Adam bersama pancuran air dari paip getah. Hampir sepenuhnya kuyup si Adam. Halim tidak berhenti lagi. Belum cukup puas lagi hatinya mengenakan Adam.
Adam jatuh tersungkur di atas rumput menghijau. Rakan-rakan yang lain pandang, gelak sambil menikmati juadah bersama. Majlis perpisahan ini benar-benar menyeronokkan dengan kehadiran Halim yang lincah dan kelakar.
“ Amacam? Seronok kenakan aku dengan Hijanah? Tak habis-habis nak buat gosip. Insaflah, wahai teman.. “ Wajah Adam ditumbuk lembut.
“ Eh, bukan kau suka dia betul-betul ke? Aku Cuma kata yang fakta aje.. “
“ Shh... janganlah cakap kuat-kuat. Kalau dia dengar.. malulah aku. “ Halim ditolak tepi. Adam bingkas bangun. Sambil menepuk-nepuk seluarnya yang berumput, Adam berkata,
“ Eleh! Bercinta pun takut. Luahkan ajelah perasaan kau tu. Dah habis SPM. Tak guna simpan lagi. Nanti, dia terima lamaran orang lain.. frustlah kau! “ Adam sudah memulakan langkah untuk pergi. Halim senyap seketika. Memikirkan kata-kata kawannya.


HALIM menghampiri tempat membakar BBQ. Disitulah Hijanah berada bersama dua orang rakannya. Hijanah sUmik memilih ayam mana yang hendak dipilihnya sambil berceloteh dengan rakan. Kadangkala, diselangi dengan gelak ketawa.

Halim, kau sudah hampir dengan dia. Apa tunggu lagi? Luahkan aje perasaan kau! Tak payah nak malu-malu. Tak mungkin dia tak ada perasaan terhadap kau. Korang dah kenal nak dekat lima tahun. Cakap ajelah.. Halim..

Halim bermain dengan perasaan sendiri. Nak cakap, atau tidak. Mata Halim tidak putus memerhati Hijanah.
“ Halim.. nak ayam jugak ke? “ Hijanah bertanya apabila terperasan sudah agak lama Halim berdiri di situ.
“ Hah! Ssaa..ya.. sebenarnya.. nak cakap.. sesuatu dengan awak. “ Fuh! Keluar jugak step pertama. Ok, Halim.. steady.. kata Halim memujuk diri. Penyepit ayam yang berada di tangan Hijanah diletak tepi. Hijanah ingin memberi sepenuh fokus kepada Halim. Itu memang tabiatnya. Suka mendengar kata-kata orang dengan teliti.
“ Apa dia? “
“ Sebenarnya.. Hijanah.. saya.. emm.. saya.. saya.. “
“ Apa dia, Halim? “
“ Sebenarnya.. saya nak bakar ayam. Tapi, awak ada kat sini. Takut terkena api pulak. Kalau boleh, berbuallah kat tempat lain, ya? “
“ Oh.. itu pun susah sangat nak cakap. “ Hijanah buat seperti yang dipinta.
Halim pula, menyesal. Lantas, dahinya ditepuk perlahan.

Apalah, Halim. Melepas peluang pertama. Bukan senang kau nak habiskan first step tadi.


HALIM dan Hijanah berada di dalam kampus yang sama. Mengambil jurusan yang sama. Menyertai persatuan yang sama. Pendek kata, hubungan mereka semakin akrab sejak melangkah kaki ke alam universiti. Namun begitu, peluang terbuka yang banyak ini langsung tidak diambil oleh Halim untuk meluahkan isi hatinya yang terpendam sejak di tingkatan empat.
“ Lepas ni, Halim ada nak pergi mana-mana? “ Hijanah bertanya sambil menyuap sekeping sandwich ke dalam mulutnya. Selesai bermesyuarat sebentar tadi, Hijanah membuat keputusan untuk duduk di situ sebentar bersama ‘Aliah, rakan sebiliknya. Halim turut sama menanti.
“ Lepas ni.. nak balik bilik. Penat sangat.. Awak? “
“ Saya dengan ‘Aliah nak pergi kedai buku sekejap. Halim nak kirim apa-apa? “
“ Nak kirim.. tapi malulah! “ Hijanah dan ‘Aliah gelak serentak.
“ Apa yang nak dimalukan, Halim? Nak kirim buku apa? “ tanya ‘Aliah.
“ Buku Tentang Cinta, Ustaz Pahrol Md. Juoi. “
“ Emm.. buku tu.. apa yang nak malu? Biasalah tu.. umur sekarang ni.. memang senang nak terjebak dalam percintaan. Nak kena kenal dulu perasaan cinta ni.. barulah boleh bercinta. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. “ Hijanah tersenyum. Menggetarkan jiwa Halim memandang.


WAJAH Halim tenang menanti di luar Unit Rawatan Rapi (ICU). Keluarga Halim dan Hijanah akan tiba di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) tidak lama lagi. Adam, rakan sekolah Halim menepuk-nepuk bahu Halim. Meskipun Halim kelihatan tenang, sudah tentu hatinya berombak kencang.
“ Sabar, Halim.. “ Halim menghadiahkan senyuman lebar.
“ Engkau jangan risaulah, Adam. Aku sabar.. aku tak apa-apa. Tak payah risaukan aku. Risaukan Hijanah yang kat dalam tu. Dia lebih menderita daripada aku. Doakan keselamatan dia, Adam. “ Adam yang berhati lembut terus mengalirkan air mata. Dia menarik Halim ke dalam pelukan. Halim turut sebak. Namun dia melawan dirinya sendiri. Sedaya-upaya Halim berusaha menunjukkan dirinya tabah dan tenang. Tidak perlu menitiskan air mata.
“ Ini.. pihak polis bagi pada kau. Katanya.. dia jumpa dalam kereta Hijanah yang remuk teruk sebab dilanggar lori. “ Huluran Adam bersambut. Sebungkus hadiah kini berada di tangan Halim. Perlahan-lahan, Halim membuka bungkusan itu.
“ Tentang Cinta.. “ ucap Halim perlahan-lahan. Adam meninggalkan Halim melayan perasaannya sendiri.
Halim membuka muka surat pertama buku itu. Di kulit buku dalam tertera sebuah nukilan.

Assalamualaikum, Halim..
Sebenarnya.. sudah lama Hijanah tahu perasaan Halim melalui Adam. Adam sudah menceritakan segalanya. Hijanah berlagak bagai tidak mengetahui apa-apa sebab Hijanah masih menanti lafaz cinta daripada mulut Halim sendiri. Sayang sekali, ternyata Halim pengecut untuk menyatakannya. Hijanah agak kecewa.
Tetapi, tidak mengapa. Terus terang Hijanah katakan, tepukan tangan Halim berbalas. Moga.. Halim ambil tindakan segera sebelum Hijanah terima lamaran orang lain! Ini amaran keras!
Sedikit pesanan Hijanah buat Halim..
Jangan takut untuk bercinta kerana bimbang akan kepahitannya. Cinta itu indah. Yang pahit adalah ketika menanggung kekecewaannya. Namun, kecewa juga adalah derita yang bahagia. Cinta itu tidak buta.. tetapi orang yang bercinta itu buta. Buta untuk menilai mana baik dan buruknya. Sehingga mereka sanggup bercinta sampai melanggar syara’. Harap.. percintaan kita tidak begitu. Antara kita.. tiada yang buta.. hanya sekadar rabun sahaja.. kui..kui.. kui..

Halim menahan air matanya dari menitis. Sedaya-upaya dia menahan. Tidak mahu mengakui kelemahannya. Buku tadi ditutup rapat. Halim ingin mengambil udara segar di luar meskipun kedinginan di tengah-tengah pagi buta ini bakal mencengkam urat sarafnya.


KINI, yang ada di dalam bilik berkelengkapan penjagaan rapi ini hanyalah Halim, ‘Aliah dan Hijanah. Hijanah disahkan koma. Wajahnya penuh dengan luka. Jika ‘Aliah tiada di sisi, sudah lama Halim menitiskan air matanya. Tidak tahan melihat gadis yang dicintai terlantar di atas katil tanpa menyedarkan diri.
“ Halim, cakaplah apa yang Halim nak cakap pada Hijanah. Dia tak ada banyak masa lagi. Insya-ALLAH... Hijanah masih boleh mendengar kata-kata Halim biarpun dia tak boleh nak balas.. “ lembut dan tenang ‘Aliah berkata. Dia juga sedang menahan sebak.
Halim menghampiri katil. Wajah Hijanah ditenung lembut.
“ Assalamualaikum, Hijanah. Halim ni.. Halim yang dicintai. Hijanah, Halim minta maaf jika Halim membuatkan Hijanah ternanti-nanti.. bukan Halim tidak berani hendak menyatakan kata cinta, Cuma Halim bimbang harapan Halim musnah serta-merta. Jika Halim tahu Hijanah juga berperasaan yang sama.. dah lama Halim luahkan segala yang membeku dalam hati Halim. Maafkan Halim, Hijanah. Cepatlah sedarkan diri.. Halim tak mahu menyesal sebab lambat meluahkan rasa cinta.. bangunlah.. Hijanah.. pandang wajah Halim. Berikan sebarang isyarat menandakan Hijanah dah maafkan Halim. “ Kelopak mata Halim bergenang. Pantas Halim menoleh dari memandang wajah gadis ayu itu. Tidak tahan lagi matanya merenung seraut wajah penuh penderitaan meskipun kelihatan tenang.
“ Halim.. “ Halim menoleh. Biji mata Hijanah kini memandang tepat ke wajahnya. Halim bagaikan tidak percaya. Umpama fantasi menjadi nyata.
“ Hijanah.. “
“ Percayalah.. Hijanah dah maafkan Halim.. “


“ AYAT terakhir yang dikhabarkan arwah Hijanah sebelum dia pergi. Selepas sahaja Hijanah menghembuskan nafas terakhir di sisi Uminya.. Halim pengsan dan koma selama dua hari. Kami juga terkejut. Halim bagaikan mangsa kepada sebuah kemalangan ngeri. Kecederaan hatinya memberi kesan kepada fizikal. Setelah seminggu, Halim beransur pulih. Cuma.. dirinya berubah serta-merta. Dari seorang yang petah bercakap menjadi pendiam. Sebenarnya.. saya agak terkejut melihat dia hari itu. Dirinya terus berubah. Mungkin, dia nak sembunyikan daripada awak semua. Sebab itulah dia membawa saya ke tempat lain untuk berbual. “ Shauqi, Akmal dan Muhammad sepi tanpa bicara. Masing-masing sedang bersimpati terhadap nasib yang menimpa Halim.

“ Engkau ni.. macam Profesor Cinta. Lebih ‘arif kau bercakap daripada aku. “
“ Tak adalah! Aku mana pernah bercinta. “

Perbualan itu bermain-main di ruang fikiran Shauqi. Kasihan.. Halim..


SESAMPAI sahaja di dom, Akmal terus memeluk Halim seeratnya. Halim terpana dan terkejut. Namun, dia tetap membalas pelukan rakannya.
“ Engkau kenapa? Mengigau ke? “ Halim berseloroh walaupun dia tahu dengan kata-katanya, dia tidak mampu mengubah wajah rakan-rakannya yang sudah kelat itu.
“ Halim, mak aku pernah cakap. Kalau kawan kita sedang kesedihan, yang dia perlukan adalah sebuah pelukan ikhlas. Aku tengah buat macam gitulah.. “ Halim dipeluk lagi.
“ Siapa kata aku sedih? Engkauorang ni baru balik dari mana? “
“ Tak usahlah nak tipu kitaorang lagi, Halim. Kitaorang dah tahu dah. About you and Hijanah.. “ kata Shauqi. Nama Hijanah disebut untuk menarik perhatian. Pelukan Akmal dileraikan perlahan. Halim melabuhkan punggung di atas katilnya.
“ Mana korang tahu? “
“ Doktor Norman yang cerita.. “ giliran Muhammad pula untuk bersuara.
“ Aku tak nak sebut pasal benda ni lagi. Semuanya dah lepas. “
“ Tahu pun dah lepas. Tapi, ada hati kau lepaskan dia? Kau masih simpan dia dalam hati kau. Kau menyeksa diri sendiri, Halim. Bergembiralah dengan cinta yang kau dan dia ada. Bukan bersedih dengan cinta yang tak kesampaian. “ Akmal berlagak seperti ahli falsafah cinta. Siapa sangka, lelaki kebudak-budakan sepertinya bijak memperkatakan cinta.
“ Aku dah cuba, tetapi dia masih melekat dalam hati aku. Dia terseksa di hadapan mata aku sendiri. Susah aku nak lupakan muka dia waktu tu. Dalam masa yang sama, dia melafazkan cinta kepada aku. Kau dapat bayangkan perasaan aku waktu tu? Gembira bercampur sedih. “ Tangan Akmal memegang bahu Halim. Lalu menepuk-nepuk bahu itu lembut.
“ Itu tak bermaksud engkau kena bersedih sepanjang hayat. Hiduplah bersama cinta dan kenangan yang Hijanah tinggalkan untuk kau. Bersama itu, hidup dalam gembira.. jangan seksa diri kau untuk menjadi seseorang yang bukan diri kau yang sebenar. Jangan jadikan kematian Hijanah sebab untuk kau tak gembira dalam hidup. Faham?! “ Halim terdiam. Dia berfikir sejenak.
“ Aku nak keluar jap. “ Pantas Halim meninggalkan rakan-rakannya. Akmal cuba untuk mengekori tetapi Shauqi menghalang. Di saat ini, kemungkinan Halim memerlukan ketenangan dengan bersendirian.
“ Hai.. Mal, ada tokoh nak jadi ahli falsafah cinta? “ usik Muhammad. Akmal membalas dengan sengihan.
“ Ada masalah ke kalau aku jadi falsafah cinta? Nanti, yang untung kawan-kawan aku jugak. Bila ada masalah cinta, rujuk kat aku. Ha.. kan satu kemudahan tu.. “ Mereka bertiga gelak serentak. Sekadar ingin menggembirakan hati yang sedang gundah-gulana memikirkan masalah Halim.
Kenapalah... engkau tak pernah cakap yang kau ni, arif pasal cinta. Kalau aku tahu.. baik aku rujuk kau aje. Kasihan.. Halim, luka lama dia berdarah balik bila aku minta pendapat dia pasal cinta.. monolog Shauqi.


“ HALIM mana ni? Tak balik-balik lagi? “ Shauqi mundar-mandir. Tidak senang duduk dia apabila mendapati Halim belum pulang sedangkan jam menjangkau sebelas setengah malam.
“ Engkau ni.. boleh tak jangan peningkan kepala aku? Duduk aje diam-diam. Kepala aku ni, dah nak pecah fikirkan mana Halim, tengok kau mundar-mandir.. “ marah Muhammad sambil memicit-micit kepalanya yang pening. Shauqi terus merebahkan badan ke atas katil. Pandangannya dilontarkan ke siling.
Akmal yang kepenatan sedang seronok menikmati tidurnya diselangi berdengkur. Tidak peduli rakan-rakannya yang kerisauan.
“ Hah! “ Akmal bangun dari tidurnya. Wajahnya penuh dengan peluh. Perlahan-lahan, Akmal beristighfar.
“ Engkau apsal? “ Muhammad bertanya. Akmal tidak terus menjawab. Kepalanya digelengkan beberapa kali. Kedua tapak tangan Akmal meraup wajahnya.
“ Aku mengigau. “
“ Itulah! Tidur tak baca doa. Tak ambik wudhu’. Ambik kau! Inilah akibatnya. “
“ Engkaulah! Apsal tak kejut aku kalau aku tertidur. Engkaukan tahu aku ada homework yang belum siap. Nanti, kalau aku bangun esok pagi, siapa nak tanggung homework aku? “ Muhammad menghampiri Akmal dengan wajah bengisnya.
“ Ada engkau suruh aku kejut? Engkau tak pesan apa-apa, nak salahkan aku pulak?” Akmal bangun dari duduknya. Lagaknya seperti tidak mahu mengalah dalam perbalahan itu.
“ Sekurang-kurangnya, engkau tahu aku belum siap homework. Kau boleh kejut akukan? “
“ Tak ada masa aku nak fikir pasal homework kau. Kepala aku ni.. dah cukup pening fikir pasal Halim. “
“ Hoi! Dah! Jangan nak ubah topik Halim pulak. Engkau mesti seronokkan tengok aku kena marah dengan Prof esok. Sebab tu, engkau tak nak kejut aku! “ Akmal dan Muhammad, masing-masing tidak mahu mengalah.
Shauqi yang turut sama berada di dalam bilik itu menekup kedua telinganya. Tidak tahan dia menadah telinga mendengar perang mulut dua orang rakannya.
“ Hoi! Diamlah! “ Laungan Shauqi tidak didengari. Akmal dan Muhammad masih seperti tadi.
Pintu bilik dikuak. Halim kini berada di muka pintu. Akmal dan Muhamamd yang baru sahaja hendak bertumbuk, menangguhkan langkah.
“ Assalamualaikum.. “ Pintu bilik ditutup. Halim menghampiri katilnya tanpa mempedulikan rakan-rakannya yang sedang memerhati.
“ Hai... tengah-tengah malam macam gini pun.. nak berlakon jugak? Drama mana pulak korang tiru? “ Halim cuba berjenaka meskipun hatinya sedang menderita.
“ Aku nak tidur dulu. Penat. Assalamualaikum.. “
Aku tak percaya yang kau tak mampu kawal perasaan kau. Lelaki dikurniakan sembilan akal bersama satu nafsu, Shauqi. Gunakan kehebatan sembilan akal kau itu untuk mengawal satu nafsu.


SHAUQI pegang kata-kata itu. Kini, berhampiran dengannya ada gadis yang diminati dalam diam. Shauqi berkali-kali istighfar. Menahan dirinya dari memandang gadis itu. Sejujurnya, Shauqi langsung tidak mengenali gadis itu. Yang diketahui, hanya namanya sahaja. Bukan tidak mahu, Cuma ini bukan masa yang sesuai untuk menyelidik latar belakang. Jika tiba masanya nanti, akan dihantar wakil ke rumah gadis itu untuk tujuan merisik.

Debar hatiku, membisik rindu,
Ingin aku nyatakan, kau gadis idaman,
Adakah mungkin, kauku miliki,
Untuk aku jadikan,
Insan bernama kekasih...

Lirik itu berlegar-legar di ruang fikiran Shauqi. Terus dia memadam. Mengalihkan perhatiannya kepada buku yang berada di hadapan mata.
Ya, ALLAH.. lindungilah hatiku.. doa Shauqi di dalam hati.


15 Mac 2006, 8.50 p.m.

USAI bertafakur, Halim berehat sejenak di ruang legar Masjid Al-Falah. Dia masih belum selesai memikirkan arah tuju hidupnya bersama kenangan Hijanah, kekasih hati. Kata-kata Akmal berbaur nasihat menerjah ke ruang fikiran.

Ingatan Hijanah yang masih menghantui atau aku yang merelakan diriku jadi begini? Kalau aku nak, aku boleh lupakan dia. Cuma aku yang tak berusaha. Aku lebih suka hidup bersama kenangan Hijanah sehingga menyebabkan diriku sendiri terseksa. Umi sudah banyak kali nasihat. Aku pura-pura mendengar, tetapi diriku tetap sama. Patutkah in? Melukai hati umi hanya kerana kecewa dalam percintaan. Benarlah kata Hijanah, cinta itu indah, tetapi yang pahitnya apabila hendak menanggung kekecewaan. Aku menggunakan masa empat tahun untuk sembuh dari kekecewaan ini. Tidakkah itu terlalu mengabaikan masa aku? Siapa kata aku tidak boleh hidup bersama cinta Hijanah? Aku boleh! Itu hak aku! Cuma, aku tak perlu merubah diri sendiri. Hiduplah seperti biasa. Ini bukan diriku yang sebenar. Mungkin, diri ini bukan yang Hijanah cintai...

Halim bangkit. Dia mesti bertekad. Mengubah dirinya kembali. Perubahannya sebelum ini hanya memberi keburukan daripada kebaikan. Manusia memerlukan perubahan yang baik, bukan buruk!


“ APA ni, Ayu? “ Shauqi mengajukan soalan sambil memberikan kembali hadiah sebuah album gambar-gambar milik Ayu.
“ Oh! Ayu bagi pada Abang supaya Abang boleh simpan gambar-gambar Ayu. “ Hish...budak ni, memang nak kena ajar.
“ Ayu, tolong..lah.. saya merayu pada awak. Hentikan tabiat-tabiat bagi hadiah ini. Kenapa awak ni? Tak sudah-sudah nak kacau saya. “ Wajah Ayu tetap seperti tadi. Tersenyum meleret ke arahnya.
“ Alah... Abang Shauqi, tak kenal maka tak cinta. Abang Shauqi kenal-kenallah saya melalui gambar-gambar saya ni.. “ Shauqi bangun dari duduknya.
“ Tolonglah.. Ayu. Jangan kacau saya lagi selepas ni. Saya dah nak tunang cuti semester nanti. Kalau bakal tunang saya tahu, macamana? Maafkan saya sebab kecewakan awak. Tapi, saya bakal milik orang lain. Tolong..lah faham. “ Shauqi berlalu pergi. Raut kecewa Ayu jelas kelihatan. Sia-sia sahaja penantiannya selama ini.


“ KURANG asam punya kawan! Ambik ni! “ Satu tumbukan lemah hinggap di wajah kacak Shauqi. Shauqi terbaring di atas katil.
“ Hoi! Apa ni? Balik tak bagi salam... lepas tu, tumbuk muka aku pulak! “ Shauqi menggosok-gosok lembut pipinya. Wajah bengis Muhammad direnung tajam. Muhammad tidak mengaku kalah. Kolar baju Shauqi ditarik kasar.
“ Oh.. sampai dah kecoh satu kampus ni.. engkau boleh buat-buat tak tahu? “
“ Tahu apa? Engkau ni.. apsal macam singa terlepas kandang tiba-tiba? “
“ Satu kampus dah kecoh pasal kau nak tunang waktu cuti nanti. Tapi, kitaorang yang kawan sebilik kau ni pun tak tahu! “ Kolar baju dilepas ganas.
“ Tunang?! Siapa cakap?! “
“ Entah! Dah kecoh satu kampus ni. “ Shauqi keliru bercampur pelik. Shauqi tunang? Siapa yang sebarkan?
“ Masya-ALLAH... Ayu!!! “


SHAUQI gagal untuk mengawal keadaan. Ayu bertindak lebih ganas. Berita pertunangan Shauqi dengan gadis misteri dijadikan poster dan ditampal di seluruh kawasan kampus. Shauqi sudah putus asa. Biarlah semua orang tahu berita pertunangannya. Akhirnya, peminat-peminatnya yang lain akan putus asa dan akan berhenti melakukan tindakan-tindakan yang tidak wajar terhadapnya.
“ Assalamualaikum, kawan! “ Halim melangkah masuk bersama wajah ceria. Shauqi menjawab salam sambil menghayati bait-bait lirik Wanita nyanyian Dehearty yang sedang berkumandang di setiap sudut biliknya. Matanya dihalakan ke siling.
Halim merebahkan badannya ke atas katil dengan kasar. Halim kini sudah pecah dari kepompong dahulu yang membelenggu dirinya. Halim boleh diibaratkan seperti seekor rama-rama yang cantik. Bukan hendak dikatakan Halim kini lebih cantik, tetapi keperibadiannya lebih cantik dengan dirinya berbanding sebelum ini.
“ Shauqi! “ Shauqi tidak menyahut. Dirinya khayal mendengar lagu kegemarannya itu.
“ Shauqi! “
“ Apa?! Aku tengah dengar lagu ni. Janganlah bising. “ Halim bingkas dari baringannya. Komputer dihampiri. Jari-jemari Halim pantas menekan punat stop pada Windows Media Player komputernya.
“ Dah boleh bising? “ Shauqi mendengus kasar.
“ Apa dia? “
“ Tadi.. “ Halim menarik kerusi. Kemudian, melabuhkan punggung di sebelah katil Shauqi.
“ Aku terserempak dengan poster pertunangan kau tadi. Masa tu, aku nampak salah seorang peminat kau pandang... aje poster tu. Mula-mula dia sedih.. lepas tu, dia senyum sensorang. “ Shauqi mendengar, acuh tidak acuh.
“ Peminat aku yang mana satu? “
“ Budak junior. Siapa tu.. nama dia.. aa.. “ Halim memegang kepalanya. Cuba mengingati nama gadis sepersatuan dengannya itu.
“ Aa.. Siti Zulaikha! “
“ Siti Zulaikha?! “ Mata Shauqi terbeliak. Rahangnya hampir ternganga besar. Siti Zulaikha, pujaan hatiku?
“ Engkau betul-betul sure Siti Zulaikha junior kita tu? “ Bahu Halim digoncang berkali-kali. Shauqi tidak sabar untuk mendapatkan kepastian.
“ Ya... Siti Zulaikha yang satu kelab dengan aku tu.. “ Shauqi terjelepuk.
“ Dia ke, gadis yang sebabkan wujudnya cinta dalam hati kau? “ Shauqi diam tidak menjawab.
“ Halim, bukan dia yang minat aku, tapi aku yang minat dia. “


“ ASTAGHFIRULLAHAL’AZIM.. “ Akmal meraup wajahnya. Dia mengigau lagi. Wajahnya penuh dengan peluh.
“ Engkau ni, apsal? Asyik mengigau aje.. “ Muhammad bermain-main dengan pennya sambil membaca nota. Kini, hanya dia dan Akmal yang masih terjaga.
“ Pukul berapa sekarang? “
“ Dua belas setengah. Eemm.. elok sangatlah tu. Best jugak kalau kau mengigau tiap-tiap hari. Tak payahlah aku nak laksanakan part time job aku untuk kejut kau. “
Akmal mencapai bantal kepalanya.
“ Diamlah! “ Wajah Muhammad diserang bantal dengan tepatnya.


PAP! PAP! PAP!
“ Bangun! Bangkit! “ Akmal tidak mempedulikan. Pukulan Muhammad menggunakan bantal tidak akan berjaya menghalangnya dari menikmati tidur.
“ Hoi, bawang! Bangunlah! Dah pandai sangat ke?! Tak reti-reti nak pergi kuliah?! “ Akmal masih seperti tadi. Malah, semakin galak dia menarik selimut.
“ Eh, Amal! Bangunlah! “ Satu lagi pukulan hinggap ke badan Akmal.
“ Mad, cuba kau kejut elok-elok. Makin ganas, makin nyenyak pulak dia tidur.. “ kata Halim yang sudah berkira-kira hendak menyarung kasut.
“ Aku dah kata.. jangan bagi dia tidur lepas subuh.. inilah akibatnya.. “ Muhammad sudah bersedia untuk melembutkan hatinya demi mengejut Akmal dengan penuh kasih sayang.
“ Amal.. Amal.. sayang.. bangunlah.. tak nak pergi kuliah ke? Amal.. “ Terdengar dengkuran Akmal yang agak kuat.
“ Ah! Dahlah! Lantak kaulah! “


SEGALANYA bermain semula di dalam kotak fikiran Akmal. Kisah lama menghantui diri. Kejadian tragis penuh ngeri. Akmal sangka segalanya sudah selesai. Dirinya tidak lagi dibelenggu citra sedih. Ternyata sangkaannya meleset. Pelbagai penawar hati sudah dicuba, namun semua itu tidak berkesan. Semakin ingin dilupa, semakin kuat menghantui.
Bermula dari sebuah panggilan peribadi. Seorang ayah menagih kata setuju daripada seorang anak. Akmal masih sepi dan sunyi tanpa balasan. Cuba menangguh isu yang dibangkitkan. Cuti semester nanti akan menjadi penentuan. Kepada sebuah hidup baru di masa hadapan.
“ Mal, jom! Makan! “
“ Tak naklah. Aku ngantuk. Korang tapaukan untuk aku. “ Muhammad beredar bersama dua orang lagi rakannya. Akmal ditinggalkan sendirian di dalam bilik, melayan perasaan.



SHAUQI merenung siling. Matanya di situ tetapi fikirannya di tempat lain. Perbualan bersama Halim pagi tadi menerjah ke laman ingatan.

“ Siti Zulaikha dah nak bertunang cuti semester ni. “
“ Apa?! Kau biar betul? “
“ Betul! Aku dengar kawan-kawan dia berbual tadi. “
“ Engkau curi dengar orang perempuan berbual? “
“ Bukan! Aku lalu kat sebelah diaorang. Dengan tak sengaja, terdengar. “
“ Mungkin.. jodoh aku bukan dengan dia. “

Wah! Senangnya aku cakap macam tu. Aku boleh terima ke, kalau dia bukan milikku? Apalah, Shauqi! Cakap senang, hati yang terluka, susah nak pulih..


Shauqi bingkas. Telefon bimbit yang berada di atas meja komputer dicapai. Kini, Umi kesayangan menjadi sasaran utama. Dia perlu mengutarakan hasratnya demi merawat hati yang terluka.
“ Assalamualaikum, Umi.. “
“ Waalaikumussalam.. apa mimpi telefon Umi hari ni? “
“ Umi, Shauqi nak kahwin. “
“ Kahwin? “
“ Haah, Umi. Shauqi nak kahwin. Cuti semester nanti, Shauqi balik. Shauqi nak tunang masa tu. Lepas raya nanti, terus kahwin. Umi pilihkan ajelah sesiapa. Janji, akhlak muslimahnya elok. “
“ Shauqi.. Shauqi sihat ke tak ni? “
“ Umi, Shauqi tak main-main. Cuti semester ada dua minggu lagi. Jangan lupa, tau!“


Akan kuserah cinta ini,
Bukan lagi pada manusia,
Kerana cinta martabat itu,
Bersalut segunung kepalsuan.. dan kepuraan..

“ HAI, tengah frust bercinta ke? “ Halim mendekati komputer. Ada satu kerja ringkas yang perlu disiapkan dengan segera. Seorang rakannya sedang menunggu di bawah.
“ Lebih kurang macam gitulah.. “ Wajah Shauqi selamba dan bersahaja. Majalah Fokus menjadi tarikan untuk dibaca ketika ini.
“ Kalau frust.. biar aku hadiahkan satu lagu ni.. untuk kau! “ Halim beredar. Kini, lagu bertukar. Nyanyian daripada kumpulan nasyid Haikal, Dugaan Kasih.

Wahai, teman usah kenangkan,
Kisah cintamu yang amat memilukan,
Ditinggalkan kekasih hati,
Impian hidup tiada erti lagi..
Diri kecewa hampa dan duka,
Derita seakan tiada hujungnya,
Arah hidupmu tidak menentu,
Tiada insan dapat membantu..


27 May 2006

“ BUKANNYA Amal tak nak.. Cuma Amal masih belum bersedia lagi. “ Akmal menghempaskan badannya ke atas sofa tanda memprotes.
“ Amal, Amirah dah.. “
“ Ma, apsal nama Amirah yang diungkit? Dia tak ada kena-mengena dalam hal ni. “
“ Amal, dia pernah ada kena-mengena dalam hidup Amal. “ Mama Akmal mengingatkan. Ayahnya pula, bertindak sebagai pendengar. Tidak rasa hendak bersuara.
“ Itu dulu.. sekarang dah tak. “
“ Amal boleh buktikan kepada mama yang sekarang dia dah tak ada kena-mengena dengan Amal? “ Akmal terdiam. Jawapan apa lagi yang perlu diberikan.
“ Mal nak naik atas. Penat. Nak rehat. “ Akmal bangun. Luka lamanya berdarah kembali.


ESOK Shauqi tunang! Siapa sangka, khabar angin yang disebarkan di seluruh kampus hampir menjadi nyata. Shauqi sendiri belum mengetahui siapa bakal permaisuri hatinya.
Shauqi menghirup udara segar sambil menikmati keindahan malam. Dipandang ke atas, kelihatan bentangan langit tergantung tanpa tali. Dicorokkan dengan kilauan bintang-bintang yang menemani cahaya bulan.
Subhana-ALLAH.. ucap Shauqi di dalam hati. Di bibirnya, tercalit seukir senyuman.
“ Shauqi.. “ Umi Shauqi menghampiri anak kesayangannya. Anak sulungnya itu menghadiahkan senyuman.
“ Umi nak tanya buat kali terakhir. Shauqi tak main-main,kan? “ Terdengar gelakan kecil daripada Shauqi. Tak percaya lagi ke, Umi?..
“ Umi ni.. hal macam ni.. mana boleh main-main.. Shauqi serius, Umi. “ Antara mereka sunyi seketika.
“ Umi.. siapa nama dia? “
“ Siti Khadijah binti Sulaiman. “ Terbeliak bulat mata Shauqi.
“ Kijah gajah? “ Umi Shauqi tergelak mendengar panggilan berbaur ejekan zaman kanak-kanak itu.
“ Ya.. Siti Khadijah yang main-main dengan Shauqi waktu kecik dulu. “
“ Wah... dah lama tak jumpa dia. Bukan diaorang dah pindah ke, Umi? “
“ Baru-baru ni.. diaorang pindah balik ke kampung ni. Pak cik Sulaiman dah bersara. Nak berehat di kampung. Esok.. adik dia pun bertunang sekali. Siapa nama adik dia tu, Shauqi? “
“ Emas palsu! “ Shauqi dan Uminya tergelak lagi. Lagi satu nama panggilan yang dihadiahkan oleh Shauqi kepada adik bakal tunangnya itu.
“ Nama sebenarnya apa? “
“ Shauqi tak ingatlah.. Umi. Dah lama sangat tak jumpa.. “
“ Haah! Elok sangatlah tu. Panggil bakal adik ipar dengan tunang sendiri nama-nama macam tu! Buatnya.. Khadijah tu putuskan tunang.. merana kamu! “


MUHAMMAD terjelepuk di atas lantai. Tidak percaya dengan apa yang baru sahaja didengarinya. Masakan berita seberat ini dia langsung tidak dikhabarkan? Ini boleh dikatakan satu tindakan yang kejam. Mengikut logik akal, keluarganya tidak seharusnya melakukan sebegitu. Muhammad rasa tertipu.
“ Sakinah di mana sekarang? “ Tiada seorang pun yang menjawab.
“ Mak, Mad tanya ni. Sakinah mana? “
“ Dia ada di hospital. “
“ Hospital mana? “
“ Hospital Kuala Lumpur. “
“ Ok! Mad balik K.L esok pagi jugak! “


“ ASTAGHFIRULLAHAL’AZIM.. kau biar betul? “
“ Engkau ingat, aku nak main-main bab macam gini? Sakinah betul-betul accident. Dah dua minggu. Family aku tak inform kat aku sebab tak nak pelajaran aku terganggu. Satu alasan yang aku tak dapat terima. “ Akmal merenung langit malam melalui beranda biliknya sambil memegang telefon bimbit dengan tangan kanan.
“ Mad, janganlah marah-marah. Keluarga kau ada sebab untuk buat macam gitu. Daripada diaorang buat semua tu langsung tak bersebab. Lepas ni, apa plan kau? “ Muhammad juga sedang merenung langit. Kedinginan malam dikelilingi pohon-pohon menghijau di Taman Idaman rumahnya amat terasa.
“ Aku akan ke K.L pagi esok. “
“ Teruk sangat ke, keadaan adik kau? “
“ Dia koma, Mal.. “ suara Muhammad sayu.
“ Astaghfirullahal’Azim.. “


Siti Zulaikha engkaulah permata
Penghias seri taman syurgawi
Kasihmu tiada tolok bandingnya
Tersimpul cinta bersama redha-NYA..
Siti Zulaikha serikandi kasih suci
Sejernih embun yang putih berseri
Megahlah berdiri tugu cinta ini
Tegak bersama kasih abadi..



“ ASSALAMUALAIKUM... “
“ Waalaikumussalam.. Halim,engkau ni.. pasang caller ringtone lagu tu.. buat sedih hati aku aje. “
“ Alah.. yang telefon aku bukannya kau sorang. Dalam hati kau aje Siti Zulaikha bertakhta. Hah! Amacam dengan majlis tunang kau esok? “ Halim menepuk seekor nyamuk yang hinggap di dahinya. Duduk di luar rumah sambil menikmati langit yang indah ada juga keburukannya. Nyamuk yang lapar ingin menghirup darah segar milik manusia.
“ Insya-ALLAH.. esok pagi, aku akan bergelar tunang orang. Termakbullah sebutan orang-orang kat kampus pasal Shauqi nak tunang masa cuti. “ Shauqi cuba tersenyum ikhlas memandang bulan, tetapi keikhlasannya belum cukup seratus peratus.
“ Siapa nama dia? “
“ Siti Khadijah. “
“ Oh.. lepas ni.. aku letak caller ringtone Siti Khadijah daripada inteam pulaklah! “
“ Perli akulah tu.. “


Ya, ALLAH.. tenangkanlah hati aku yang sedang berdegup ini. Tabahkanlah hati aku tatkala bertemu adik yang tersayang. Satu-satunya adik perempuanku di dunia ini. Kuatkanlah mataku untuk melihat penderitaan yang dialami adikku..

Muhammad melontarkan pandangan ke luar tingkap. Apalagi yang boleh dilihat di dalam kekabusan pagi. Namun, Muhammad tetap memandang jauh. Cuba meluaskan fikirannya yang kusut. Wayar-wayar di dalam otaknya sudah terbelit. Sukar untuk dia meleraikan belitan itu. Muhammad tidak senang duduk mahupun tidur pada malam tadi. Risau mengenangkan keadaan adiknya.
Uminya bercerita dengan lebih terperinci. Adiknya dilanggar oleh sebuah lori trak ketika menyeberangi jalan setelah pulang dari solat Subuh berjemaah di surau berdekatan asrama. Sedih yang dirasa oleh keluarga Muhammad sukar digambarkan.
Pada peringkat awal selepas pembedahan, keadaan Sakinah benar-benar lemah. Sehinggakan, doktor yang merawatnya tidak berani memberi harapan. Tetapi, semakin hari, dia kian pulih meskipun tidak sedarkan diri. Setelah dua minggu kejadian itu berlalu, doktor mengesahkan Sakinah berada dalam keadaan koma. Itu boleh dikatakan berita gembira berbanding laporan perubatan sebelum ini.


SHAUQI sesak nafas. Bagaikan tidak percaya apa yang dilihatnya ketika di rumah Pakcik Sulaiman tadi. Ternyata keputusannya terlalu terburu-buru. Akan bahagiakah dia selepas ini? Makin dijauhi, semakin dihampiri.
Siapa sangka, Siti Zulaikha, adik kandung Siti Khadijah yang ketika kecil dipanggil Emas Palsu.

“ Kenapa Abang panggil kita emas palsu? “
“ Sebab, nama awak ada Zul. Zulkan, nak dekat dengan Zhulian. Zhulian pulak, dalam kategori emas tiruan,kan? “
“ Eleh.. Abang tu, kunci! Shauqi, key, kunci! “

Shauqi gelak sendiri. Cuba menceriakan hatinya. Shauqi sudah pening memikirkan kisah cintanya.
Ya, ALLAH.. inilah dugaan daripada-MU..

PEDIH mata Muhammad menyaksikan adik kesayangannya terbaring lesu bersama balutan dikepalanya. Wayar-wayar yang berbelit-belit di sekeliling tangan gadis lemah itu ditenung. Semakin sakit mata dan hati Muhammad.
Tanpa dikawal, air mata Muhammad menitis. Ini adalah kali kedua adik tersayangnya ditimpa kemalangan. Yang lepas, risau Muhammad bukan main menggunung. Kini, mengalahkan Gunung Everest.
“ Sabarlah, Mad.. “ Bapa saudara Muhammad yang ditanggungjawabkan untuk menjenguk Sakinah setiap hari menenangkan keadaan.
“ Pak Su, Mad tak sanggup nak tengok lagi.. “ Muhammad merengek. Pak Su menggosok lembut bahu Muhammad.
Hai.. kamu baru sahaja tengok dah tak sanggup. Pak Su yang temankan dia setiap hari ni.. lebih sakit hati Pak Su.. monolog Pak Su.


AKMAL menghirup udara segar di ruang legar rumahnya. Permintaan ibu tersayang menerjah di ruang ingatan. Apa jawapan yang perlu diberikan? Sanggupkah dia membina sebuah harapan untuk dihancurkan kelak. Sekali perit menderita akibat cinta sudah mengajarnya untuk tidak menyebabkan pisang berbuah dua kali.

“ Amirah minta maaf, Amal.. “
“ Takpe, mungkin.. ini bukan jodoh kita.. “
“ Semudah itu Amal dapat terima? Amal tak marahkan Amirah? “
“ Kecewa bercinta sekali tak bermakna tak boleh bercinta lagi. “

Wah! Mudahnya kau ucapkan. Cakap tak serupa bikin, Amal! Akmal memarahi dirinya.


“ KAHWIN?! Hish.. Umi ni.. main-main ke? “ Halim menyuap goreng pisang panas ke dalam mulut.
“ Halim, umur kamu tu.. dah lanjut. Bila lagi nak berumahtangga? “
“ Umi, umur dah lanjut, tapi study belum habis. Susahlah! Nak belajar, sara anak dara orang, sara Umi. “
“ Haah! Umi dijadikan alasan. Umi bersyukur tengok Halim dah berubah. Mana tahu.. gadis itu sebaik Hijanah. “ Hati Halim bergetar. Nama Hijanah yang baru meniti di bibir uminya menarik perhatian. Umi memang pandai psikologi!
“ Umi jangan nak psiko Halim guna nama Hijanah pulak. Nanti-nantilah fikir pasal kahwin. Orang balik cuti sebab nak duduk ngan Umi. Umi nak bukak topik baru pulak.. “


BERKALI-kali Istikharah dilakukan oleh Shauqi. Kali ini, keputusan terburu-buru tidak patut dilakukan. Benarlah.. ikut hati mati, ikut badan binasa. Shauqi sudah tersilap langkah. Mampukah dia untuk membahagiakan Siti Khadijah kelak, dengan adanya Siti Zulaikha berhampiran.
Selepas ini, sanggupkah Shauqi memutuskan ikatan yang baru terjalin bersama si kakak? Sanggupkah Shauqi memutuskan ikatan suci antara Siti Zulaikha dan tunangnya?
Shauqi tersepit di tengah. Bagaikan ada dinding tinggi yang semakin menghampiri dan menghimpitnya. Keserabutan kepala otak Shauqi semakin terasa.
Ya, ALLAH... bantulah hamba-MU ini..


SHAUQI kaget. Sedang dia asyik termenung melihat keindahan pantai, matanya menangkap sepasang tangan gadis yang terkapai-kapai meminta bantuan. Bagaikan sedang lemas akibat diserang ombak kuat.
Pantas, dengan kelajuan yang ada, Shauqi berlari mendapatkan gadis itu. Berlagak umpama seorang hero menyelamatkan heroin.
Shauqi menjerit, melaung memanggil pengunjung-pengunjung yang lain di situ untuk turut sama membantu. Dapat juga sambutan hangat. Ramai-ramai menyelamatkan seorang gadis yang tidak bersalah.
Shauqi dapat melihat wajah gadis itu dengan jelas di dalam keramaian. Wajah yang cukup dikenalinya.
“ Siti Zulaikha?! “


“ ASTAGHFIRULLAHAL’AZIM.. “ Shauqi tersedar dari mimpi ngeri. Mimpi melihat Siti Zulaikha hampir lemas dan diselamatkannya. Rupa-rupanya, Shauqi tertidur sedang sibuk dia menonton televisyen sebentar tadi. Waktu solat Asar hampir masuk dan dia perlu segera bersiap.
“ Inikah petunjuk-NYA? “ Telefon di sebelahnya ditenung lama. Hal ini perlu diselesaikan segera! Jerit hati Shauqi.
Baru sahaja tangannya hendak mencapai gagang telefon, telefon rumahnya sudah berdering dahulu.
“ Assalamualaikum.. “
“ Waalaikumussalam, Abang Shauqi.. “
“ Khadijah?! “


“ Abang, Abang mesti tolong Khadijah kali ini. Pertunangan kita mesti diputuskan. “
“ Apa?! “
“ Betul! Hakim, tunang Zulaikha adalah kekasih hati Khadijah. Zulaikha pulak, cintakan Abang. “
“ Apa dia?! “

Ternganga mulut Shauqi tatkala mendengar penjelasan daripada tunangnya itu. Pening kepalanya hendak menyusun kembali plot cerita yang sebenar. Kucar-kacir kehidupannya buat seketika. Apabila diceritakan dengan panjang lebar oleh Siti Zulaikha, barulah Shauqi mengetahui dari pokok akarnya.
Siti Khadijah dan Abdul Hakim, yang kini adalah tunang Siti Zulaikha sebenarnya memendam perasaan masing-masing ketika sama-sama melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia. Akibat cemburu melihat kemesraan antara Abdul Hakim dan seorang gadis yang tidak diketahui adalah adiknya, Siti Khadijah mengambil langkah terburu-buru dengan bersikap dingin terhadap Abdul Hakim dan mengambil keputusan untuk bertunang dengan orang lain. Siti Khadijah tidak mengikuti kata akal, tetapi kata hati. Abdul Hakim yang kecewa terus bersetuju dengan pilihan calon isteri keluarganya tanpa mengetahui bahawa gadis itu adalah adik kandung Siti Khadijah pujaan hati.
Siti Zulaikha pula, menerima lamaran tanpa berfikir panjang akibat kecewa dengan berita palsu pertunangan Shauqi dengan gadis misteri yang tersebar di seluruh kampus. Dirasakan penantiannya memendam perasaan di dalam hati hanyalah sia-sia.
Shauqi pula, kerana hatinya terluka mendengar khabaran daripada Halim mengatakan gadis itu akan bertunang, serta-merta membuat keputusan untuk bertunang dengan calon isteri solehah pilihan umi.
Hari yang sepatutnya menjadi hari paling gembira bagi pasangan yang akan bertunang bertukar menjadi hari penuh keliru bagi empat orang anak muda ini. Identiti mereka berempat terbuka tatkala masing-masing sudah bertukar pasangan. Tujuan Siti Khadijah menelefon adalah untuk membaikpulih keadaan memandangkan dia tahu adiknya memendam rasa terhadap Shauqi meskipun dia tidak tahu adakah Shauqi turut sama memendam perasaan.
Kesimpulannya yang dapat diambil dari kekeliruan ini ialah sikap terburu-buru membawa padah. Mengikut kata hati kelak akan binasa. Shauqi kini sedang pening kepala memikirkan cara untuk memulihkan keadaan yang sudah sedia ada berserabut.


MUHAMMAD menggenggam erat tangan adiknya. Cuba memberikan semangat agar adiknya sedar semula. Luka di kepala Sakinah semakin pulih. Muhammad bersyukur kerana sekurang-kurangnya, ada berita baik tentang adiknya yang dapat menggembirakan hati.
Wajah adiknya ditenung lembut. Dalam hati, Muhammad berkata,
Bukalah, wahai mata..
Wajah Muhammad disembamkan di atas tilam empuk itu. Muhammad cuba menahan sayu yang bertandang dalam hatinya. Sendunya kedengaran dalam kesunyian bilik berhawa dingin itu.
“ Abang.. “ Jantung Muhammad bagai direntap mendengar suara merdu itu menyapa. Perlahan-lahan, kepala Muhammad diangkat.
“ Sakinah? “
“ Assalamualaikum, Abang Mad. Sorry, Sakinah susahkan Abang lagi! “


SEBULAN KEMUDIAN

“ DERITA cinta apa yang kau tanggung? “
“ Ditinggalkan cinta Amirah dan disapa cinta Fatimah.. “ Akmal tersenyum lebar tatkala menjawab soalan cepu emas Muhammad ketika mereka sedang menjamu makan malam.
“ Engkau pulak, Shauqi? “
“ Derita menyusun plot percintaan empat segi. Sebenarnya, dua segi aje. Bila dah dibelit-belit, jadi empat segi! “
“ Kalau nak tanya aku.. korang semua dah tahu... “ akui Halim. Dia tidak semuram dulu apabila membicarakan soal Hijanah atau cinta. Masing-masing diam sebentar. Melayan perasaan.
Akmal kini bertunang dengan Fatimah, anak kawan bapanya. Shauqi tidak lama lagi akan mendirikan baitulmuslim bersama Siti Zulaikha kekasih hati. Manakala Halim masih menanti si pembuka pintu hati bagi menggantikan Hijanah.
Tiga pasang mata kini tertumpu pada wajah Muhammad. Mereka bertanya serentak,
“ Engkau derita cinta apa?! “
“ Derita menanggung cinta terhadap adik sendiri! Boleh diterima jugak,kan?! “

:wink:
 
 
       Kerabat Devotees Forum Index -> Karya Kreatif
Page 1 of 1


This page is a free forum hosting archive page from a ForumWise free forum.
Powered by phpBB ©