 |
Kerabat Devotees ....Ahlan Wasahlan Wa marhaban Bikum....
|
|
| Author |
Message |
aIn_aTIra
|
| Fri Feb 16, 2007 11:08 am malaikat memandikan jenazah |
|
|
ketika peperangan Uhud bermula,Hanzalah baru sahaja selesai melangsungkan perkahwinannya bersama gadis pilihannya & dia tak berkesempatan utk menyertai peperangan itu dr awl.semasa beliau mendapat berita tentang kekalahan tentera muslimin,beliau baru saja bersama dgn isterinya & belum sempat utk mandi janabah.beliau menangguhkan mandi janabahnya,lalu mencapai senjata lantas menuju ke tengah medan peperangan.beliau menyerbu masuk ke dalam barisan musuh yg sesak & berjuang bermati-matian sehingalah beliau menemui syahid.
mengikut syariat,jasad yg mati syahid tidak perlu dimandikan melainkan mandi janabah.oleh kerana para sahabat tidak mengetahui beliau perlu dimandikan terlebih dahulu kerana janabah,mereka terus mengebumikannya.sebaik saja jasadnya mahu dikebumikan,Rasulullah pun bersabda,'aku melihat para malaikat sedang memandikan mayat Hanzalah'.Abu Said Sa'adi berkata,'sebaik saja aku mendengar sabda Rasulullah ini terus saja aku k tempat Hanzalah & aku melihat dgn mataku sendiri kelihatan pd wajahnya titik2 air jatuh melalui rambutnya'.
Apabila peperangan telah berakhir & Rasulullah kembali ke Madinah,Baginda bertanya tentang Hanzalah & dr sini berita Hanzalah menangguhkan mandi janabahnya tersebar luas.peristiwa ini menggambarkan betapa sifat ketaqwaan & keperwiraan yg ada pd para sahabat.mereka tidak sanggup menangguhkan seruan jihad & lebih rela menjadi syahid dlm apa jua keadaan sekalipun.tiada lain yg menjadi impian mereka melainkan memenuhi janji Allah & RasulNYA serta syurga yg menjadi idaman. |
|
|
|
salbiah
|
| Mon Sep 17, 2007 8:28 pm |
|
|
| subahaallah.... |
|
|
|
cthajar
|
| Wed Nov 14, 2007 4:56 pm |
|
|
sape nk tau lebih lanjut pasal cerite ni....
bleh tanye kump Rabbani.....
coz diorang nyanyi lagu HANZALAH......
cube hayati lagu tu btol2.....
Insya Allah faham....... |
|
|
|
| |
|