 |
Kerabat Devotees ....Ahlan Wasahlan Wa marhaban Bikum....
|
|
| Author |
Message |
daiyahucop
|
| Thu Mar 01, 2007 8:13 pm doa perpisahan(editing "kau sahabat kau teman".... |
|
|
Doa Perpisahan
“Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci”
Itulah ucapan yang terungkai di bibir Syamel ketika nyawanya bagai telur dihujung tanduk,setelah lafaz ungkap itu,Syamel meninggalkan Khuzairi sendirian buat selama-lamanyaa.
* * *
“Eh, apa hal ni, tak nampak orang ke, hah?!”tengking Khuzairi.
“Apa hal pulak dengan kau ni, siapa yang tolak siapa sekarang ni?!!” balas pelajar tersebut.
“Eh..kau ni, cari pasal ke, nak kena belasah ?! “herdik Khuzairi yang mula naik marah.
“Hei..Khuzairi, kau nak panggil siapa belasah aku, siapa kawan kau, setahu akulah, kau mana ada kawan, wei, sedarlah diri kau tu sikit!!!!!” kata pelajar tersebut.
“Okey,aku tahulah kau tu ramai kawan,aku tak ada kawan!” kata Khuzairi lalu pergi meninggalkan mereka dalam keadaan bengang.
“Kurang ajar betul, nanti kau Nizam, kalau aku dapat kau,aku belasah cukup-cukup!!”kata Khuzairi sendirian melepaskan geramnya.
“Khuzairi…?” teriak seorang pelajar bernama Syamel.
“Hah,nak apa….?!!” tengking Khuzairi.
“Heh,janganlah marah-marah, aku kan panggil kau baik-baik, janganlah menengking!”marah Syamel semula.
“Maaflah kalau aku menyinggung kau, aku ingat siapa tadi, nak apa ni?!” kata Khuzairi pula.
“Oh..kalau macam tu tak apalah, janganlah lepaskan kemarahan kau tu kepada orang lain,tak baiklah,tadi kau gaduh dengan Nizam, kan?!” Syamel menyoal.
“Dah tak payah nak berceramah kat sini,suka hati akulah nak gaduh dengan siapa pun, yang kau tu sibuk apa hal?!!”tengking Khuzairi.
“Tak adalah, tengoklah tu, aku baru cakap sikit dah mengamuk, banyakkan bersabar, kawal panas baran kau tu!”Syamel tetap dengan syarahannya.
“Hoi, aku malaslah nak dengar ceramah kau tu, membosankan, apa pasal kau sibuk sangat hal aku ni?!” kata Khuzairi sambil bangun meninggalkan Syamel.
“Ada sebab aku nak kawan dengan kau, aku pun memang suka berkawan dengan kau, eh…mana kau nak pergi tu?!” kata Syamel yang kemudiannya turut bangun mengejar Khuzairi.
“Heh, jangan ikutlah, aku bukannya kawan kau, pergi, aku tak ada kawan kat sini, faham tak?!”katanya sambil pergi meninggalkan Syamel termanggu keseorangan.
Syamel terasa agak hampa kerana tidak dapat berkawan dengan Khuzairi, dia mahu berkawan dengan Khuzairi kerana wajahnya mengingatkan Syamel kepada sahabat sejatinya yang telah meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang, rakannya itu yang koma selama beberapa bulan,akhirnya menyahut seruan Illahi dikala Takbir Hari Raya Aidilfitri bergema,sayup hati hanya tuhan sahaja yang tahu.Rakannya ‘pergi’ ketika Syamel sedang membisikkan dua kalimah syahadah di cuping telinga rakannya.
* * * |
|
|
|
daiyahucop
|
| Thu Mar 01, 2007 8:14 pm |
|
|
“Hey, Khuzairi, mari sini kau!!”panggil seorang pelajar ketika Khuzairi mahu pulang ke rumahnya.
“Hah..nak apa!?”kata Khuzairi.
“Eh..kau Nizam, nak apa ni, nak cari gaduh lagi ke?!”kata Khuzairi yang dapat membaca apa yang mahu dilakukan oleh Nizam.
“Hah,apa lagi yang kamu orang semua tunggu,belasahlah dia!!”Nizam memberikan arahan.
“Eh,apa ni,kau main kotor Nizam, aku takkan lepaskan kau nanti!”kata Khuzairi sambil cuba menyelamatkan diri tapi semuanya sia-sia.Khuzairi dibelasah dengan teruk sekali,jeritan meminta tolong tidak diendahkan,Amin tergelak besar, sungguh puas hatinya kerana dendamnya terbalas.
Jeritan itu akhirnya didengari oleh Syamel, Syamel berlari untuk memberikan pertolongan.
“Woi, apa yang kau buat tu,Nizam, kau nak jadi samseng sekolah ,dah serik nak sekolah lagi ke?!!” jeritnya sambil membuka langkah silat Gerak Kilat yang dipelajarinya daripada ayahnya itu.
“Eh,Syamel,heh kau orang lari semua,kalau tidak,habis kita semua!”kata Nizam sambil melarikan diri meninggalkan Khuzairi yang hampir tidak bernyawa.
“Sya..mel,tolong aku,tolong aku,Syam…”pinta Khuzairi yang kemudiannya pengsan.
“Eh,alamak, Khuzairi,bangun,bangunlah jangan macam ni, kat sini pula boleh kau pengsan ekh!!, kat hospital tak boleh ke…!!”kata Syamel sambil menampar-nampar pipi Khuzairi.
Syamel kemudiannya pergi mencari guru sekolahnya untuk memaklumkan perkara yang telah terjadi.Tak lama kemudian guru sekolahnya dan beberapa orang lagi pelajar itu datang ke tempat dimana Khuzairi dipukul lantas membawa Khuzairi ke hospital berdekatan, mereka kemudiannya membuat laporan polis.
Selama seminggu lebih Khuzairi terlantar di hospital,kecederaan yang dialami Khuzairi agak serius, dia nyaris mengalami kelumpuhan di bahagian kanan badan.Namun, tiada seorang pun daripada keluarga Khuzairi yang datang menziarahinya,hanya Syamel dan kedua ibu bapanya,Izwan dan Balqis.Khuzairi amat terhutang budi kepada Syamel,dia malu dengan tindakannya tempoh hari.
“Syamel..” Khuzairi cuba memanggil Syamel ketika dia sedang sibuk mengemas katil Khuzairi.
“Yer, kenapa..kau ada nak apa-apa ke?” tanya Syamel.
“Eh..tak ada apa-apa,cuma nak berterima kasih kepada kau sebab sanggup tolong aku hari tu, kalau tidak, dah arwah agaknya aku ni.” kata Khuzairi sambil menunduk malu.
“Ooo, tak ada apa-apalah, umur kalau panjang, dipanah petir pun takkan mati,tapi kalau dah ajal, jatuh longkang pun boleh mati,betul tak?” kata Syamel pula.
“Yer…kenapa Nizam dengan yang lain tu lari bila kau datang,hah?!” Khuzairi inginkan kepastian.
“Oh..Nizam tu, aku kenal sangat, aku kenal dia dah lama, kita orang pernah belajar silat sama-sama dulu, tapi dia tak khatam belajar, sebab asyik saja ponteng, dulu dia baik, tapi sejak ibu bapa dia bercerai, dia mula berubah dan selalu campur dengan budak-budak liar, dia memang baik dulu, tapi keadaan yang tak menyebelahi dia”.Ujar Syamel.
“Lagipun kan aku dah cakap aku kawan kau,jadi aku patut tolong kau!” katanya lagi.
“Kau masih anggap aku ni kawan kau?” tanya Khuzairi.
“Iyalah, aku tak begitu memerlukan kawan yang ramai, kawan yang sentiasa ada untuk aku ketika senang, tapi aku mencari seorang kawan yang sentiasa ada dengan aku sama ada senang atau susah!” kata Syamel.
“Okey,kalau kau dah cakap macam tu,kita berjanji,kita kawan,sahabat dan teman sejati di dunia dan akhirat!” kata Khuzairi dan kemudiannya diikuti oleh Syamel. |
|
|
|
daiyahucop
|
| Thu Mar 01, 2007 8:15 pm |
|
|
“Andai jodoh persahabatan antara kita tidak kekal lama, aku nak kau tahu, doa aku akan senantiasa bersama kau” Syamel menambah.
“Aku nak panggil kau apa, Zai boleh, tak? kata Syamel.
“Zai…sedap juga, tak ada orang pun panggil aku dengan nama tu, kau pula,aku panggil Syam, okey?” kata Khuzairi pula.
“Em…bolehlah tu.” kata Syamel.
“Zai, mana keluarga kau, aku tak pernah nampak mereka sepanjang kau dekat sini?” Syamel bertanya.
“Hm…ntahlah,keluarga aku memang macam ni, sebab tulah aku jadi liar macam ni,agaknya kalau aku mati sekalipun dia orang takkan ambil peduli” kata Khuzairi yang malu dengan tindakan keluarganya itu.
* * *
Selepas keluar daripada hospital, siasatan terhadap kejadian itu dijalankan, dan diatas kerjasama yang diberikan, Nizam dan rakan-rakannya diberikan amaran keras dan digantung sekolah selama seminggu.Kini, setelah menyemai persahabatan itu selama beberapa bulan, keakraban mereka makin utuh, hanya Tuhan sahaja yang mampu memisahkan persahabatan mereka berdua, mereka berpegang kepada kata-kata ini…
‘Seorang kawan tidak akan menjadi musuh
jika tidak menerima bantuan,TETAPI
seorang musuh mungkin menjadi kawan
jika menerima bantuan.’
“Zai, aku nak tanya sikit ni, pada pendapat kau, kawan, teman dan sahabat tu apa bezanya?” Syamel mengutarakan soalan yang jarang sekali ditanya oleh kawan-kawannya sebelum ni.
“Em..bagi aku kawan tu, biasa saja, tak ada apa yang yang istimewa, kita kalau ada dengan dia, kita tak banyak cakap, kita banyak diam saja, tak reti nak berbual apa, orang macam ni ramai.Biasanya kawan untuk bergembira ni lebih ramai daripada kawan berduka, bukan begitu?.Teman dan sahabat bagi aku lebih kurang sama sahaja, itu terpulang kepada seseorang untuk mendefinisikannya, itu pendapat akulah, kau macam mana pula?”jawab Khuzairi dengan panjang lebarnya.
“Bagi aku pula,sahabat sejati adalah sahabat yang susah untuk kita temui.Sahabat yang baik,susah dicari,lebih sukar ditinggalkan,dan mustahil dilupakan.Pada aku, setiap ikatan itu bermula dengan ikatan yang dinamakan kawan, daripada ikatan inilah, ia terus-menerus menjadikan hubungan itu berpanjangan dan kekal, tapi ianya terpulang kepada semangat setiakawan yang ada.Ramai orang cakap,kita kena pandai pilih kawan, kerana kawan itu melambangkan peribadi kita.Teman yang sejati, sedia berkongsi segala duka kau bersama,dan dia akan sentiasa gembira jika kau gembira.Hm…itulah saja yang aku tahu.”kata Syamel dengan panjang lebarnya.
“Huh…panjangnya…eh hari itukan kau ada bawakan aku buku, aku ada baca satu kata-kata hikmah ,nak dengar?” ujar Khuzairi.
“Apa?!” jawab Syamel yang berminat untuk mengetahui.
“Sahabat yang soleh, malunya mengatasi perawan, beraninya mengatasi pahlawan, cintanya bukan pada gambaran, rindunya bukan pada pertemuan, tapi hatinya sarat dengan iman dan ketakwaan.Lagi satu ini dia, jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yang kita suka,kerana orang kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang,jangan cuba punyai apa yang kita sayang, tapi sayangilah dengan apa yang ada disisi kita. Macam mana?!” ujarnya lebih panjang dari Khuzairi.
“Oh…bagus yer,kau ambil dekat bahagian mana,tak pernah nampak pun?!”kata Syamel.
“Bahagian renungan!”kata khuzairi pula.
* * * |
|
|
|
daiyahucop
|
| Thu Mar 01, 2007 8:15 pm |
|
|
Hari demi hari persahabatan mereka kian utuh.Bulan bersilih ganti,dan bahang untuk menyambut bulan Ramadhan kian terasa.Dan cuti semester akhir dah pun bermula.
“Khuzairi, nak ikut aku balik?” tanya Syamel kepada Khuzairi.
“Ah…aku seganlah dengan mak ayah kau, boleh ke aku ikut?”tanya Khuzairi.
“Boleh, mak dan ayah aku takkan marah,jom!” kata Syamel sambil menarik
tangan Khuzairi berkemas sekali untuk pulang bersama-sama.
“Assalamualaikum..mak, Syam balik ni, tengoklan siapa yang ada sekali dengan Syam” kata Syamel kepada ibunya. “Waalaikum salam,eh…Syam, bila kau sampai, nak.Khuzairi,kamu apa khabar?”kata ibunya,Balqis yang agak terkejut melihat mereka berdua pulang.
“Baik,mak cik, saya sihat, mak cik apa khabar?”tanya Khuzairi pula.
“Baik, alhamdulillah.Masuk-masuk, jangan diri dekat luar, kamu apa khabar,Syam?” kata ibu itu sambil menyuruh mereka masuk.
“Sihat, mak,ayah mana?” Syamel bertanya kepada ibunya mengenai ayah kesayangannya itu.
“Emm…mana lagilah ayah kamu tu, dekat kebunlah, mana lagi dia nak pergi, semenjak dia pencen, susah nak lekat kat rumah, panas punggung dia!” celoteh ibu tua itu.
“Tak apalah mak, bukan ke berfaedah kerja tu, lebih baik daripada ayah duduk-duduk sahaja di rumah,kan ?” kata Syamel membela ayahnya itu.
“Yelah,bapak borek anak rintik!”sindir ibu itu,kelakuan mereka disusuli gelak tawa.
“Biasalah!”kat Syamel ringkas.
“Dah, pergi makan, Zai, Syam lepas makan pergi sembahyang.Lepas tu kamu pergilah jengukkan apa yang ayah kamu buat tu, tolonglah dia, tulang ayah kamu tu bukannya kuat lagi, faham!” kata ibu itu bagaikan komando memberikan arahan.
“Faham,Puan!”kata mereka serentak dan ibu itu hanya tersengih.
“Ayah….!”teriak Syamel.
Orang tua itu mengagahkan kakinya untuk bangun dan melihatkan adakah suara itu milik teruna kesayangannya itu yang memanggilnya.
“Ayah disini, nak!” ayah tua itu menyahut sebaik sahaja mendengar teriakan putera kesayangannya.
“Bila kamu balik, Syam, Zai apa khabar, nak?” kata ayah tua itu bertanyakan khabar sambil menghulurkan tangannya.
“Alhamdulillah, kami sihat, baru sahaja sampai, lepas makan dan sembahyang terus kami ke sini, ayah apa khabar?.Ini dia mak bekalkan kuih.” Kata Syamel sambil mengeluarkan kuih Seri Muka yang dibuat oleh ibunya.
“Ayah sihat, em..alhamdulillah, marilah kita makan sama-sama”kata ayahnya itu.
“Pak cik selalu ke habiskan masa kat kebun ni?” Zai bertanya.
“Emm….selalu,kalau tak ada apa-apa nak dibuat kat rumah tu, pak cik datanglah sini, tanam pokok ke, bunga ke, apa-apalah!”kata pak cik itu sambil menyuapkan kuih ke dalam mulut Syamel dan perhatikan dengan cemburunya oleh Khuzairi.
* * * |
|
|
|
daiyahucop
|
| Thu Mar 01, 2007 8:15 pm |
|
|
Kini sudah setengah bulan lebih Khuzairi duduk di rumah Syamel, dia merasakan amat bertuah kerana dapat merasai kenikmatan berpuasa dan berhari raya di kampung, dia sudah maklumkan keluarganya yang dia akan beraya di kampung Syamel.Suasana dan bahang hari raya kian dirasakan lebih-lebih lagi di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan.Mereka sekeluarga banyak menghabiskan masa di masjid.
Pada keesokkan hari, Syamel mengajak Khuzairi membeli persiapan Hari Raya Aidilfitri seperti baju, songkok dan sebagainya.
“Aduh, Zai, apa yang kau buat kat dalam tu lagi, lamanya, ni lah kali terakhir aku tunggu kau, lepas ni tak adalah, tinggallah!” teriak Syamel yang sudah jenuh menunggu Khuzairi.
“Yelah, kejap, tunggu kejap, nanti aku turunlah!”kata Khuzairi yang mula gelabah.
“Mak, ayah nak kirim apa-apa tak?”Syamel bertanyakan kepada orang tuanya itu.
“Hmm…ayah dengan mak tak ada apa rasanya” jawab ayahnya.
“Mak,ayah,Syamel pergi dulu,nanti Syamel tak balik tahu,berbuka di luar, jaga diri baik-baik, Assalamualaikum.”kata Syamel.
Setelah itu,mereka berdua pun menaiki motorsikal pergi ke pusat membeli-belah berdekatan.
“Zai,kau nak beli apa dulu?” Tanya Syamel
"Kita pergi tengok kasut dulu, nak?!” Zai memberikan cadangan.
“Okey,cantik!” ujar Syamel.
“Erm, lepas ni jom kita pergi tengok baju dengan seluar pula?”kata
Khuzairi.
“Boleh, baju melayu tak payah beli sebab mak aku nak buat!”kata Syamel.
“Zai, cantik tak baju ni?” tanya Syamel sambil menunjukkan sehelai baju yang dibeleknya.
“Er, cantik, tapi yang ni lagi sesuai untuk kau,” kata Khuzairi pula
“Betul tu, tapi yang ni aku nak belikan kau, macam cantik jer kalu kau pakai” ujar Syamel
“Eh, buat susah kau saja, kenapa pulak?” tanya Khuzairi kehairanan
“Aku nak belikan kau sehelai baju,buat kenang-kenangan!”kata Syamel.
“Okey,tapi aku juga mesti belikan kau sesuatu,boleh?!”tanya Khuzairi.
“Aku tak nak, tapi kalau nak belikan boleh, warna putih, kosong, tak mahu ada corak!!.”ujar Syamel
“Pergh, banyak-banyak baju, yang itu kau pilih?” kata Khuzairi.
“Hehe”Syamel hanya ketawa sahaja.
Mereka kemudiannya mencuba pakaian yang dibeli di bilik persalinan.
“Wah…hensem, anak siapa nih?” usik Khuzairi
“Ceh, perlilah tuh, kau apa pasal tak cuba baju tu?” Tanya Syamel
“Sayanglah, hehe, aku da cuba tadi, dah salin balik dah, kau lambat sangat!!” herdik Khuzairi
“Aloh, pakailah balik, nak tengok, nanti dah tak sempat!” Syamel memaksa
Sedang mereka asyik membeli,laungan azan bergema.
“Eh..dah masuk waktu berbukalah,Ya Allah,tak sedar langsung!”kata Khuzairi.
Mereka kemudiannya mencari restoran berdekatan untuk berbuka puasa. Semasa berbuka puasa, hujan turun dengan lebat sekali, mereka berdua tak dapat untuk pulang dan terpaksa berteduh di perhentian bas.
“Khuzairi, boleh tolong tak?” pinta Syamel
“Apa hal nya?” jawab Khuzairi
“Aku ada belikan mak dan ayah aku kad raya, dengan kain baju nih, sebab mak aku kata, dia teringin sangat nak pakai baju nih, jadi, aku belikan, dan untuk ayah aku, bagi dia kasut nih ekh?”.kata Syamel |
|
|
|
daiyahucop
|
| Thu Mar 01, 2007 8:16 pm |
|
|
“Kau cakap dekat dia orang SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,anakanda memohon ampun,halalkan makan dan minum anakanda.”kata Syamel di turuti tawa kecil sambil menundukkan mukanya,Syamel dapat merasakan yang dia tidak berpeluang memberikan pesanan orang tuanya itu.
“Yelah,kenapalah malas sangat nak bagi sendiri,insyaAllah aku kirimkan apa yang kau katakan tu!”kata Khuzairi yang tidak faham disebalik kata-kata sahabatnya itu.
Sambil itu,Syamel mengeluarkan sebungkus beg plastik berisi kad ucapan dan sehelai baju yang mereka beli ketika membeli belah tadi.
“Nah,ni untuk kau,ingat jaga baik-baik tahu!” kata Syamel dan Khuzairi hanya mengangguk.
“Aku pun ada hadiah untuk kau,sehelai baju dan sekeping kad ucapan!”kata Khuzairi pula.
“Terima kasih!” kata Syamel ringkas.
Tetapi secara tiba-tiba kad ucapan daripada Khuzairi terkeluar daripada beg plastik itu dan tercampak ke jalan raya,dan tanpa menghiraukan kenderaan di kanan dan kiri,Syamel berlari untuk mendapatkan kad ucapan tersebut daripada dilanggar kereta.Ketika cuba mencapai kad tersebut,sebuah kereta pacuan empat roda memecut laju dan tanpa disedari telah melanggar Syamel,Syamel terkaku di tengah jalan,diam seribu bahasa.
“Syam…kereta,tepi Syam….Syamel..!” teriak Khuzairi.
Bummmm….bunyi kenderaan yang telah melanggar Syamel.Khuzairi terkejut melihat sahabatnya dilanggar kereta.
“Syam….!”jerit Khuzairi sekuat hati.Terkedu melihatkan sahabatnya dilambung, dilanggar kereta dihadapan matanya.
Pemandu itu keluar daripada keretanya untuk memberikan bantuan.
“Khuzairi berlari dan memangku sahabatnya yang terbujur kaku di jalan raya.Kepala dan anggota badan Syamel berlumuran darah,hadiah yang diberikan Khuzairi digenggam erat telah dibasahi darahnya.Diakhir kata Syamel…
“Zai,kata kat mak dengan ayah aku,aku sayangkan mereka,aku minta maaf sebab tak dapat jadi anak yang baik,kau tolong bagi songkok dan tudung tu,Zai.Zai aku nak minta kau jadi anak angkat mak dengan ayah aku,jaga mereka,sebab aku mungkin dah tak sempat…huk..huk!”kata Syamel yang nyawa-nyawa ikan.Darah semakin banyak keluar.
“Syam janganlah kau cakap macam tu,aku tak sanggup Syam…!”kata Khuzairi yang menangis teresak-esak.
“Janganlah macam tu Zai,aku rayu kau,tolonglah,aku tak sanggup nak tinggalkan mereka tanpa ada orang menjenguk…”kata Syamel yang semakin lemah.
“Jika itu kata kau,aku akan turuti,demi kau Syamel…Syam,
mengucap..sahabatku…asyhaduallahillah..”kata Khuzairi.
“Zai,kau sahabatku,kau teman sejatiku…”itulah kata-kata terakhir Syamel sebelum meninggal dunia.Dia tidak dapat diselamatkan kerana kehilangan banyak darah.Syamel meninggalkan dunia yang fana’ ini di dakapan Khuzairi yang ketika itu sedang membisikkan kalimah Allah S.W.T.
Orang tua Syamel terkejut mendengar berita kemalangan anak tunggal mereka itu,namun bagaimanapun mereka pasrah kehendak Tuhan Yang Maha Esa.Yang mereka mampu hanyalah redha atas segala-galanya.
“Di pagi Syawal yang hening,mak dan ayah Syamel bersama-sama Khuzairi menziarahi pusara Syamel,hadiah al-fatihah dihulurkan dan didahului dengan ucapan Assalamulaikum,dan bismilliah…
Setelah pulang dari pusara,Khuzairi melutut di depan mak dan ayah Syamel memohon ampun dan turut menyuarakan wasiat terakhir daripada arwah anak mereka.Tangisan hiba menyelubungi hening pagi itu,Khuzairi kemudiannya membuka kad ucapan yang di tulis oleh arwah sahabatnya,linangan air mata membasahi kad ucapan tersebut,dia membaca kata–kata akhir sahabatnya itu…
‘Sahabat itu wujud dari 1 pertemuan dengan 10 pertanyaan,100 keyakinan dan 1000 kali pengorbanan serta berjuta-juta kali perjuangan dengan 1 keikhlasan atas keredhaan Allah…’ dan dia menangis membaca watikah akhir Syamel iaitu.. |
|
|
|
daiyahucop
|
| Thu Mar 01, 2007 8:16 pm |
|
|
Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci
Keadaan pilu itu bertambah pilu apabila disisinya kedengaran lagu dendangan Brothers bertajuk ‘Doa Perpisahan”
Lagu itu berbunyi…
Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci
Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua
Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu
Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini
Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhai
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan
Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu
Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga... Tuhan berkatimu
Lagu itu hilang perlahan-lahan dari corong telinga Khuzairi,air matanya tidak dapat dibendung lagi.Orang tua Syamel turut mengalirkan mutiara berharga itu kerana anak kesayangan mereka telah meninggalkan mereka buat selama-lamanya.Khuzairi kemudiannya pergi dan memeluk kaki mereka, deraian airmata di biarkan berjujuran merentasi lintasan pipi dan hanya mereka sahaja kini yang tinggal di dunia yang fana’ ini.Moga Allah memberkati mereka dan ditempatkan Syamel didalam Khusnul Khotimah. |
|
|
|
daiyahucop
|
| Thu Mar 01, 2007 8:17 pm |
|
|
| ni sy edit ckit...nak tanye pendapat semua...kalu ade ape2 yg patut sy tmbah? |
|
|
|
LiM
|
| Fri Mar 02, 2007 4:49 pm |
|
|
HUHUHUHUH.....KITER SUKA CITER NI.....
SENANG SEBAB BANYAK DIALOG....
KAK DAIYAH TANAK CITER KE PASAL FAMILY KHUZAIRI YANG LEPAS TANGAN TU......DAH SEDIH2 TU...BAGI LA EPPI CIKIT...HOHO...
CADANGAN JER.... |
|
|
|
daiyahucop
|
| Fri Mar 02, 2007 7:20 pm |
|
|
LiM wrote: HUHUHUHUH.....KITER SUKA CITER NI.....
SENANG SEBAB BANYAK DIALOG....
KAK DAIYAH TANAK CITER KE PASAL FAMILY KHUZAIRI YANG LEPAS TANGAN TU......DAH SEDIH2 TU...BAGI LA EPPI CIKIT...HOHO...
CADANGAN JER....
syukran...blh aje...insyaAllah, akk akn pjgkan cerita ni....doakan akk berjaya... |
|
|
|
LiM
|
| Fri Mar 02, 2007 11:54 pm |
|
|
YO!
KAK DAIYAH...GO GO CHAIYOK!
HEHE.....
ADER BAKAT UNTOK BERKEMBANG MAJU...... :D |
|
|
|
daiyahucop
|
| Mon Mar 05, 2007 8:05 pm |
|
|
| syukran lim |
|
|
|
LiM
|
| Mon Mar 05, 2007 11:06 pm |
|
|
AFWAN......
LEN KALI BLEH EDIT LAGU LAIN PLAK YE...... |
|
|
|
daiyahucop
|
| Tue Mar 06, 2007 1:18 am |
|
|
| huhu, bleh aje |
|
|
|
| |
|