Kerabat Devotees Forum Index Kerabat Devotees
....Ahlan Wasahlan Wa marhaban Bikum....
 

Sumayyah: Wanita Pertama Yang Syahid

 
       Kerabat Devotees Forum Index -> Kau Dihati
Author Message
zafira



Mon Feb 12, 2007 11:58 am   Sumayyah: Wanita Pertama Yang Syahid  

Yasir, seorang pendatang yang kemudian menetap di Mekah. Beliau hidup dalam kesusahan kerana dizalimi oleh pelbagai kabilah, dan tiada siapa yang melindungi beliau. Kehidupan beliau senantiasa di bawah penindasan oleh mereka yang tidak berhati perut...

Terpaksalah Yasir menyerahkan dirinya kepada Bani Makhzum. Beliau hidup di bawah kekuasaan Abu Hudzaifah, sehinggalah akhirnya dia dikahwinkan dengan hamba wanita yang bernama Sumayyah. Beliau hidup tenteram bersamanya. Hasil dari pernikahannya, lahirlah anak mereka berdua yang bernama Ammar dan Ubaidullah...

Tatkala Ammar bertambah dewasa, beliau mendengar tentang agama baru yang disampaikan oleh Muhammad SAW kepada beliau. Kemudian, berfikirlah Ammar sebagaimana berfikirnya penduduk Mekah. Kerana kesungguhannya dalam berfikir dan fitrahnya yang lurus, maka masuklah beliau ke dalam agama Islam...

Ammar kembali ke rumah dan menemui kedua orang tuanya. Beliau menceritakan kejadian yang beliau alami dan kemudiannya menawarkan kepada kedua orang tuanya untuk mengikuti dakwah yang baru tersebut. Ternyata Yasir dan Sumayyah menyahut dakwah yang penuh barakah tersebut dan bahkan mengumumkan keIslamannya, sehingga Sumayyah menjadi orang ketujuh yang menganut Islam...

Bani Makhzum yang mengetahui akan hal itu amat marah. Ammar dan keluarganya tidak menyembunyikan kenyataan bahawa mereka telah masuk Islam bahkan mengumumkan keIslamannya dengan kuat, sehingga menimbulkan permusuhan dan pertentangan dengan puak kafirin...

Bani Makhzum segera menangkap keluarga Yasir dan menyiksa mereka dengan pelbagai siksaan agar mereka keluar dari agama mereka. Antara siksaannya adalah mengeluarkan mereka ke padang pasir tatkala keadaannya yang sangat terik. Mereka membuang Sumayyah ke sebuah tempat dan menaburinya dengan pasir yang sangat panas, kemudian meletakkan di atas dadanya sebongkah batu yang berat, akan tetapi tiada terdengar rintihan ataupun ratapan dari mulut beliau melainkan ucapan Ahad... Ahad... Beliau terus mengulang ucapan tersebut sebagaimana yang dilakukan oleh Yasir, Ammar, dan Bilal..

Suatu ketika Rasulullah SAW menyaksikan keluarga muslim tersebut yang sedang disiksa degan kejam, maka beliau menadah tangan ke langit dan berseru: "Bersabarlah wahai keluarga Yasir, kerana sesungguhnya tempat kembali kalian adalah Jannah."

Sumayyah yang mendengar seruan Rasulullah SAW, maka beliau bertambah tabah dan dengan kewibawaan imannya dia mengulang dengan berani, "Aku bersaksi bahawa Engkau adalah Rasulullah dan aku bersaksi bahawa janjimu adalah benar."

Begitulah, Sumayyah telah merasakan kelazatan, sehingga baginya kematian adalah sesuatu yang remeh dalam usaha memperjuangkan akidahnya. Di hatinya telah dipenuhi dgn keimanan terhadap Allah Ta’ala, maka dia menganggap setiap siksaan yang dilaksanakan oleh para taghut yang zalim adalah begitu ringan. Mereka yang zalim itu tidak mampu menggugat keyakinannya...

Tatkala para taghut telah berputus asa mendengar ucapan yang senantiasa diulang oleh Sumayyah, maka Abu Jahal laknatuLlah menunjukkan kemarahannya dengan menikam Sumayyah dengan objek yang tajam. Maka terbanglah nyawa Sumayyah yang beriman dan suci bersih dari raganya. Beliau adalah wanita pertama bergelar syuhada. Beliau gugur setelah memberikan contoh yang mulia bagi kita dalam hal keberanian dan keimanan "Dan mendermakan jiwa adalah puncak tertinggi dari kedermawanannya."

Copy from kti...
 
khalidah



Mon Feb 12, 2007 6:41 pm    

syukran jazilan kak zafira~!
nice story 8) menyayat hati btol :cry:
 
zafira



Mon Feb 12, 2007 8:38 pm    

khalidah wrote: syukran jazilan kak zafira~!
nice story 8) menyayat hati btol :cry:

Afwan...
Meh kite same2 jadikan cerita ni tauladan..Somoga kita semua mendapat sesuatu dari cerita ini..InsyaAllah...
 
cheekylulu



Mon Dec 03, 2007 3:47 pm    

syukran awi.. :D
 
noorhazwani binti mazral



Tue Dec 04, 2007 7:49 am    

syukran kak zafira :D
 
zafira



Tue Dec 04, 2007 4:49 pm    

Afwan... :wink:
 
cthajar



Sat Jan 26, 2008 3:55 pm    

nie skadar nk kongsi skit ngan KD2 skalian.....
sbnarnye hajar ade anak sedare yg bername Sumayyah.....
n mari kite sume doakn bersame2 supaye Sumayyah hajar nih bleh menjadi cam SUMAYYAH yg kat atas....tabah n cekal dlm menempuh dugaan hidup...
INSYA ALLAH......
nie hajar selitkn gamba die......die lahir pd 8/11/2006....



haa....amacam...comel x?????cam makcik de la katekn....huhuhu...
 
zafira



Sun Jan 27, 2008 4:01 pm    

cthajar wrote: nie skadar nk kongsi skit ngan KD2 skalian.....
sbnarnye hajar ade anak sedare yg bername Sumayyah.....
n mari kite sume doakn bersame2 supaye Sumayyah hajar nih bleh menjadi cam SUMAYYAH yg kat atas....tabah n cekal dlm menempuh dugaan hidup...
INSYA ALLAH......
nie hajar selitkn gamba die......die lahir pd 8/11/2006....



haa....amacam...comel x?????cam makcik de la katekn....huhuhu...


InsyaAllah hajar...dier akan jadi insan yg mempunyai peribadi dan semangat serta keimanan yang teguh seperti sumayyah di atas....kami doakan.....
 
cthajar



Wed Jan 30, 2008 9:37 am    

INSYA ALLH....thanks u guys....hajar Allah saje yg bleh balas jasa korang .....
 
noorhazwani binti mazral



Thu Jan 31, 2008 4:11 pm    

wow,respect ngan sumayyah..
harap perempuan kat dunia ramai yg mcm tu.. :D
 
zafira



Wed Apr 16, 2008 3:22 pm    

noorhazwani binti mazral wrote: wow,respect ngan sumayyah..
harap perempuan kat dunia ramai yg mcm tu.. :D

InsyaAllah....
 
nurul nadia



Fri Jun 13, 2008 4:42 pm   salam...  

hai zafira...
nice story...
u ada bakat bercritalah.
critalah ttg tokoh lain plak... cthnya Asiah ke, Aisyah ke...
nnt blehla kte dgr lagi... huhuhu=D :D :D :D
 
cthajar



Mon Jun 16, 2008 4:38 pm   Re: salam...  

nurul nadia wrote: hai zafira...
nice story...
u ada bakat bercritalah.
critalah ttg tokoh lain plak... cthnya Asiah ke, Aisyah ke...
nnt blehla kte dgr lagi... huhuhu=D :D :D :D

stuju2....
coz "sharing is caring"....
share arr....jgn malu2....
 
 
       Kerabat Devotees Forum Index -> Kau Dihati
Page 1 of 1


This page is a free forum hosting archive page from a ForumWise free forum.
Powered by phpBB ©