|
| Author |
Message |
haziq_ukmkl
|
| Wed Jun 06, 2007 6:15 pm .::ALBUM TERBARU NAZREY JOHANI::. |
|
|
Assalamualaikum...
Sekian lama tidak mendengar suara beliau yang lunak merdu, Nazrey Johani kini tampil dengan album solo beliau yang pertama berjudul Syahadah terbitan Inteam Records Sdn. Bhd.
Ini menjadikan Nazrey Johani solo nasyid yang ketiga diterbitkan albumnya oleh IRSB selepas Ustaz Akhil Hayy dan Nordin Jaafar.
Album yang mengandungi 9 lagu dan satu zikir ini merupakan buah tangan beliau kepada penyokong semua setelah mula bergerak secara solo dan menumpukan kepada dakwah secara serius di kampung halamannya di Sabah.
Beliau turut berduet dengan Ustaz Akhil Hayy dalam lagu Suara Hidayah dan bersama Dak Mie (Azmi ex-Barongan) dalam zikir Nur Tasbihat.
Album ini boleh didapati dipasaran dengan harga RM 24.90 CD dan RM 15.90 kaset.
Berikut adalah track listing album Syahadah:
1. Nur Tasbihat (Duet bersama Dak Mie)
2. Kekasih Yang Dirindu
3. Suara Hidayah (Duet bersama Ustaz Akhil Hayy)
4. Dekat Di hatiku
5. Kenangan Indah (Cover Version Dunia Baru Islam)
6. Salam
7. Selawat Kepada Rasul
8. Dia Yang Satu (Syahadah)
9. Nasihat Buat Adik
10. Kelungung (Versi Bahasa Dusun)
Dapatkan yang original di pasaran sekarang!!! |
|
|
|
LiM
|
| Thu Jun 07, 2007 1:29 am |
|
|
AIK....NAZREY BUKAN KUAR DARI RAIHAN SEBAB NAK STOP NASYID KER....??
KONPIUS2.... |
|
|
|
nasyahidah
|
| Thu Jun 07, 2007 10:02 am |
|
|
| haah la.... dgr citer gtu gak la. die x nk bernasyid lg sbb nk uruskn perniagaan sdiri. die hny akan bnasyid kadang2 je..cm bila ade jemputan ke cm tu la lbh kurang |
|
|
|
haziq_ukmkl
|
| Sat Jun 09, 2007 7:11 pm |
|
|
| Usaha dakwah tu tak pernah habis sampaila kita menemui ajal rite?Rehat pada da'ei tu merupakan satu kelalaian |
|
|
|
| |